Wednesday, January 13, 2021

Perintah Kawalan Pergerakan V2.0 tahun 2021

 


Assalamualaikum,

PKP datang lagi. Hari ni dah 2 hari sejak di maklumkan pada hari Isnin yang lalu. Kali ni ada 3 kategori iaitu PKP yang melibatkan 6 negeri, PKB juga 6 negeri dan PKP di 2 negeri.  



PKP yang melibatkan 6 negeri termasuk selangor dan wilayah kuala lumpur serta wilayah putrajaya. Huwaaaaa nampak gaya kena bawa surat lagi lah sebab kita orang kena kerja. Pergi kerja ok ja cuma bila kena tempuh sekatan jalan raya tu yang aku malas nak tempuh. Johor pun termasuk dalam senarai....aduhaiiiiii mudahan semua keluarga di johor di lindungi Allah SWT hendakNya. Aamiin. 



Tahniah juga buat negeri Sarawak dan Perlis kerana hanya Pergerakan kawalan Permulihan sahaja. 



Hah pergerakan rentas merentas tak boleh ya kecuali ada surat kelulusan.  Tu lah bila bagi kelongaran wah semua merentas ke sana ke sini. Termasuk juga aku. hahahahaha. Tapi aku rasa masih lagi menjaga SOP. Bila tenguk orang ramai je automatik terus undur diri. Fobia tau. Sebab kat pejabat ada beberapa staff kena buat Swap test sebab contact terdekat. Malahan ada meeting hari tu walaupun semi VC dan berdepan, tup-tup lepas meeting kami dapat tahu ada staff dari bahagian lain positif. Aduhaiiii ada 3 staf terlibat tak pasal-pasal kena buat swap test. Nasib baik negatif. Cuma ada staf seorang lagi ada gejala batuk bila ambil darah positif tapi nasib baik bila buat kali kedua test negatif. Huh masak lah dia kena qurantine 2 minggu. Kat rumah pun dia buat quarantine sendiri...berjaga-jaga jangan sampai isteri terkena jangkitan. Tu pun isteri dia dah menangis bila tahu suami contact terdekat. Alhamdulillah akhirnya negatif. Member lepas tu pun dah fobia. 




Tapi selepas je di umumkan PKP di kuatkuasakan tiba-tiba kes naik mendadak. Malahan kes positif yang tertinggi kali ini. Emmmm memang masak le KKM nak handle. DG pun dah risau sebab kes positif mencanak-canak naik. Kapasiti staff dan fasiliti pun dah hampir tak larat nak menampung pesakit. Malahan ada beberapa nurse di Ibu pejabat pun kena panggil untuk membantu kekurangan staff di hospital. Sister di opis aku kena ganti sebulan kat hospital Sg Buluh. Apa cerita agaknya dengan sister Siti Aminah.  Malahan staff KKM di selangor je hampir dekat 300 yang kena qurantine.hah kalau frontliners dah kena qurantine jadi siapa yang nak handle patient. hah camno tu.  




Apa pun kita ikut SOP ya. Mudahan kita tidak di jangkiti penyakit tersebut.  


Lepas je Perdana Menteri mengumumkan perintah kawalan pergerakan besoknya di istiharkan pula Proklamasi Darurat.  Hah darurat. Ingatkan macam darurat macam zaman jepun rupanya darurat politik je. hah itu lagi satu. Kadang geram je dengan orang politik. Asyik nak kuasa je tapi tak fikir tentang kesusahan rakyat masa pandemik ni. Asyik fikir tembolok dia je yang rakyat susah ni hah tolong le.  Duit berkepuk-kepuk tapi bila rakyat susah hah Ebit Liew yang datang membantu dahulu. Mudahan Allah mempermudahkan urusan dan menambahkan rezeki buat Ebit Liew yang tidak putus-putus menolong orang yang dalam kesusahan. Aamiin.


Bagus juga YDPA istiharkan darurat politik. Barulah kerajaan senang nak membantu rakyat dan negara yang sedang dalam kesusahan. Semuga ianya dapat mengurangkan kes positif Covid 19 dan mudahan tidak lama vaksin yang di tunggu-tunggu akan tiba. 



Marilah kita sama-sama berdoa semuga segala musibah pandemik virus Covid 19 yang melanda Malaysia dan dunia ini berakhir. Semuga kita semua terhindar dari di jangkiti. Aamiin.

#kita jaga kita
#Allah jaga kita

update 14hb Januari 2021 kes tertinggi 3,337 kes positif. Allahuakbar... semuga Allah jaga kita semua. Aamiin

10 comments:

  1. Alhamdulillah, fokus kerajaan utk membendung pandemik & masalah banjir...hal2 politik tolak tepi dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...DG kita orang dah risau je bila kes mencanak naik tapi tu lah nak buat camno...orang lain buat dek je nasib baik cepat PKP kalau tak tak tahu lah apa nak jadi dengan KKM. Perang tau tak. Tak cukup staff dan fasiliti hospital penuh semuanya.

      Delete
  2. Marilah bersama memerangi covid-19.
    Kalau bukan kita, siapa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya bergantung pada rakyat malaysia untuk sama-sama memerangi virus tersebut. Betul tu amie kalau bukan kita siapa lagi

      Delete
  3. Semoga rantaian covid dapat diputuskan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin semuga semua doa Allah makbulkan hari jumaat ini di hari yang mulia.

      Delete
  4. Kes naik sebab buat mass testing. Kes banyak di tempat keje terutama construction site. Jemu la pkp 2.0 ni. Nak jogging dekat taman pun tak dapat. Membeku jela duduk rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tenguk memang banyak kat tempat kerja terutama yang melibatkan warga asing. Tapi dalam komuniti kita pun dah banyak yang tiada gejala tapi tiba-tiba positif dan mereka tak tahu pun mana dapat jangkitan. Ni kawan akak yang cerita sebab dia tiba-tiba jadi contact rapat kawannya yang dok semeja bersembang lepas masa PKPP. Tak pasal-pasal kawan akak jadi PUI. Kenalah qurantine diri sendiri.

      Membeku kat rumah mesti salji banyak tu sal yang sampai membeku ja tu. Mesti aircond kuat bebenor tu.

      Delete
  5. Jomlah sama sama kita menurut perintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JOmlah ikut perintah. Tapi masih geram kat orang yang asyik ke sana ke sini tak ikut SOP. Orang KKM dah penat tau terutamanya frontliners. Mudahan mereka semua di lindungi Allah SWT

      Delete