Wednesday, March 1, 2023

Musibah Banjir di Johor

 



Assalamualaikum,

Allahuakbar. Semalam banyak negeri yang di landa banjir. Johor terutamanya banyak daerah yang terjejas dan terputus hubungan. Air bukan main deras sekali. Banyak kawasan yang dilanda banjir seperti Kota Tinggi, Segamat , Batu Pahat. Orang yang di pindahkan pun semakin meningkat bila Kluang pun mula terjejas.    

Dan yang paling menyedihkan pula tempat Kak Ijah di Parit Sulong Batu Pahat pun banjir juga. Apa lagi bila dapat gambar video dari group keluarga tenguk Kak Ijah di pindahkan. Aduhaiiii nangis aku tenguk kakak aku di pindahkan dengan cara macam tu. Jalan raya depan rumahnya di penuhi air malahan dah sama rata dengan parit depan rumah.  Dah le Kak ijah ada semput dan sakit kaki. Ya Allah lindungi lah kakak ku Saayah Abdullah serta keluarganya dari musibah banjir yang melanda.

Kata anak saudara Kak Ijah duduk sementara di rumah anak dia Joe kat area bandar Parit Sulong. Kalau tenguk kawasan rumah memang dah dikelilingi air. Kalau air naik sampai ke dapur emmm alamat bilik Kak Ijah memang masuk air lah sebab dekat dengan dapur. 










Yang ni video kat Segamat. Jalan terputus hubungan



Yang ni kat Tongkang Pecah Batu Pahat




Tenguk lah air bertapa derasnya.  Malahan semalam ada mangsa yang di hanyutkan air dan mati lemas semasa nak pergi kerja.  Kereta yang dinaiki hanyut dibawa air deras dan akhirnya di temui mati lemas. Allahuakbar. 





Sedih sungguh aku tenguk akak aku naik bulldozer 😭😭😭



Yang ni katanya pekan Labis. Dalam tu sampai paras pinggang....aduhaiiii tenguk lautan air banjir.





Bandar chaah tengelam terus






Ya Allah kau lindungilah rakyat Malaysia yang sedang di landa musibah banjir terutamanya di Johor. Semuga semuanya di lindungi Mu Ya Allah. Aamiin Aamiin Aamiin 


10 comments:

  1. Aamiin.. Aamiin.. Ya Allah kau lindungilah semua rakyat Malaysia yang sedang di landa musibah banjir.. Semoga semuanya berada dalam perlindungan mu Ya Allah.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Banjir kali ni memang teruk sebab air naik dengan cepat

      Delete
  2. baru aida baca td, hujan dah stop. alhamdulillah.
    moga banjir tidak bertambah teruk.
    yg sedia ada ni pun dah buat semua sedih :(
    moga urusan mereka dipermudahkan. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dengarnya kat chaah dan labis paling teruk. Semuga semuanya di lindungi lah hendaknya.

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan dan dihindari malapetaka banjir., aminnn

    ReplyDelete
  4. AMIIN MOGA SELAMAT SEMUANYA TERHINDAR MUSIBAH

    ReplyDelete
  5. aamiin2...ahli keluarga Notie terlibat, semoga mereka selamat & dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kali ni memang teruk sangat Johor di timpa musibah. Aamiin doanya

      Delete