Wednesday, April 16, 2025

Riang- ria 2 Hari Raya


Assalamualaikum,

Hari Raya ke 2

Raya ke 2 macam biasa mesti pergi Gersik jengah Pak saudara yang tinggal, Oleh kerana marhaban hari ke 3 jadi kita jalan beraya dulu. Selalu kena tenguk jadual marhaban kat kampung baru boleh buat jadual perjalanan beraya adik beradik.

Jadi pagi tu singgah rumah Kak lela, Tenguk Elvy dah siap-siap nak balik KL. Katanya besok nak pergi Jakarta bertugas sambil makan angin. 


Dapat lah sarapan satay dengan Mee kari. Kak Lela pun sejak jatuh dan patah pinggulnya 2 tahun lepas masih lagi sakit. Almaklumle bila dah tua jatuh lepas tu patah area pinggul lagi, memang susah le nak baik. Ni pun sekarang kata anaknya dah mula ingat-ingat lupa. Semuga Allah beri kesembuhan buat Kak lela. 



Singgah beraya rumah Kak limah kat Tanjung Agas. Meri masak laksa Johor.  Lepak kat belakang rumah Kak limah seronok pulak tenguk pokok tanaman dia. 


                                                                          Laksa Johor 

 Lepas tu ke rumah Paman Yasir kat Kampung Tiong, Gersik. Ni aje yang tinggal adik beradik Aruah mak. Tu pun dah beberapa tahun terlantar atas katil sejak di serang stroke.  Tu yang Kak Miah pencen awal sebab nak balik kampung jaga bapaknya. Lepas pencen buat rumah batu atas rumah pusaka. Jadi nampak lah besar. Rumah kampung bila di tukar ke rumah batu dah macam rumah banglo sebab tanah luas.   



Sup kambing. Hasil perusahaan menantu ke 2 di Bangi.


Memang sedap masakan kat Rumah Paman. Ada sambal goreng ayam masak kicap. Simple tapi sedap.
 
                                                           makan ramai-ramai kat luar

 Cucu Brumei pulak buat hal. Boleh pulak dia kencing dalam seluar. Dia lupa tak pakai pampes bila bangun tidur. Maknya pulak tak bawa seluar spare. Nasib baik suami kak Miah bagi kain pelekat. hehehehe 2 tahun dulu jatuh benjol kepala. Macam-macam aje cucu Kak jal ni.

Pergi rumah Kak Tijah kat Parit Sulong. Bila belek-belek eh takde gambo.  

Raya ke 3

Pagi ni ada marhaban kampung.  Ada orang tu selalu up status buat bubur lambuk bila Ramadan jadi kita orang request sajikan bubur lambuk kat orang kampung. Hah tu dia pukul 4 pagi kak Norra dan suaminya masak bubur lambuk.

                                                    Satu periuk ko bubur lambuknya. 


Siap hidangan untuk marhaban. Selain itu letak kuih raya sikit dan air kotak. Senang. Dia nak makan atau tapau bawa balik kita orang sediakan beg plastik. 


Dah siap masak kita orang letak dalam mangkuk. Kalau nak makan boleh makan kalau nak bawa balik pun boleh je. 

Lupa nak suruh Jol ambil gambar masa marhaban.  Kampung kami di muo masih lagi ada acara marhaban. Walaupun adik beradik ramai yang dok lain tempat tapi kami masih ambil bahagian. 

Siap je marhaban apa lagi bersiap le kami untuk beraya ke rumah adik beradik yang lain.

Pergi area sungai Balang singgah rumah kawan Kak Norra serta senior aku juga. Lepas tu pergi rumah Kak mon Kakwan Kak ambah masa kerja. cari punya cari rupanya dari sg Balanag dia dah pindah ke area Batu Pahat nun. Sekali ikut waze eh dah sampai Parit Sulong ruamh area Kak Tijah. Kak mon dapat panggilan haji tahun ini jadi pi le jenguk, Patutnya dengan suami tapi suami dia baru kena serangan stroke jadi tak dapat le pergi.

Lepas tu pi Tangkak rumah Kak jal. Kak jal hari ni sambut adik beradik Aruah Bang Mad. emm memang tak beraya le kalau famili abang mad datang. Dari tengahari sampai ke petang. 


     Bubur lambuk yang baki banyak masa marhaban tu jenuh le kami pack dan bagi adik beradik semasa pergi berhari raya. Yang Kak jal punya aku bagi 1 bekas besar sebab tahu ramai adik beradik Bang Mad datang. Lepas tu khas untuk Hafiz yang request kat makcik dia suruh buat bubur lambuk. Hafiz tahun ni beraya rumah mak mertua dia kat mersing. Ni baru sampai rumah maknya di Tangkak.



Lepas Tangkak pi Melaka pulak. Kali ni pi Taman Duyung rumah Ijan. Best je tenguk dia buat rumah atas pokok. Katanya bila sterss dok kat atas tu tenang dan nyaman je.

Rumah adik tak singgah sebab dia pi beraya rumah adik beradik Shiba.



Pengakhir raya ke 3 ialah rumah Kak nong. Ada roti canai apa lagi semua pun berebut nak makan. Dah sebulan tak sarapan roti canai memang laku lah. 

Alhamdulillah dapat berkumpul beraya rumah adik beradik seperti tahun sebelumnya.

9 comments:

  1. Meriah bila berjumpa dgn sanak saudara dan kenalan.. ke sana sini dan beraya.. menyediakan makanan dan menyantap makanan di rumah org ketika beraya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni lah dapat berjumpa memeriahkan suasana raya

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah sis. Masa ni lah dapat bertemu meriahkan ukhwah sesama kami

      Delete
  3. Seronoknya beraya.
    Saya rasa macam tak puas beraya kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bil;a dapat berkumpul beramai-ramai memang rasa tak puas

      Delete
  4. Itu enaknya kalo adik beradik ramai. Di saat momen raya begini baru terasa 👍👍.

    Rumah pohon itu baguuuus sangat. Dulu saya teringin punya rumah pohon, gara2 banyak baca novel Enid Blyton kan 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel enid blyton best kan. Gara-gara dia rasa macam nak pi uk lah pi kebun lah pi manjat rumah pokok lah. Apa lagi novel kanak-kanak dia femes masa dulu

      Delete
  5. Seeonoknya .raya SA tahun ni suram...di landa sakit...tahun depan la kita mendonia...but to make sure x sakit dh...

    ReplyDelete