Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Friday, February 28, 2025
Giveaway Kerajaan Kelapa
Thursday, February 27, 2025
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan
KALAM UHEI : AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN
Penerangan Hadis :-
- Alhamdulillah, Ramadan al-Mubarak tiba lagi, yang merupakan bulan keampunan, bulan yang dijanjikan ganjaran pahala berganda dengan amal ibadah.
- Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, maksud keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]
- Marilah sama-sama kita berazam menjadikan bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
Thursday, February 20, 2025
Batam - Hari Pertama - Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah ini di inisiasi langsung oleh Walikota Batam kala itu, yakni Muhammad Rudi, dan peletakan batu pertama dilakukan pada 30 April 2017. Hingga akhirnya pembangunan selesai, dan masjid ini diresmikan pada 20 September 2019. Secara umum, pembangunan masjid ini menghabiskan dana sekitar 400 M.[3]
Masjid ini memiliki gaya arsitektur bernuansa Melayu dan Arab yang juga dikenal dengan nama Masjid Agung II.
Masjid Agung Batu Aji ini menyuguhkan nuansa syahdu melalui pilihan warna putih yang dominan. Secara kasat mata, Anda akan melihat bahwa masjid ini memiliki arsitektur bernuansa Melayu dan Arab.
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah juga memiliki menara yang tingginya mencapai 99 meter.
Ketika Anda masuk ke halaman masjid, Anda akan melihat payung membran yang mirip seperti Masjid Nabawi. Terdapat 8 payung membran setinggi 17 meter.
total luas bangunan Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah mencapai 57.114 meter persegi.
Sedangkan luas tanah Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah mencapai 41.422 meter persegi alias lebih dari 4 hektare.
Dengan luas bangunan dan lahan yang begitu besar, Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah mampu menampung hingga 25.000 orang jemaah.
Batam - Hari pertama - Lunch di Pacific Hotel
Sampai je kami akan lunch dulu sebelum ke tempat lain. Masa dalam bas macam-macam lah Pipid cerita. Sejarah Batam lah dan macam-macam lah input berkenaan Batam.Maaf lah lupa nak ambil video masa dia bercakap. Ngantuk aku tak habis lagi jadi macam asyik sangap je. hehehehehe. Ni le gara-gara tidur dalam bas tak lena tidur asyik terjaga je.
Kita orang singgah sekejap kat tempat tukaran duit. Aku belum jadi jutawan lagi ye sebab tak sempat tukar duit. Bila dah tukar wah jutawan aku sekejap. hehehehe. Tukaran duit kita tinggi sebab nilai ringgit sedang naik.
Bila sampai tempat hotel kita nak lunch ni cantik sangat. Dari luar bagaikan bahtera yang tersadai menunggu untuk belayar walhal dia pegun je bahkan hotel lagi ko. Nak belayar kemana. hehehehe
Posing dulu ramai-ramai sebelum isi tangki perut. Deko dalaman dia lebih banyak style China. Memang besor sungguh lah hotel ni.Bilik luas dilengkapi Internet percuma dan TV skrin rata serta bar mini dan peralatan membuat teh dan kopi. Suite dilengkapi bilik tidur tambahan, jakuzi, dapur dan ruang tamu/makan. Suite ditingkatkan menawarkan pemandangan laut dan sauna. Perkhidmatan bilik tersedia.
Kemudahan percuma termasuk sarapan yang dihidangkan di restoran Greek dan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang. Ruang spa termasuk gimnasium, kolam renang dan tab air panas serta sauna mengikut jantina dan bilik wap. Terdapat juga karaoke dan disko serta medan selera terbuka dan restoran Cina.
Bila tenguk map eh ada sungai Jodoh. Baru teringat Pipid kata ada kawasan untuk mencari jodoh dan nama ianya di ambil kerana sebab itu. Kiranya unik juga kawasan kat Batam. Banyak cafe hipster, Ada nama Nagoya sempena orang Jepun banyak di situ.
Monday, February 17, 2025
Monday, February 3, 2025
Cuti CNY berkumpul menziarahi Kakak Sulong di Parit Sulong Batu Pahat
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, cuti tahun baru cina baru-baru ni dapat kami berkumpul bersama-sama adik beradik di rumah Kakak yang sulong di Batu Pahat. Baru-baru ni dapat khabar dia terjatuh dan jari tangannya patah. Tu yang ada kesempatan cuti panjang maka kami pun beramai-ramai datang mengunjunginya.
Kak Tijah sekarang penyakit nya semakin teruk. Sekejap ingat sekejap lupa. Kena sabar bila berbual-bual dengannya. Apa pun kami adik beradik bersyukur dapat berjumpa dengannya. Masih Allah rezekikan kami dapat berkumpul bersama lagi.