Check out dari Homestay Idaman Melur.
Assalamualaikum,
Bangun pagi tu gotong royong buat sarapan. Buat nasi goreng lebihan nasi pada malam tadi. Lepas tu rebus ubi yang Jol bawak dari Batu Pahat. Rendang Kak nong ada lagi. Lepas tu buat sambal tumis untuk lawan dengan ubi rebus. Jagung yang Kak Jal bawak dari Tangkak kita orang rebus buat sarapan. Nasi goreng tak cukup Kak jal masak nasi lemak. Kiranya pagi tu memang kenyang sungguh lah dengan pelbagai makanan.
Makanan sarapan tak ambil sebab dah sibuk sediakan sarapan, makan dan kemas nak ke Bukit Sentosa lah pulak. Janji pukul 10 keluar rumah tapi akhirnya nak dekat pukul 11 juga lah. Almaklumlah bila dah ramai-ramai tu.
Menuju ke Bukit Sentosa Rawang pulak. Konvoi beramai-ramai. Tapi nak masuk ke Toll Bukit Beruntung highway sudah jem. Almaklumle orang KL kalau cuti panjang je mesti balik kampung atau berjalan ke Utara.
Oleh kerana jem, Julie bawa kami masuk Toll Serendah. Makan masa juga dengan jalan yang tengah repair. Kak nong pun udah mabuk. Keluar dari rumah julie kenyang sampai rumah Kak norra udah lapar balik. hehehehehe
Kiranya sampai rumah Kak Norra je terus semua makan tengahari. Yang lelaki ada yang solat Jumaat. Yang perempuan apa lagi makan le. hehehehe Ya lah sudah jalan jauh dari Cybersouth Dengkil sehingga Bukit Sentosa di Kuala Kubu Bharu.
Pokok Jambu air di belakang rumah Kak Norra. Geram je kita orang tenguk. Kena sampul kalau tak jambunya rosak kena tebuk ulat.
Sampai rumah Kak Norra nampak Kak Limah dan Meria sudah sampai.
Colek dengan gula dan kicap pecahkan cili api. Yum yum yum.
Kuih cara dia sedap isi dia banyak.
Chicken t6enders yang Meria bawak. Sedap.
Kak Norra masak ayam masak lemak cili api dengan kobis goreng
Buah durian belanda dia banyak buahnya. Tapi masih kecil lagi belum masak. Geram je tenguk. Tanam kat kampung asyik mati je pokoknya.
Tak muat piknik kat bawah pulak.
Selesai beraya di rumah Kak Norra beraya ke Ampang pulak. Semua nak rasa Rawang Bypass jadi lalu lah situ.
Rawang Bypass.
Sebelum sampai Ampang hujan lah pulak. Jenuh le nak tenguk jalan nak lalu Suke pulak.
Kali ni anak-anak Merina join sama. Aiman selaku abang yang sulong yang membawa adik-adiknya balik. Oleh kerana kawan dia kahwin jadi stay 1 malam lagi kat KL. Lepas tu hantar adik dia yang no 3 kat melaka dan yang bungsu kat Batu Pahat. Macam-macam nasihat atoknya. Ya lah kan tinggal adik beradik je jadi yang tua lah yang uruskan adik-adiknya. Yang bungsu buat masa ni duduk rumah pengasuhnya sementara Meri dan Kamal di Mekah.
Pekena Mee rebus, Nasi himpit dan rendang ayam.
Kak nong mulanya nak tidur kat Ampang tapi Azlee nak balik Melaka sebab anaknya nak periksa dan nak basuh baju. Petang sabtu tu ambil dari asrama jadi balik ni nak basuh baju anak-anaknya. BIla Azlee balik Kak nong pun tak jadi lah. Ajed pun baru ura-ura nak cari hotel pun terus cancel dan balik Melaka.
Manakala Jol dan Kak Jal sambung balik tidur di rumah Julie. Besoknya Sabtu baru balik Tangkak dan Batu Pahat.
Keluarga Jol dan anak-anaknya. Fahmi nanti akan balik ke Usim, Julie yang hantar ke kolej.
Check out Idaman Melur
Pi makan di Pejam Mata Cafe. Kali ni keluarga Hafiz pula yang join.
Masa hari Khamis tu Hafiz je yang datang. Jadi kali ni dia bawak famili dia nak jumpa dengan Mak toknya dulu sebelum Mak tok balik Tangkak.
Makan sambil pejam mata. hehehe
Adik Manis dapat jumpa Mak toknya. Hilang rindu Kak jal dengan cucu sebelum balik Tangkak. Nama dia Manisah Qaisara, jadi selalu usik adik manis. Keluaran Hospital Putrajaya. hehehehe




.jpeg)
.jpeg)




.jpeg)






Sesekali terlajak raya dan berkumpul ramai- ramai..SA pun ada cerita terlajak raya..esok la post...hahahaa..
ReplyDeleteTerlajak raya sebab dah habis raya tapi sebabkan datang hantar Bakal Haji terus lah beraya sekali.
DeleteNama pun dah manis.. adoi..comel la awak...
ReplyDeleteTerlajak raya best betul..beramai² konvo raya tu..
Adik manis tu kadang gaya ganas sikit. hehehehe Tapi suka usik sebab bila dia senyum aduhaiiii manis gitu
DeleteSeronok baca.. Meriah dengan sesi kunjung-mengunjung dengan pelbagai juadah..
ReplyDeleteKita orang kalau bab makan no wahid gitu.
DeleteWah, sedapnya daoat makan jambu fresh.
ReplyDeleteBetullah Notie, kuih cara memang sedap kalau isinya banyak.
Tu lah jambu dia manis bila cecah kicap dengan gula dan cili api. BIla isi banyak lagi sedap rasanya.
DeleteBahagia tu terlajak raya..tak apa hari-hari raya pun ok..bukan susahpun makanan ala kadar kira kejayaan..
ReplyDeleteKita orang tiap bulan raya hehehe. Sebab bila balik kampung je masak juadah raya.
Deletesedap jambu tu lama tak makan.
ReplyDeleteKena sampul jadi buah masak dan bersih dari ulat
Deletemeriah betul inti kuih caranya
ReplyDeleteSusah nak jumpa. Kadang isi secoet je
Deletesonoknya konvoi jln2 dgn famili ramai2
ReplyDeleteBest sis bukan selalu dapat macam ni
DeleteBestnya keluarga besar camni ๐๐ป
ReplyDeleteJalan pulak ramai² gini mmg meriah sungguh la
Alhamdulillah dapat konvoi ramai-ramai dan dapat singgah rumah adik beradik
DeleteYakwah kuih cara ru, berbaloi-baloi dagingmya
ReplyDeleteSedap sebab isinya penuh
DeleteSeronok nya, meriah kan ramai2 berkonvoi
ReplyDeleteBIla dapat berkumpul memang seronok.
DeleteSeronok Kak Notie. Kita lajak sampai 1 Muharam pun tak pa, Kak, hihi.
ReplyDeleteLajak sampai raya haji pun ok je. hehehe
DeleteHaha.. meriah sungguh tengok, beraya banyak rumah dan sambung makan².
ReplyDeleteKebetulan keluarga dari kampung datang jadi berayalah keluarga di KL pulak
Deleteraya sakanns., hehe
ReplyDeleteSakan wak sampai dah habis raya pun masih on
Deletewah.. meriah sungguh.. menu pun menarik tapi buah jambu tu pun elok kejadiannya.
ReplyDeleteSedap jambu tu. Manis dapat colek
DeleteRindu sungguh la dengan jambu pink tu. Laamaaaa betul tak makan. Btw, nice write up.
ReplyDeleteSedap sebab dapat free. Kalau beli kat RnR kadang mahal
DeleteAiiiih jambu tuh memang sedap kalau dicicah sambal rujak ,๐คค๐คค๐คค๐คค. Drooling saya langsung..
ReplyDeleteComelnya si adik ๐๐. Cantiiik sangat memang ,๐ค
BIla cecah sambal rojak lagi lah menambah-nambah makan.
DeleteMiss you sis. Maaf tak sempat reply awal. Ya indah peraturanNya, jauh ke beruntung, hala balik ambil rawang bypass memang cantik kan, segar buah jambu air, pandai jaga. Ya sesekali terlajak raya, meriah sangat♥️
ReplyDeleteSesekali lalu Rawang bypass memang cantik apa lagi keluarga di kampung tak pernah lalu
Deletemeriah nampak jambu tu
ReplyDeleteKena bungkus baru cantik kejadiannya
DeleteWahh..Jauh jgk lajaknya ni =D
ReplyDeleteLajak sampai nak raya haji
DeleteMeriah betul raya Akak..
ReplyDeleteSha pun suka cicah kicap, cili dan gula sikit.. jambu tu.. lama tak buat..
jauh perjalanan dari cybersouth sampai ke KKB. balik perut kedepan sebab banyak makan hehe
ReplyDeleteSedapnya kak ngelotek ramai².
ReplyDelete