Sunday, March 1, 2026

Gema Hari Raya Putrajaya 2026





 JOM MERIAHKAN GEMA RAYA PUTRAJAYA 2026 DI PICC PUTRAJAYA


Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gema Raya Putrajaya 2026 kini sedang berlangsung bermula 15 Februari hingga 19 Mac 2026 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

 Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan suasana Ramadan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga perkhidmatan awam dan masyarakat setempat. Sepanjang tempoh penganjuran, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung, antaranya:

  • Jualan dan bazar Ramadan  
  • Program kerohanian dan pengisian rohani  
  • Persembahan kebudayaan dan hiburan patuh syariah  
  • Aktiviti kekeluargaan dan komuniti  
  • Program Jualan Agro MADANI  
  • Jualan Kombo Agro MADANI pada setiap Sabtu dan Ahad

Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah utama dengan hadiah sebuah Proton e-Mas 5 Prime untuk dimenangi sepanjang tempoh program berlangsung.

Waktu Operasi Program:  
Isnin – Khamis : 11.00 pagi – 12.00 tengah malam  
Jumaat – Ahad : 11.00 pagi – 2.00 pagi  

 Kemudahan Pengunjung:  
  • Parkir percuma sehingga 1,200 petak  
  • Mesra kerusi roda (wheelchair friendly)  
  • Mesra kanak-kanak & keluarga  
  • Kemudahan solat dan solat tarawih disediakan  
  • Kemudahan untuk menunaikan Solat Jumaat turut disediakan  


1 comment:

  1. boleh meriahkannya mengikut kehendak n keperluan putrajaya kan lokasi penjawat awam

    ReplyDelete