Wednesday, March 11, 2026

Berbowling aka famili day di IOI Putrajaya

 



Assalamualaikum,

Kejadian ni adalah berlaku pada bulan 2 iaitu Hari Ahad 8hb Feb yang lepas dimana  Jabatan Rekod telah menganjurkan aktiviti main bowling aka Famili day gitu. Tapi tu lah aku yang beriya nak join akhirnya tidak dapat hadir kerana kesihatan tidak memuaskan. huhuhu jadi tenguk je lah dari jauh bila depa up dalam waasap. Tapi tak pe walaupun aku tidak hadir tapi aku dah sponsor door gift untuk anak-anak. Apa yang aku bagi ialah  popcorn pack kecil dengan biskut untuk gift dan kipas comel ada gambar shinchan dan kitty. hehehehe syiok juga scroll cari door gift untuk budak-budak. Kiranya doorgift tu umpama aku hadir sama lah. 

Kali ni main bowling kat IOI Putrajaya. Dengar cerita kat Alamanda pun dah bukak balik tapi tak pasti pulak. Dulu pernahjoin Geng Ulat buku main bowling kat Alamanda. Lama nian dolu2. hehehe


Macam bertekak je liza dengan zira
 


Masing-masing dengan pelbagai ragam sebelum bermula.


Testing bola dengan kasut  


Bersemangat semuanya nak berbowling


Si kecik pun nak join juga ye

Takde pulak gambar masa baling bola. Depa kalau dah excited lupa nak ambik gambo.



Acara penyampaian hadiah





Siapa yang juara ni




Ala tak tau pun cc mila join. Kalau tahu gagahkan juga hadir


Rasanya semua famili dapat hamper. Ni Keluarga Pn wawa


Ni keluarga Pn Hanum. Tinggi sungguh suami Pn Hanum. Pn Hanum dah le tinggi suami dia lagi tinggi.



Budak pun suka dapat hadiah



Mereka yang hadir bersama keluarga. Aku huhuhu melepek dalam bilik. Sodih yang amat tenguk depa beraksi. 


Staff Jabatan Rekod HPJ. Gambo Ai yang kat atas sekali Hanim yang buat. Bila jadi camtu tak kenal pulak semuanya. Kena tenguk yang ni gambo real baru tahu kat atas tu sapa. 

1 comment: