Monday, January 26, 2026

Majlis Sambutan Isra'& Mikraj 1447H/2026M Peringkat Hospital Putrajaya



 22 Januari 2026 (Khamis)

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ 1447H/2026M PERINGKAT HOSPITAL PUTRAJAYA
“Isra’ artinya berjalan malam hari dari Mekkah ke Baitul Maqdis (Palestin), sedangkan Mi’raj adalah naik ke langit, hingga ke langit ketujuh.” untuk menerima perintah dari Allah SWT iaitu “SOLAT".
Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1).
Majlis sempena Sambutan Isra' & Mikraj 1447H/2026M telah dijalankan di Auditorium Hospital Putrajaya dengan pengisian program ceramah bertajuk Hikmah Penceritaan Isra' & Mikraj yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Syed Syaridzan bin Syed Mohamed, Ahli Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan.


Assalamualaikum,
Selepas menghadiri Perhimpunan pagi selepas tu ada pula Majlis Sambutan Isra'& Mikraj pada pukul 10 pagi. Seronok juga dengar ceramah YBrs Dr Syed Syaridzan. Mendengar cerita mengenai peristiwa Isra"Mikraj walau pun tak puas sebab rasa sekejap je tapi nak buat camno dah cukup tempoh masa ceramah.

Tapi tu lah lepas ceramah beliau ada pula ceramah dari Pihak Yapeim. Apa sebenarnya Yapeim dan apa yang pertubuhan itu buat hasil dari duit wakaf dan derma dari orang ramai. Kat luar ada juga booth BSN, Pusat Zakat dan Yapeim.



Pegawai Japeim bercerita mengenai Japeimk. Apa kutipan yang di terima lepas tu aktiviti yang dibuat selama ini. Bagus makluman dia. Kita boleh lah waqaf duit dalam Yapeim ni dan sedekah kita akan sampai pada mereka yang memerlukan. Jadi ganjaran pahala berpanjangan dan berterusan selagi ianya mendatangkan manfaat buat orang lain.



Gambar ramai-ramai. Mereka yang hadir





Last sebelum habis majlis ada soalan kuiz Yapeim. Hah seronok matron ni dapat hadiah sebab jawab dengan tepat.



Kat luar pula ada booth jualan. Aku jumpa lontong darat. Sedap sekali.



Masa kawan ambil gambar masih banyak lagi. Bila aku jenguk dah nak licin.




Nampak macam strawberry tu besor rupanya cinonit je. Kena tipu dengan kamera phone. hehehehe




Kaunter japeim selain boleh membuat infaq atau waqaf ada juga jual emas. Hah yang halus tu ada pelanggan tenguk sekali congak dekat Rm 3k ko. huhu emas kan sekarang sedang mencanak naik. Nak beli pun tak mampu. 


Cuci-cuci mata je lah. Kat sini jualan dia murah sikit dari kedai mas biasa. 


Kaunter Bank Simpanan Malaysia. 

3 comments:

  1. majlis ilmu meriah dgn booth jualan keperluan bagus tu

    ReplyDelete
  2. seronok kalau hosp ada buat sambutan macam2 ni, jualan2.

    ReplyDelete
  3. Seronok..macam² booth ada.. pahala dapat, dengar ceramah.. duit pun habis, berborong makanan.. hahaha

    ReplyDelete