Tuesday, March 21, 2023

Resepi Air Asam

 


*Resepi Perut Air Asam*

Bahan-bahan
Perut lembu
Cili padi
Belacan
Air asam
Bawang merah
Tomato
Limau nipis

Cara-cara.
1-rebus perut sampai empuk..tinggal kan sikit air rebusan
2-cili api dan belacan goreng sekejap blend dengan air asam jawa (jgn hancur sangat)
3-hiris bawang merah dan tomato kemudian masukan garam dan perasa
4-Satu kan semula semua dalam periuk rebus perut tadi...gelegak kan sekejap je...perah limau nipis 




TELUR AIR ASAM

• Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap)
• Hiris bawang dan lada cili
• Buat air asam jawa
• Letak sikit gula n garam dan aji(kalau suka)
• Pastu tuang atas telur rebus yg dah dibelah dua
• Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur

Makan dengan nasi panas2 
Selamat mencuba 

Kredit : Mahfuzah Aidi 


RESEPI IKAN KEMBONG REBUS AIR ASAM.

Bahan2

5 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah besar diricih
6 biji cili padi-diricih
1 biji cili besar merah dipotong
2 cm belacan - dibakar & dtenyeh.
1 biji tomato-dipotong dadu
3 s/b asam pes asam jawa
2 biji limau kasturi
1sudu kfc kerisik
Garam & gula.

Cara2:-

1-Ikan direbus dgn asam keping,secubit garam dan sedikit air.
2-Biarkan ikan mendidih dan masak.
3-Angkat ikan dan ketepikan.Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
4-Bancuh air rebusan dgn bhn ricih (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih).
5-Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar).
6-Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi.
7-Masukkan blacan,kerisik,bubuh garam & gula,gaulka sebati.
8-Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.

Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dgn nasi panas.

kredit: nurul hawa nadila sari 



TERUNG BAKAR AIR ASAM
=======================
Terung bakaq ayaq asam lemak.. perghhh memang sedap..nak2 lagi korang yang suka makan terung tu boleh try resepi ni..konpem menambah nasi!

Bahan
* Terung ( bakar)
* Cili besar 2biji cili padi 2biji n belacan ( tumbuk kasar)
* santan
* perahan limau
* garam gula
* bawang besar dimayang
* cili padi potong

Cara buat
bahan ditumbuk masukk dlm mangkuk kecil n masukkan ke semua bahan. gaul2. rasa dh ok boleh makan dgn nasi panas2..

Kredit: arieza rieza via masak apa hari ni 




RESEPI DAGING REBUS AIR ASAM BERTAMBAH NASI 

Daging yang telah direbus dan dipotong.

Bahan-bahan blender :
Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang kita nak
Air asam
Sedikit belacan
Garam
Gula

- Bahan bahan diatas diblend tapi jangan sampai hancur lebur sangat ye. Kasar-kasar gitu.

Bahan-bahan potong :
Tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar

- Yang ni cuma potong potong je dan masukkan dalam bahan blender tadi. Masukkan daging yang dah direbus tadi

Selamat makan 2-3 pinggan. 



Air asam kerang 
.
Menu makan tengahari ni..sedap buat cicah..
.
Cili merah n hijau potong
Bawang merah/besar potong
Tomato 1 biji
Belacan
Air asam jawa
Limau nipis 1 biji
Garam,gula,aji(secukup rasa)
Sos ikan
Daun ketumbar
Kerang rebus atau sesuai juga untuk sotong/udang/perut lembu 



Adik’s Sup Daging Air Asam
Bahan-bahan (4-5 orang makan)
2 tin Sup Daging Adabi - buka & panaskan
Bahan hirisan
2 biji bawang besar
1 biji tomato / 9 biji tomato ceri
7 biji limau kasturi- pastikan buang bijinya
9 biji cili padi (adjust)
2 pokok daun ketumbar atau daun sup
Bahan perasa (ikut cita rasa)
Jus limau kasturi / limau nipis
2 sdb gula perang
1 in belacan bakar
1 sdb Asam Jawa Xtra Adabi

kredit :adik foods 


Menu kenduri kat kg belah2 utara dlu2.. sedapnyaa weiii....sup daging cicah aiyaq asam tomato. menangeh makan nii

RESEPI AIR ASAM TOMATO UTARA by Cikgu Teha:

2 genggam Cili padi blh tumbuk atau blend (kurangkan klo xnak pedas sgt),
Air asam jawa stengah cawan,
Blacan skit & kerisik 2 sudu (lenyek/larutkan guna stengah cwn air asam jawa tu),
Tomato saiz besar 5 bijik hiris nipis,
Bawang besar 1 biji hiris nipis,
Garam & gula secukup rasa masing2,
Kacau2 smpai smua sebati,
Mula2 mmg nmpk xde kuah, nt air dr tomato tu dh kluar automatik akan ada kuah,. Siap! Selamat mencuba hgpaa..
 


Colek kaki ayam air asam..

Kaki ayam di potong kuku/bagi bersih/rendam air garam lepas tu basuh balik

Kaki ayam di rebus (masukan garam halia & bawang putih) saya masak guna periuk noxxa masak selama 20minit..(bila kaki ayam lembut baru sedap di makan) ni laa rahsia bila masak kaki ayam..bila keras potong mood nak makan 

Air asam

Air asam jawa( lebih kan airasam ni bagi pekat gitu lagi padu rasanya)
Perasa(gula..garam& aji)
(Dimasak )

Bawang holand di potong dadu
Tomato di potong dadu
Cili api(hijau&merah) di potong dadu(sebab apa guna 2 jenis hijau &merah?) Untuk nampak menarik bagi orang tetarik 
Daun ketumbar(di potong halus)
Kicap sotong( nak letak pon boleh...x letak pon xpe)

(Semua di atas di gaul sebati dan bersama kaki ayam bila air asam dah suam²)

Last tabur kan cili flakes & letak limau kasturi
(Lagi nampak menarik&tetarik) 



RESEPI AIR ASAM CABAI PICIT IKAN REBUS

Bahan-bahannya
CILI PADI
BELACAN (bakar dulu ye)
AIR ASAM JAWA (unutk bagi lemak)
GARAM (agak2 ye...sebab belacan pun dah masin)
AIR PERAHAN LIMAU NIPIS/LIMAU
KASTURI (utk bagi wangi)
IKAN REBUS (Kalau tidak mahu ikan goreng pun bole)
Kalau ada ikan bakar lagi terbaik dan padu....

Cara -cara membuatnya
Gaul belacan dengan air asam jawa...
Pastu buang biji asam jawa...
Masukkan cili padi...
Patah2kan cili padi...
Masukkan garam...
Masukkan isi ikan rebus...
Kalau nak sedap jangan hancurkan ikan rebus tu
biar berketul2 macam dalam gambar.
Perah air limau nipis atau limau kasturi...
Jangan banyak sangat air perahan limau tu ye...
sebab asam jawa dah masam...dia utk bagi wangi ja...
Pandai2 la agak2 ye...ikut selera tekak masing2...
Selamat mencuba 

Assalamualaikum,

Insya Allah boleh lah cuba buat air asam ni. Tenguk pun dah ngences ni apa lagi kalau buat. Perghhh aduhaiiii bulan puasa nak diet api macam ni emmm macam nak menambah-nambah nasi je. hehehehe 

Ni aku ambil kat Facebook. Siapa takde idea tu nak masak hah boleh lah cuba ye. Janji ngetop tu lauknya. 

SELAMAT BERPUASA SEMUA. 




8 comments:

  1. DAPNYA SALAM RAMADAN MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenguk pun dah yummy sis. Maaf zahir batin sis

      Delete
  2. Ya ampun!
    Giler saya tengok menu-menu air asam.
    Belum pernah cuba ceker dengan air asam. Mau dicuba ni tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti buat ye amie. Ngences ni tenguk. hehehe

      Delete
  3. Ikan kembung rebus tu lauk favourite. Aiseh terliur lak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali buat lauk camni emmm nambah-nambah nasi ni...opss posa. Buat sal jangan tak buat. Buat untuk berbuka

      Delete
  4. Tertengok pula waktu waktu ini.. hahaha.. Sha suka terung picit dengan ikan rebus tu.. Memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha godaan sungguh di bulan posa. Sori sha

      Delete