Assalamualaikum,
Hari Rabu yang lalu kami menerima kunjungan rakan daripada Hospital Sg Buluh. Mereka berminat dengan sistem Quick Check LP yang dibangunkan oleh Jabatan IT HPJ. Sistem ni webase jadi pelanggan luar boleh semak lapuran perubatan yang telah di mohon samada ianya telah siap atau pun belum. Ianya mengurangkan penerimaan talipon yang kadang tak larat nak layan. Dengan pelanggan datang ke kaunter untuk memohon apa lagi lah nak menjawab talipon. Dah le staff terhad. Jadi ini satu inovasi yang kita orang bangunkan untuk memudahkan kerja.
Hospital Sg Buluh selama ini mengunakan sistem E-LP yang dibangunkan
oleh JKN Johor. Tapi sebab dah lama dan banyak masalah yang wujud dari segi fasiliti server dan sebagainya mereka datang nak melihat bagaimana pengunaan Sistem QC LP yang HPJ bangunkan.
Kita orang terpaksa mencari alternative lain sebab sistem Fisicien yang digunakan complikated sangat dan kena buat 2 kali kerja jadi kami telah meminta pihak IT createkan sistem dan juga sebagai model inovasi yang akan datang. Ini disebabkan masalah staff yang limit dan juga kaunter yang kadang sibuk dengan panggilan talipon serta permohonan pelanggan jadi inovasi yang kami buat adalah supaya dapat mengurangkan pengunaan menjawab talian talipon dan pelanggan boleh menyemak sendiri status permohonan samada sudah siap atau belum. Malahan kami boleh pantau permohonan daripada Doktor yang kadang melewati daripada status date siap yang telah di sediakan. Ini adalah mengikut KPI LP yang telah diwujudkan oleh KKM. Berapa hari perlu hantar pada Doktor dan berapa hari perlu siap LP tersebut.
Selain daripada itu kami juga sertakan QR kod dan slip penerimaan untuk sebarang pertanyaan dan juga QR kod itu untuk mereka melihat status permohonan mereka.
Puan Zamnah bagi oleh-oleh pada Puan Hanum. Puan Zamnah juga pada minggu ini akan mula berkhidmat di Jabatan lain iaitu JKR setelah mendapat kenaikan pangkat. Amro sekarang dah open jawatannya dan banyak senior Rekod telah di pindah keluar ke jabatan lain apa lagi yang telah lama berkhidmat disatu tempat. Kalau kenaikan pangkat pun akan di tempatkan di luar jabatan selain daripada KKM.
Bila dah macam ni alahaiiii sayangnya Jabatan Rekod akan kehilangan senior terutamanya expert coders yang bukan mudah nak jalani latihan dan expert dalam koding penyakit. Tapi nak buat macamana yang muda-muda semua mohon open demi nak naik pangkat cepat. Manakala JPA pula sekarang memang akan buat perpindahan bagi staff yang telah lama berkhidmat di satu-satu tempat. Yang tinggal adalah Pegawai Rekod Perubatan yang memang close jawatan dalam KKM. Depa tak fight untuk Amro jadi hah hadap le masalah orang baru yang akan masuk dalam Jabatan Rekod Perubatan nanti.
Aku rasa sedih bila melihat senior Rekod satu demi satu keluar dari Rekod. Bayangkan banyak tahun dan duit untuk mengajar mereka yang bekerja di Jabatan Rekod dari segi koding penyakit, pengurusan Rekod, penyediaan data statistik. Aku yang dah berpuluh tahun kerja pun masih lagi belajar apa lagi setelah berpuluh tahun meninggalkan kerja di lapangan iaitu di Hospital. Sebab tu mana yang baru masuk Rekod kita orang galakkan kerja atau buat intern di Hospital dahulu terutamanya mereka yang bekerja di Jabatan kesihatan Negeri.
Ye lah aku dulu kerja di Hospital Segamat semuanya secara manual. Lepas tu masuk di PIK semuanya tentang statistik Hospital. Jadi bila masuk semula di Hospital kena refresh balik cara koding penyakit, kena belajar balik pengurusan Rekod Perubatan malahan cara penyediaan Lapuran Perubatan pun kena faham dulu. Walaupun RAM otak kita dah slow jadi kadang ambil masa juga nak faham tentang kerja walaupun dah nak masuk 3 tahun kerja di HPJ ni tapi kadang ada lagi yang masih blur. hehehehe Almaklumle kita ni otak oldscool punya.
Bersama dengan pegawai IT dari Hospital masing-masing
JKN Selangor dan Hospital Sg Buluh serta HPJ
Gambar ramai-ramai sebelum balik
Terima kasih Hospital Sg Buluh dan buat Zamnah selamat maju jaya di tempat baru






No comments:
Post a Comment