Assalamualaikum,
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
Program Ihya' Ramadan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya 2026 diteruskan lagi tahun ini. Program ini akan berlangsung setiap hari Selasa di dalam bulan Ramadan, di mana kakitangan Hospital Putrajaya akan diraikan dengan juadah berbuka puasa.
Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang sudi turut serta dalam program ini.
Minggu Pertama (kuih pelbagai jenis) Pun sedap.
Minggu ke 2 (Murtabak) Sedap sangat .
Minggu ke 3 (Kuih Akok) Panas lagi masa dapat.
Start pukul 3. Tunggu dulu
Ada 3 keping jenis pandan dan 3 keping jenis biasa
Kuih akok dia memang sedap. Dah seminggu dalam peti sejuk masih lembut lagi.
Minggu ke 4 (Kuih Tako)
Yang last ni patutnya besok ada lah kuih Tako. Tapi sebab kena ambil cuti awal terpaksa lah pandang dan lihat je bila kawan dapat.
Tapi hari ini ada Agihan bubur lambuk. Kiranya mengubat hati lah tak dapat ambil kuih Tako untuk berbuka esok.
Agihan bubur Lambuk yang kami dapata hari ini.
.jpg)
.jpeg)





.jpeg)



No comments:
Post a Comment