TERIMA KASIH, WIRA KAMI!
Pernahkah anda menerima layanan yang menceriakan hari anda di Hospital Putrajaya atau Institut Endokrin? Mungkin seorang doktor yang sangat prihatin, jururawat yang sentiasa tersenyum, atau kakitangan sokongan yang sangat membantu?
Kini, anda boleh sampaikan penghargaan anda secara rasmi. Setiap kata-kata positif dan pujian anda bukan sekadar ucapan, malah menjadi pembakar semangat untuk warga kerja kami terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Bagaimana cara untuk rakamkan penghargaan anda? Mudah sahaja 
Imbas QR Code pada poster kami atau klik pautan pantas ini: bit.ly/PenghargaanHPj
Di bahagian 'Jenis', pastikan anda memilih kategori 'Penghargaan'.
Tuliskan catatan pengalaman positif anda bersama kami. Satu pujian daripada anda, seribu makna buat kami. Jom hargai wira-wira kesihatan kita hari ini!
Sispaa bukan saja boleh buat aduan juga boleh memberi penghargaan semasa mendapat perkhidmatan kakitangan kerajaan. Jadi jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan Hospital Putrajaya anda boleh memberi penghargaan kepada mereka. Kami tidak mengharap balasan semasa memberikan perkhidmatan tapi jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami, kami warga Hospital Putrajaya juga merasa di beri penghormatan atas khidmat kami diatas penghargaan yang kalian berikan. Semuga ianya juga dapat memberi semangat pada kami untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Penghargaan yang hanya sedikit begitu mahal bagi kami bagaikan segala penat lelah kami di hargai. Apa pun terima kasih banyak kami ucapkan.
.jpg)


Boleh ke nak buat penghargaan untuk kafe dan koop HPJ jugak? makanan dorang sedap2.. ^^
ReplyDeleteBOleh je. Nanti Pak tam lagi le turunkan harga. hehehe. Kat hospis tu kadang makanan di jual pun sedap-sedap. Saya selalu tamak bila kat situ sebab tu nak ini nak. kuih dia sedap tau
Deletestaff HPJ budi baiknya dihargai terutama notie
ReplyDeleteAla sis..... saya ni kuli je.
Delete