Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Putrajaya telah mengadakan Program Ziarah Ramadan pada 11 Mac 2026 sempena meraikan bulan Ramadan dan membantu para pesakit membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pasukan Psikiatri, Hospital Putrajaya dan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia. Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan wang tunai diberikan kepada pesakit psikiatri yang terpilih.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan semua penerima sempena Syawal yang bakal menjelang.
Yang ni tenguk Allahuakbar daif sungguh
Semuga Allah mempermudahkan urusan pesakit dan juga team yang membantu.








Alhamdulillah bagus program macam ni.
ReplyDelete