Wednesday, August 13, 2025

Boleh mendaki tingkat 118 di Menara 118

 

Pada 30 Ogos, acara hujung minggu Hari Kebangsaan membolehkan anda mendaki setiap tingkat Merdeka 118 — kesemua 118 tingkat dan 2,845 anak tangga — dan selesai di bahagian atas bangunan sebenar. 

Tingkat 118 tingkat yang tidak pernah dibuka kepada orang ramai sehingga kini tetapi hanya dibuka pada hari tersebut! 

Apa yang anda boleh dapat?

✔️Tee larian eksklusif dan swaetband

✔️ Drawstring bag

✔️ Pingat penamat (anda boleh mendapatkannya juga!)

✔️ E-sijil, keputusan masa dan akses kepada Event Village/Expo

✔️ Dan sudah tentu, op foto Menara 118 yang ikonik 

✨Harga tiket:

🎫 RM159 untuk pendaki solo

🎫  RM449 untuk tiga pasukan

Dianjurkan oleh The Music Run dan POWERMAN

Sumber: SAYS


Assalamualaikum,

Sapa suka hiking hah boleh lah cuba. Walaupun mahal tapi pengalaman yang tidak dapat di perolehi. Bukan biashe -biashe ni naik puncak menara 118.


Tapi buat anak saudara aku Hisham sekali bila citer pasal ni dia up gambar dia buat kerja kat atas nun. Fuh gayat ko. Apa lagi tingkat atas sekali. 



Hisham yang no 2 dari kanan. Bersama kawan sekerja. Dia buat apa kat atas tu. Kerja dia mencuci bangunan tinggi bergantung kepada tender yang boss dia dapat. Memang mencabar dan berisiko kan kerja ni tapi dia suka walaupun Kak Jal sebagai mak selalu risau tapi asalkan dia nak bekerja mencari rezeki yang halal jadi sebagai mak Kak jal mendoakan semuga Hisham selamat tidak kira di mana dia berada. 


Yang ni lagi le seriau sungguh tenguk gambar ni. Mana Hisham aku pun tak nampak sebab dah rasa gayat. Semuga semua mereka yang bekerja mencari rezeki seperti ini Allah lindungi dari apa juga mala petaka. Semuga selamat dalam mencari rezeki yang halal. Aamiin


5 comments:

  1. Alamak..memang x la...SA tengok gambar last tu pun dah kecut perut....

    ReplyDelete
  2. Naik tangga x per....nak duduk dekat atas tu gigil kaki...Pengorbanan diorg buat kerja mcm ni x semua org sanggup buat..

    ReplyDelete
  3. Orang berani je boleh kerja macam ni.
    Mahal fee untuk towerthon tu. Jenuh la nak kerabat tangga sampai atas. Silap-silap boleh cramp kaki.

    ReplyDelete
  4. kerja cabar keberanian moga selamat semua selamat panjat tangga 18 tingkat

    ReplyDelete
  5. Dorg boleh sengih lagi ye begambar atas puncak tu. Seram kita yang nengok ni. Takdan sampai atas rasanya dah gigil dulu dah.

    ReplyDelete