Sijil Khas Hospital Mesra Ibadah
Pengarah menyampaikan sijil kepada Tuan Haji Penyelaras Hospital Mesra Ibadah yang begitu gigih dan bersemangat sehinggakan Hospital Putrajaya di nobatkan sebagai Hospital Mesra Ibadah.
ANUGERAH SIJIL HOSPITAL MESRA IBADAH KEPADA HOSPITAL PUTRAJAYA
Hospital Mesra Ibadah (HMI) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan perkhidmatan rawatan kesihatan yang diberikan di hospital-hospital kerajaan bukan sahaja menekankan aspek fizikal pesakit, tetapi juga memberi perhatian kepada keperluan rohani. Sijil ini diberikan kepada hospital yang berjaya memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan KKM dalam melaksanakan program Hospital Mesra Ibadah secara menyeluruh.
Hospital Putrajaya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penerimaan Sijil Hospital Mesra Ibadah (HMI). Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan semua kakitangan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik, berteraskan nilai-nilai Islam serta mesra kepada semua pesakit dan keluarga.
Majlis penyerahan sijil HMI telah berlangsung pada Perhimpunan Bulan Ogos Hospital Putrajaya. Sesi penyerahan sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suraya Binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya, bersama YBrs. Tuan Haji Ainal Shahrizal, Penyelaras Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Putrajaya. Tahniah kepada semua kakitangan Hospital Putrajaya.
Alhamdulillah selain daripada Audit Akreditasi dimana audit dijalankan bagi memastikan kualiti perkhidmatan mencapai standard yang telah di tetapkan Hospital Putrajaya juga telah menerima pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah.
Apa itu Hospital Mesra Ibadah
Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah program Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menyediakan fasiliti dan bimbingan spiritual kepada pesakit dan waris Islam bagi memenuhi keperluan ibadah dan rohani mereka, serta mewujudkan persekitaran yang kondusif di hospital dengan konsep pengurusan Islamik dan nilai-nilai murni. Program ini mengintegrasikan penjagaan fizikal, psikologi, mental, dan spiritual untuk kesejahteraan pesakit secara holistik, dengan sokongan daripada kakitangan yang juga diberikan pendedahan mengenai Fiqh Ibadah.
Tujuan Utama Hospital Mesra Ibadah
- Memastikan pesakit dan waris Muslim menerima bimbingan dan kemudahan untuk menunaikan ibadah seperti solat, membaca Al-Quran, dan berzikir.
- Mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental, dan rohani dalam penjagaan pesakit, selaras dengan konsep kesihatan secara holistik.
- Melahirkan kakitangan yang bekerja dengan lebih tekun dan ikhlas, serta mewujudkan persekitaran kerja yang soleh, prihatin, dan mesra pelanggan.
- Memberikan latihan dan pendedahan kepada kakitangan mengenai Fiqh Ibadah dan nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas, supaya dapat memberi khidmat nasihat kerohanian kepada pesakit.
Contoh Kemudahan dan Perkhidmatan
- Fasiliti Solat: Menyediakan ruang dan kemudahan asas untuk menunaikan solat.
- Sumber Keagamaan: Menyediakan Al-Quran dan bahan-bahan bacaan agama.
- Bimbingan Kerohanian: Memberikan khidmat nasihat kerohanian dan bimbingan spiritual kepada pesakit dan waris ketika menghadapi masalah ibadah atau tekanan emosi.
- Siaran Ibadah: Menyiarkan program-program keagamaan melalui televisyen, seperti kuliah agama dan panduan solat.Siapa yang Terlibat?
Program ini dikhususkan untuk kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit, dan waris pesakit yang beragama Islam, seiring dengan prinsip bahawa sakit tidak seharusnya menjadi halangan untuk beribadah.
setuju sangat, sakit bukanlah penghalang utk ibadah. mudahan-mudahan fasiliti yg disediakan ni dapat beri manfaat pada pesakit, pelawat dan staff2 di hospital
ReplyDeletesubhanallah...bagus betul
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Mudah pesakit nak menunaikan ibadah jika ada ruang disediakan. Tahniah, Hospital Putrajaya atas pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah semoga ia menjadi ikutan hospital2 lain di Malaysia.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rasanya baru sekali je ammi ke hospital putrajaya ni itupun sebab melawat kawan bersalin disitu. Semoga inisiatif ni boleh dikembangkan ke hospital2 lain juga.
ReplyDelete