Sunday, August 3, 2025

Macam-macam potongan bawang rupanya

 



1. Dadu halus (Minced) – Atas Tengah
Kegunaan: Sup, sos, sambal, inti karipap atau murtabak.
Ciri-ciri: Potongan kecil dan halus, cepat masak dan sebati dalam masakan.
2. Hiris memanjang halus (Julienne) – Atas Kanan
Kegunaan: Hiasan salad, telur dadar, atau masakan goreng seperti mee goreng.
Ciri-ciri: Nipis dan panjang, berikan tekstur yang rangup jika dimasak sekejap.
3. Hiris separa bulat (Half Moon) – Tengah Kanan
Kegunaan: Sambal belacan, lauk pauk berkuah, dan masakan tumis.
Ciri-ciri: Sesuai untuk dimasak hingga layu dan manis.
4. Hiris nipis memanjang (Thin Slices) – Bawah Kanan
Kegunaan: Laksa, soto, mi sup, atau bahan tabur.
Ciri-ciri: Nipis, mudah lembut bila dimasak atau dimakan mentah.
5. Potongan besar kasar (Rough Chopped) – Bawah Tengah
Kegunaan: Perapan ayam/daging, sup tulang, lauk pedas.
Ciri-ciri: Tidak mudah hancur, masih kelihatan selepas dimasak.
6. Potong dadu sederhana (Medium Dice) – Bawah Kiri
Kegunaan: Masakan tumis, nasi goreng, atau sup.
Ciri-ciri: Saiz sederhana, mudah empuk bila dimasak.
7. Potongan besar segi empat (Large Dice) – Kiri Tengah
Kegunaan: Sup, rebusan, atau kari yang perlukan rasa bawang lebih kuat.
Ciri-ciri: Saiz besar, tahan lama dalam kuah.
8. Potong dadu kecil (Small Dice) – Atas Kiri
Kegunaan: Sambal, inti pai, inti burger atau nugget homemade.
Ciri-ciri: Saiz kecil, cepat garing & mudah sebati dalam bahan lain.
9. Hiris bulat (Onion Rings) – Tengah
Kegunaan: Goreng celup tepung (onion rings), hiasan burger.
Ciri-ciri: Cantik untuk hiasan dan goreng rangup.

Kredit Makan Sedap Johor FB


Assalamualaikum,

Bila tenguk info ni kat fb Ya Allah ada macam-macam rupanya potongan bawang. Hahahaha dah tua bangka baru ko tau. hehehehe selama ini main hentam je potong bawang. Rupanya ada macam-macam jenis potongan dah apa tujuannya. Aduhaiiii nak gelak aku bila baca.

Ya lah selama ini aruah mak tak ajor pun kalau masak lauk ini potong gaya camtu. Kalau masak sambal potong bawang camni. Aku pulak hentam saje potong bawang ikut dan. hehehehe

Tapi kalau tenguk kat tv chef-chef masak suka tenguk kalau dia orang potong bawang sampai halus tapi berseni potongannya. Potong lada pun cantik je sama potong sama sixenya. Kalau aku emmm hentam saje lah janji aku potong sebab tu masakan aku tak sedap. hahahahahaha Sebenornya ikut air tangan masing-masing le camne gaya masak. Apa lagi kalau orang tua emm main campak-campak je sukatannya. Tapi sedap licin bila makan.

8 comments:

  1. Kalau orang lelaki, dia hempuk je dengan tangan. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Seni memotong bawang namanya ni.

    ReplyDelete
  3. adoi...kita pun ikot suka je kak..nak senang blend je terus.. hihihi

    ReplyDelete
  4. sampai sekarang, kalau memasak dengan mak sendiri atau mak mertua, mesti kena double confirm nak potong bawang macam mana.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. rupanya setiap hirisan ada makna, saya main hentam jerk 😂😂

    ReplyDelete
  6. tak kisah apa jenis masakan pun, kalau saya memang suka hancurkan bawang tu sampai tak nampak rupa :p sebab kalau saya nampak dia berbentuk bawang yg jelas, nanti saya tak makan hehe

    ReplyDelete