Mohon baca hingga habis, hadam dan amalkan….. moga dpt manafaat….
Assalamualaikum saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kidney fighter semua...
Take care of our own kidney.
- Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.
Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.
Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan untuk datang 'melabur' di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.
Persoalan di sini...
Kenapa orang Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' untuk dapat sakit buah pinggang?
Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.
Jawapannya...PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.
Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yang terlalu banyak sumber 'ANIMAL PROTEIN'.
Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan 'Animal Protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... "buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan macam ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara untuk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:
1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.
2. Kawal pengambilan protein haiwan.
Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?
Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Enau@Kabung).
Kurangkan beban kidney dengan:
1. KURANGKAN MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.
Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:
1. Kerap tahan kencing.
2. Kurang minum air.
3. Suka makan makanan masin.
4. Suka minum minuman bergas.
5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
7. Kerap makan pil tahan sakit.
8. Obesiti.
9. Alkohol.
10. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.
KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW.
Buah pinggang kita amanah Allah. Jangan jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.
Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya untuk tidak minum sambil berdiri? Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebagai penyaring Sfringer
Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang dapat menyebabkan penyakit buah pinggang.
Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina
Kredit Wasap Group Sekolah
Assalamualaikum,
Menakutkan kan bila kita baca ni. Tapi ianya memang benar sebab daripada data yang pihak KKM kumpulkan memang trend penyakit sekarang iaitu sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan sekarang buah pinggang tidak berfungsi semakin bertambah tahun demi tahun.
Pada tahun lepas ada kawan sekolah yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang dan kena buat dialisis meninggal dunia semasa sedang menjalani rawatan dialisis di Klinik di Kluang. Sedih bila kami mendapat perkabaran daripada adik Aruah.
Manakala anak saudara selalu bercerita mengenai mak mertuanya yang setiap minggu kena menjalani dialisis. Dan baru-baru ni anak saudara serta suami dan anak bungsunya menunaikan umrah di Mekah. Mak mertuanya tak boleh terima bila dihantar ke rumah anaknya yang lain. Kata dia macam kena buang sana sini je. Anak saudara sedih lah sebab mak mertua selesa tinggal di rumah dia daripada rumah anaknya yang lain. Dan selalunya suami dia yang uruskan maknya semasa jalani dialisis setiap minggu. Ni dah balik entah apa ceritanya.
Apa itu Buah pinggang:-
- Penapisan Darah: Menyingkirkan urea, kreatinina, dan sisa metabolisme lain.
- Pengawalan Cecair & Elektrolit: Menyeimbangkan air, natrium, kalium, kalsium, dan fosfat dalam badan.
- Pengawalan Tekanan Darah: Menstabilkan tekanan darah.
- Pengeluaran Hormon: Menghasilkan hormon penting seperti eritropoietin untuk merangsang penghasilan sel darah merah.
- Kesihatan Tulang: Membantu menghasilkan Vitamin D aktif.
Anatomi Ringkas
- Lokasi: Di bawah tulang rusuk, di kedua-dua sisi tulang belakang.
- Struktur: Setiap buah pinggang mengandungi kira-kira satu juta nefron yang menapis darah.
- Saluran: Air kencing dari buah pinggang melalui ureter ke pundi kencing, kemudian keluar melalui uretra.
- Penyakit buah pinggang boleh menjejaskan otot, saraf, dan tisu lain.
- Simptom boleh termasuk bengkak, keletihan, loya, dan perubahan jumlah air kencing.
- Pencegahan melalui gaya hidup sihat adalah penting kerana penyakit buah pinggang kronik boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.
Lagi satu pada sesiapa yang suka makan pil pain killer bila sakit atau pun pening sikit paracetamol, sakit sikit paracetamol atau panadol. Hah kena kurangkan. Kalau boleh tahan sakit tu tahan lah jangan jadikan ianya satu amalan sebab pil-pil tu semua akan menyebabkan buah pinggang rosak.
Sebab tu kalau boleh cegah penyakit darah tinggi, kencing manis hah yang ni selalu lah check gula dalam darah. Bila dah mengidapnya hah berbalang-balang pil buat makanan seharian. Semuga kita dijauhkan lah ye daripada mengidap penyakit kronik macam ni. Semuga kalian semua sihat-sihat hendaknya. Aamiin




Tq banyak ilmu baru terutama jangan minum air sejuk pagi-pagi ketika perut kosong dan kurangkan makan ubat tahan sakit.
ReplyDeleteKenalah cari gula kelapa.
P.S: Tq, saya dah terima kain renda.
Takutnya saya baca. Tapi tu la, kadang mulut kata takut tapi tak nak ikut nasihat. Tapi, sy baru tahu, makan ikan banyak pun tak bagus ya. Gula dah kurang ambil, bab protein tu la. Terima kasih perkongsian Kak Notie.
ReplyDelete