Wednesday, March 8, 2023

Majlis Perkahwinan Anak Matron Jayanthi

 



Assalamualaikum,

Hari Sabtu yang lalu pertama kali aku pergi wedding orang India. Aku dapat jemputan dari Matron Jeyanthi untuk anak perempuan dia.  Buat kat Ecohill, semenyih. Dah le aku tak pandai sangat tempat ni jadi kena lah order grab driver dengan julie. Majlis bermula pukul 7 petang tapi kita orang tak sampai lagi. Nasib baik Matron kata dia lambatkan sikit sebab ramai jemputan dia tak sampai lagi.

Sebelum ni aku pernah menghadiri majlis perkahwinan anak Appu masa kat Segamat tapi majlis dia waktu siang hari dan dia buat kat Dewan. Majlis dia macam majlis orang melayu sebab takde sangat acara tarian india ke apa. Jadi datang makan masa lunch, dah habis makan salam dengan Appu dan Isterinya. Lepas tu dah balik. Kali ni lain sikit lah.  



Dewan kat Setia Ecohill. Ada club 360. Rupanya ada event pengantin lain selain anak Matron sebab masa dalam lif setelah pusing keliling 2 kali cari parking kami terjumpa sepasang suami isteri nak pergi majlis kahwin juga. Rupanya yang Matron J kat tingkat 3 dan ai tingkat 5 majlis lain. Nasib baik check nama. Tempat dia cantik sebab kat tingkat 3 tu masa keluar je dari lift wah nampak ada kolam renang menghadap sinaran matahari petang yang nak tengelam dah. Kalau awal sikit mungkin lagi lawa pemandangannya. 

Ni gambar bersama anak saudara Matron Jay. Ingatkan kat belakang tu anak matron posing rupanya pengantin lain. Anak matron J dah tunggu kat pintu masuk. Masa ni kita orang pergi cari surau. 





Meriah suasana di dalamnya. Ni meja pengantin bersama kedua ibu dan bapa.

Bila pengantin dah masuk dan duduk di meja dia. Ada lah selingan pukul drum kuch kuch ho ta hei gitu. Rasa bergegar juga jantung dengan pukulan gendang dia. Tapi kaki rasa nak bergoyang....hehehe

Bila pengantin dah kat meja para tetamu pun ambil makanan kat coridor luar dewan. Oleh kerana kawasan tu sempit dan orang pun ramai. Matron buat 2 tempat satu untuk vegie dan satu bukan vegie. Aku nampak ada tosai di hujung meja. Wah nanti nak rasa lah. Oleh keana kawasan sempit dan ramai orang takde lah ambil makanannya. Entah napa tak ingat pulak nak ambil apa makanan yang aku makan.



Anak Matron jay ni perempuan tapi comel lote tapi nampak nakal je gaya dia manakala husband dia tinggi tapi alahaiiiii pemalu sungguh. Bila dia bersuara dah macam suara peempuan lah pulak. Kelakar je tenguk gelagat pengantin. Dj dia pun kelakar asyik mengusik pengantin dan para hadirin.

Makanan dia sedap terutamanya ayam dia. Entah aku tenguk nama dia panjang berjela. Ada kambing tapi tak ambil. Makanan sedap. Lepas tu baru rasa tosei. Ada chutney dia tapi aku nampak kari dal dia yang sebelah menu vegie aku pun ambil lah sebab banyak kentang. Nasib ambil nasi sikit dapat lah layan tosei dia yang sedap. Tea pulak memang sedap. Tea massala



Geng meja kami bersama Matron Jay. 


Geng meja kami


Muka hepey dah kenyang makan


Ada juga selit acara penganting menyanyi. Ada juga spontan acara berjoget keluarga matron Jay. 

Sebelum balik kita orang pun pi jumpa pengantin untuk bergambar bersama. 

Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya. Matron whatsupp kat aku ucap terima kasih sebab hadir. Tapi dia bengang dengan suaminya sebab dia yang susah payah uruskan majlis tapi yang dapat nama husband dia. Apa lagi bila dengar husband dia risau kalau makanan tak sedap tapi semua jemputan kuat bersuara makanan sedap. Tu yang agaknya husband Matron dapat pujian. hehehehe 

Tahniah buat keluarga Matron Jayanthi dapat menantu baru. 

12 comments:

  1. Bila tengok orang pukul gendang ke drum dalam video tu, teringat kita ada kompang.
    Memang manis pengantinnya. Moga kekal bahagia selama-lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompang kita bunyi je lagi best. Ni bunyi gendang dia buat rasa macam jantung nak copot je

      Delete
  2. makanns., best erk tgk org kawen., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenguk majlis kahwin je wak. Yang best sebab makan-makan

      Delete
  3. Salam Notie, miss you.. Wah meriah majlis, banyak makanan tak termakan tosai tu ye.. Pengantin sweet, moga berbahagia selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babypose mana menghilang lamanya tidak updat blog. Miss u. Rasa juga tosei tu mana boleh tak nak rasa

      Delete
  4. majlis grand meriah ramai jemputannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak pertama sis perempuan pulak tu mesti lah grand. Apa lagi ramai kawan-kawannya

      Delete
  5. meriahhh....tempat cantik, makanan sedap....pandai Matron J pilih tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak pertama mesti lah grand. Tapi memang seronok lah nasib baik takde sessi berjoget selambak. hehehe

      Delete
  6. Comel pasangan pengantinnya.. Tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah hasil daripada penjodohan keluarga.

      Delete