Thursday, May 21, 2026

Sambut birthday Pn Hanum

 


Assalamualaikum,

Semalam sebenarnya birthday Pn Hanum iaitu 20hb Mei 2026. Aku dah standby dah order Laksa Johor dengan Pn eva. Kek akan order bila sudah dikenalpasti birthday gurl ada.  Tapi tiba-tiba Pn Hanum EL lah pulak padahal dah sampai area ED tapi sebab pening dan sakit bahunya terus pusing balik rumah. Jadi kita orang yang tinggal lah yang tolong perabiskan Laksa Johor. hehehe Makan seharian Laksa Johor sebab ramai tak ada di opis malahan boleh tapaw bawak balik lagi. 

Hari ni tenguk Pn Hanum dah sihat malahan pergi ke Perhimpunan Bulanan HPJ lagi. Jadi aku pun minta Alia order kek dengan belikan Kepci, Takkan le kek je kan kena ada kudapan lain. 

Jadi tunggu kaunter takde patient kita pun tutup lampu sekejap bagi sambutan birthday kek pada Pn Hanum. 


Posing ramai-ramai dengan big boss Jabatan Rekod Perubatan.


Lepas tu apa lagi makan lah.  Kek dia pink color gitu. Strawberry dia besor. Wah ni kena jadikan projek pi Cameron Highland dengan CC jue ni lepas cuti sekolah.

1 comment:

  1. Sama tarikh dengan harijadi saya. Alhamdulillah, tentu Puan Hanum gumbira. Kek pink kaler, you... ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete