Monday, April 14, 2025

Kemeriahan Hariraya Aidil Fitri 2025

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat berkumpul lagi beramai-ramai keluarga Bakri. Kalau di hitung semuanya yang hadir sepatutnya 85 daripada 95 orang tapi akhirnya 83 sahaja sebab seorang disebabkan faktor kesihatan dan seorang lagi sangkut jem  kat JB. Yang 10 orang lagi tu untuk 2 keluarga yang beraya di kampung mertua masing-masing. Orang brunei pun dapat balik beraya tahun ini.



Ni video ramai ucapan hari raya


Yang ni kononnya buat video juga tapi yang jadi video nya terbalik jadi aku letak pembikinan video Raya ye. Macam-macam gaya

Pagi Raya selalunya aku hantar punjungan rumah Mak Itam. Mak Itam tak masak lauk raya. Tunggu anaknya datang hantar. Jadi dia memang menanti lah punjungan dari rumah kami. Kadang kesian juga tenguk dia sebab cucunya ramai tapi malam raya takde yang menemani atoknya. Anak-anaknya takde pun yang tidur malam raya sama-sama memasak juadah raya. Semuanya balik rumah masing-masing. Almaklumle semuanya kat muor kecuali Natherah je kat Seremban. Tu pun datang raya pertama lepas tu balik.    



Jadi petang tu kita orang pun beramai-ramai mengunjungi Mak Itam. Mana yang dah sampai sempat lah jumpa. Masa ni Kak nong dan famili dia sangkut jem kat Melaka jadi sampai lambat. Kak Tijah pula ramai anak buahnya datang berkunjung jadi keluar rumah kat Parit
 Sulong lambat lah.

Emi dan famili dari brunei dapatlah berjumpa atok sedara.


Sekali ada saudara belah sepupu aku yang tinggal di Kuantan datang berkunjung. Nasib baik selepas makan dan dah kenyang mereka beransur balik. Ada sekali entah tahun bila dia sampai seiring dengan adik beradik aku dan famili sampai. Dah bagi makan dan sebagainya masih tak balik lagi. Rupanya nak bertanya nak tumpang tidur bermalam rumah kami. Pening kita orang nak jawab macamana. Almaklum le walaupun sepupu tapi dah kira jauh sebab isteri Aruah Abang Odin (sepupu sebenar) sudah tentu lah aku serta adik beradik yang lain rasa tak selesa sebab kita orang pun ramai familinya. Walaupun dia kata nak tidur kat ruang tamu di luar tetap lah kami rasa tidak selesa. Masih lagi orang jauh rasanya. Alhamdulillah lepas tu Keluarga Kak Fauziah cepat-cepat mencari homestay jika nak datang berkunjung ke Bakri.

Lepas Magrib je semua solat berjemaah. Lepas tu bila menunggu Isyak buat tahlil ringkas buat keluarga yang telah tiada. 


Yang lapar ke dapur makan juadah raya.


Lepas magrib menunggu Isyak pula. 


Yang ini seperti biasa Bantuan Rahmah. Kata Kak nong tahun ini dah 10 tahun program aktiviti ini di jalankan jadi barangan yang di beri semuanya dapat. Iaitu bantuan Madani. Kali ini special sebab ada minyak masak dan sabun basuh. Yang adik beradik dapat minyak masak 5 kilo. Anak saudara yang dah bekeluarga dapat sabun basuh. Manakala anak saudara yang kecil2 belum bekeluarga dapat minyak masak 2 kilo. Manakala teh, coklat dan gula setiap orang dapat. Yang ini 3 benda wajib setiap tahun. Kalau 1 famili hah banyak le dapat.  

Sedang buat tahlil ringkas.


Bila dah selesai tahlil dan solat Isyak. Acara pun bermula. Budak-budak lah suka sebab dapat duit raya banyak. Rugi woo kalau tak balik Bakri. 



Yang last dah besor tapi masih belum bekerja. Suka ler bila dapat duit raya. hehehehe



Macam-macam gaya



Yang di tunggu tunggu cabutan raya. Rezeki orang brunei dapat duit raya tahun ini. 

Selesai cabutan bertuah ambil gambar raya.




Gambar adik beradik. Ada seorang lagi kakak aku ada kat dapur. Dia dah lapar sedang makan jadi tak masuk dalam gambor.


















                                            papa razi dan mama razi banyak sungguh.

Lepas sessi bergambar agenda bagi barangan Bantuan Madani. Lepas tu masing-masing kelam-kabut nak balik sampaikan ada yang terambil minyak masak dan bantuan madani Adik aku Ijan. Lepas tu ada yang tercicir jam lah kasut tertukar lah. 


                                                                  Jam Afrina tercicir.


Sian Kak limah kasutnya sebelah lain sebelah lain. Ada yang sarung je bawa balik. 


Handphone pun ada yang tercicir juga. Nasib baik belum jauh pusing balik ambil.

                Bantuan madani dengan bantuan Rahmah. Seronok kan kalau macam ni.

Orang brunei pulak luggage tak muat bagi kat adik dia hafiz. Untung le hafiz dapat 2 botol pencuci baju. 

Alhamdulilah. Semuga keluarga besar kami semakin utuh ukhwah nya dan semuga bertambah lagi orangnya. Cucu Saudara dah berkahwin 2 orang tapi belum dapat anak lagi. Kalau tak aku dah ada cicit. Huwaaaaaaa dah tua aku.

8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah ini lah masanya dapat berkumpul semua walaupun hanya sekejap

      Delete
  2. Syukur Alhamdulillah.
    Aidilfitri menyatukan ukhuwah, mengeratkan silaturrahim, mendekatkan yang jauh dan mengikat hubungan kekeluargaan dengan penuh kasih sayang. Semoga ikatan persaudaraan kekal berpanjangan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. Alhamdulillah aktiviti ini mengeratkan silaturahim kami dan dapat berkumpul beramai-ramai dalam 1 hari.

      Delete
  3. Ya Allah kak notie, senangnya bisa kumpul ramaaaai begini. Bukan gampang mempertemukan 80an saudara mara begini. 👍👍👍👍. Saya yakin kalian semua kompak sangat dengan semua keluarga dan komunikasi pasti bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul ramai-ramai setiap Hari Raya. memang kami buat acara ini setiap tahun supaya dapat berkumpul bersama beramai-ramai.

      Delete