Thursday, May 21, 2026

Lawatan Pensyarah Kejururawatan dari Edinburgh Napier University

 


19 MEI 2026 - Hospital Putrajaya hari ini telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Dr. Azwa Shamsuddin, Pensyarah Kejururawatan bersama Profesor Eileen Lake, Profesor Kejururawatan dan Sosiologi dari Edinburgh Napier University.
Lawatan ini bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat konteks pengoperasian hospital kerajaan di Malaysia bagi menyokong inisiatif penyelidikan pada masa hadapan.
Delegasi berkenaan telah disambut mesra di Lobi Pentadbiran. Sesi dimulakan dengan acara menandatangani buku pelawat serta sesi bergambar bersama, sebelum diteruskan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan II, Dr. Munira binti Shamim Husain, serta Ketua Unit dari Unit Kejururawatan Hospital Putrajaya, Matron Noreisah binti Ab Rahim.
Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perkhidmatan teras hospital, para delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke beberapa unit utama yang merangkumi Jabatan Kecemasan, Dewan Bersalin, Wad Perubatan 4B, dan Wad Pembedahan 3A.
Pihak Hospital Putrajaya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr. Azwa Shamsuddin dan Profesor Eileen Lake atas kunjungan ini.
Semoga perkongsian ilmu dan lawatan ini dapat membuka ruang kepada kolaborasi penyelidikan yang berimpak tinggi pada masa hadapan demi memartabatkan bidang kejururawatan serta perkhidmatan kesihatan global.
















Jururawat pun dah ada male nurse tau. Nak panggil sister tapi lelaki jadi panggil KJ atau ketua jururawat.





Seronok tenguk universiti luar datang Ke HPJ untuk mengenali pulak proses kerja sebagai Jururawat.

No comments:

Post a Comment