Monday, August 11, 2025

Cara mendaftar sebagai Penderma Organ

 



Assalamualaikum,

Masa up entry pasal Minggu Pendermaan organ aku  dapat pertanyaan dari Mieeja pasal nak menjadi penderma organ.  Jadi pi lah kat website KKM. Ada pulak pasal bagaimana kita nak menderma kan organ kita setelah kita meninggal dunia. Bagusnya buat mereka yang berniat nak mendermakan organ mereka buat orang lain yang memerlukan. Memang tak mudah sebenarnya. Tapi bagi mereka yang ada niat nak buat semuga Allah sahaja yang memberikan balasan atas niat baik mereka. 



kak, macamana nak derma organ tu ya? saya dari dulu tertarik dengan program menderma organ.


Kelayakan mendaftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ

  • Semua lapisan umur layak mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ. Namun, keizinan daripada ibu bapa / penjaga diperlukan bagi pemohon yang berusia kurang 18 tahun.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk menjadi pengikrar.
  • Pendaftaran juga dibuka kepada warganegara asing.

Tanggungjawab Pengikrar

Sekiranya seseorang telah berdaftar sebagai pengikrar pendermaan organ, mereka perlu memaklumkan hasrat untuk menderma organ kepada ahli keluarga / waris.


Ahli keluarga dan waris merupakan pembuat keputusan bagi pendermaan organ selepas berlakunya kematian. Selepas berlaku kematian, kakitangan perubatan tidak akan melakukan pembedahan perolehan organ selagi ahli keluarga atau waris belum memberikan kebenaran.


Jika ahli keluarga dan waris sudah mengetahui hasrat untuk menderma, ini dapat membantu melancarkan proses pendermaan seperti berikut :

  • Proses untuk mendapatkan keizinan bagi perolehan organ dan tisu oleh kakitangan perubatan akan menjadi lebih mudah ketika berlakunya kematian.
  • Ahli keluarga juga akan berusaha untuk memaklumkan kepada pihak hospital mengenai hasrat untuk mendermakan organ dan tisu setelah seseorang itu meninggal dunia.
  • Pihak hospital akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan ahli keluarga penderma berkaitan urusan pendermaan organ. Contohnya, keluarga berhak menuntut jenazah mengikut masa yang dikehendaki.


Kaedah Mendaftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ


Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera
  • Muat turun aplikasi MySejahtera.
  • Sila kemaskini aplikasi MySejahtera anda.
  • Klik pada paparan Organ Donation Pledge.
  • Klik mula/start.
  • Isi maklumat peribadi anda dan klik hantar.
  • Anda akan menerima kad digital selepas berjaya mendaftar.








Begitu lah kaedahnya. Semuga kalian yang berniat menderma organ dan sudah mendaftar Allah kurniakan kesihatan yang baik semuga Allah mempermudahkan urusan kalian semua. Aamiin

6 comments:

  1. Menarik bacaan ini.. ramai org yg takut utk dermakan organ walau sebenarnya kita dah meninggal waktu itu..

    ReplyDelete
  2. Menarik bacaan ini.. ramai org yg takut utk dermakan organ walau sebenarnya kita dah meninggal waktu itu..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. sis dah berikrar sejak 2012.. semoga bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Saya tahu pasal derma organ ni tapi x pernah try nak mendaftar..

    ReplyDelete
  5. Teringat soalan SPM beberapa tahun lalu...mengapa ramai tak mahu derma organ.

    ReplyDelete