
Gadek Hotspring Wellness & Spa
Maklumat Waktu Operasi Untuk Gadek Hotspring (Air Panas Gadek):
- Isnin: Tutup (Hari pencucian kolam)
- Selasa – Khamis: 7.00 pagi – 12.00 tengah malam
- Jumaat – Ahad: 7.00 pagi – 3.00 pagi
Waktu operasi ini hanya melibatkan bahagian kolam sahaja.
Manakala bahagian penginapan beroperasi seperti biasa setiap hari, termasuk hari Isnin.
Makluman khas: Bagi tetamu yang menginap (in-house guest) pada hari Isnin, anda dibenarkan menggunakan kolam umum selepas air baharu diisi, khas untuk tetamu menginap sahaja.
Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka, 25 kilometer dari pusat bandar Melaka melalui jalan utama Melaka Tampin. Gadek Hotspring Wellness Resort & Spa atau lebih dikenali sebagai Kompleks Air Panas Gadek sudah mula beroperasi pada 16 Disember 2024 yang lepas dengan kekuatan seramai 30 orang kakitangan dibahagian operasi dan pentadbiran.
Sejarah penemuan kolam air ini dikatakan mula diketahui penduduk setempat apabila mereka melihat ramai pegawai dan tentera British menetap di kawasan berhampiran kolam. Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah keistimewaannya apatah lagi setelah mereka terdengar khabar angin bahawa air kolam ini digunakan oleh tentera British bagi merawat penyakit. Selepas Tanah Melayu bebas daripada penjajahan, penduduk kampung akhirnya mengetahui bahawa kawasan
1. Single Room mengandungi 2 katil single untuk 2 dewasa : RM165 semalam
Single Room kami direka khas untuk keselesaan anda, lengkap dengan dua katil single yang empuk, penghawa dingin, TV dan dihiasi dengan sentuhan moden. Bilik ini menawarkan bilik mandi yang dilengkapi tandas, shower, sinki, cermin dan kelengkapan mandian.
2. Deluxe Room mengandungi 1 katil Queen untuk 2 dewasa.: RM 170 semalam.
Deluxe Room kami direka khas untuk keselesaan anda, lengkap dengan satu katil queen yang empuk, penghawa dingin, TV dan dihiasi dengan sentuhan moden. Bilik ini menawarkan bilik mandi yang dilengkapi tandas, shower, sinki, cermin dan kelengkapan mandian.
3. Chalet single ( 1 room chalet) 1 Katil King untuk 5 dewasa - RM 240 semalam
Chalet Single (1-Room Chalet) kami direka khas untuk keselesaan anda, lengkap dengan satu katil King yang empuk, penghawa dingin, TV dan dihiasi dengan sentuhan moden. Bilik ini menawarkan ruang istirehat keluarga, bilik mandi yang dilengkapi tandas, shower, sinki, cermin dan kelengkapan mandian.Chalet ini juga mempunyai kolam air panas peribadi.
4. Chalet Family ( 2 room Chalet) 2 Katil King untuk 8 dewasa - RM 360
Chalet Family (2-Room Chalet) kami direka khas untuk keselesaan anda, lengkap dengan dua katil King yang empuk, penghawa dingin, TV dan dihiasi dengan sentuhan moden. Bilik ini menawarkan ruang istirehat keluarga, bilik mandi yang dilengkapi tandas, shower, sinki, cermin dan kelengkapan mandian. Chalet ini juga mempunyai kolam air panas peribadi.
Ni detail kalau nak book chalet kat Gadek Hotspring.
Assalamualaikum,
Ini kejadian sebelum raya haji. Dah letak kat draf tapi lupa nak bercerita. Apa pun memang seronok lah berendam kaki dalam kolam air panas.
Alkisahnya selepas hantar Azhar dan Ijan di Kompleks Jemaah Haji Movenpick, bawak Kak limah balik muar, sebab agendanya nak bercuti di Kolam air panas Gadek kat Alor Gajah Melaka.
Bilik aku dah booking yang chalet Family sebab kita orang nak privacy sambil berendam dalam kolam. Almaklumle kita orang kan pemalu orangnya. hehehe Aku book hari jumaat dan balik Sabtu besoknya balik Muo pulak. Dan booking pada hari Jumaat supaya anak kak nong dan cucunya boleh join sama kami pada petang jumaat selepas balik dari sekolah.
Oleh kerana check in pukul 3 petang jadi pagi tu sempat lagi pi Bandor Muar beli satay dan mee rebus serta mee bandung nak buat sarapan kat rumah Kak Nong. Lepas tu ambil Kak Jal dan terus ke rumah Kak nong bersarapan sambil menunggu zohor baru nak pi Gadek.
Satay order ayam, daging, perut dan limpa. Order juga mee rebus dan mee bandung. Satay dia yang perut tu keras lah. Yang lain ok. Lepas tu Mee rebus dan mee bandung dia emm kureng sikit. Cam mee rebus tu kuahnya tak pekat begitu juga mee Bandung dia pun kureng. Tapi rasanya macam kurang kick sataynya. Kat mana nak cari satay sedap kat muar ni yek. emm yang kak nong cadangkan depan sekolah Chunghwa....Soto dia sedap tapi satay dia kureng sikit.
Satay sedap rasanya yang kat R&H cafe yang dah pindah ke Jalan Temenggung. Dulu kat depan bus Stand. Memang sedap satay dia. Makanan lain pun sedap. Tapi dah jauh ni susah nak beli. Baru-baru ni YD Pertuan Agong ada datang makan kat cafe tersebut semasa jalan di Muar. Peberet YD Pertuan Agong tu.
Satay Warisan Rasanya ni yang Sa selalu beli. Kat Muar ni ada banyak port jual satay waktu pagi. Cuma tu lah kena terjah satu demi satu nak rasa mana yang best.
Lepas solat zohor baru keluar rumah Kak nong menuju ke Alor Gajah.
Hah tenguk le belum apa-apa bonet dah penuh. Ni barangan untuk 4 orang. Kak nong siap bawak rice cooker berisi nasi sebab kita orang nak piknik kat Chalet nanti. Anak Kak nong iaitu Azli dan Yazed akan ikut sama almaklumle anak Yazed yang bungsu tu suka mandi kolam.
Kak jal bawak sambal tumis dan ayam masak kicap.
Masa pergi sebab tak tahu jalan dan ikut je lah arahan Kak nong mana nak lalu almaklumle kak Nong dok Melaka dan dah pernah pergi.
Masa sampai kat meja pendaftaran. Aku pun tunjukkan lah invois masa pendaftaran sebelum ni. Kena bayar Rm54 dimana Rm4 adalah baki bayaran Chalet dan Rm 50 duit cagaran. Dapat 5 tiket free untuk mandi kat depan kompleks tersebut dan 2 stiker kereta. Oleh kerana Azli dan Yazed akan join sama jadi stiker bagi kat Azli.
Setel semua dia bagi satu fail. Dalamnya ada remote tv, 5 keping tiket dan stiker kereta. Untuk di letakkan depan dashboard kereta.
Hah dah setel apa lagi ajom lerrrrrr cari chalet dia.
Video keliling Chalet.
Masuk kat satu pintu gerbang dimana terdapat beberapa chalet didalamnya. Ingatkan nak parking depan Chalet rupanya pintu gerbang tu mengasingkan chalet dengan Parking kenderaan. Jenuh le ngangkut barang dalam bonet.
Kami berempat lepak dulu. Anak-anak Kak Nong nanti malam baru sampai.
Kolam yang mengamit kami ke sini. Masa test air tu memang panas.
Sampai je apa lagi lah makan makanan yang di bawa. Pantry dia bst. Ada peti sejuk kecil dan cerek letrik serta sudu dan pinggan. Cawan pun ada juga.
Piknik time.
Lauk simple je ada sambal tumis layan dengan ayam masak kicap. Ada 2 lauk yang Kak nong beli kat kedai sebelum kami sampai Alor Gajah.
Rehat dulu petang tu dah malam sikit baru masuk kolam. Kali ni aku tak ambil gambar le sebab Achik-achik udah togel tudungnya. hehehehe Itu sebab utama ambil yang kolam dalam chalet. Kalau kat luar boleh je tapi ramai orang le. Macam ni ko nak teriak ke apa ke takde orang nampak.
Masa mula-mula cecah kaki. Wow panas juga ni. Tapi slow-slow buat badan terima kepanasan tersebut hah baru boleh berendam. Best rasanya sebab rasa macam aliran darah lancar kat kaki.
Kak jal siap bawak gayung sebab boleh basahkan kepala dengan air panas tersebut. Baru le complete mandi air panas. Mula-mula tu macam pening-pening lalat juga lah. Tapi akhir-akhirnya eh seronok.
Cucu Kak nong udah geram nak terjun kolam tapi airnya panas.
Malam tu tidur best je sebab petangnya sudah mandi air panas. Memang nyenyak tidur le malam tu.
Kat ruang tamu Yazed bawak toto dan bantal dan tidur dengan Kak Nong. Bilik lagi satu Azli dengan Mar dan Cik Putih. Bilik kita orang Kak Jal ambik toto Azli satu dan tidur di bawah.
Azli dengan dengan anak daranya. Abang-abang dok asrama.
Pagi tu kita orang mandi kolam lagi lah. Kali ni airnya sudah sejuk. Apa lagi cucu kak Nong seronok le dapat mandi kolam. Tapi tu lah Azli pagi tu kena pergi sekolah anaknya sebab ada gotong royong sekolah dan lepas tu anak dia boleh ikut balik. Sudah tentu lah kena gesa anaknya supaya datang ke sekolah.
Rupanya bila pagi air dia sejuk. Tapi dalam pukul 8 pagi baru air panas masuk ke dalam kolam. Ada cucur kat tepi kolam tu dimana air panas masuk ke dalam kolam. Jadi air sejuk akan keluar dari kolam.
Jadi pagi tu memang puaskan hati lah mandi sebelum air panas memenuhi kolam. Check out pukul 11 jadi sempat lah lepas sarapan tidur sekejap.
Pagi tu bila Azli balik bersama Mar dan Cik putih, Yazed sudah ambil stiker ganti kereta masuk parking kat dalam. Sebelum tu sempat lah keluar cari roti canai dan nasi lemak. Anak Yazed yang tua pagi-pagi mesti pekena roti canai telur 3 keping. Bila sudah dapat makanan , dia sudah senyap dalam bilik sambil tenguk tv. Tv ada disediakan tapi dia letak kat bilik. Yang kat hall tak ada tv.
Alhamdulillah selesai mandi dan puas hati dapat berendam pagi tu kita orang pun kemas barang. Masa pukul 10 lebih bawak barang sikit demi sikit ke tempat kereta di parking. Bila dah selesai aku ambil lah gambar barang-barang yang ada dalam chalet. Check sekali ada sudu sudah hilang 1.
Rupanya masa kita orang tengah sibuk ngangkut barang ke kereta anak Yazed yang bungsu sudah bukak pintu sebelah chalet kita orang dan terus masuk. Kelam kabut Kak nong kejar cucunya. Nasib baik orang kat sebelah ni sedang tunggu anaknya datang tak bising bila ada anak orang jengah dia. Aduhaiiiii nakal sungguh cucu Kak nong ni.
Bergambar di pintu gerbang sebelum masuk kereta. Macam kulit muka jadi bersih je bila lepas mandi air panas. Ada ura-ura nak datang lagi ni. Lepas ni ada 3 port berhenti sebelum sampai Muo.
Alhamdulillah percutian bersama kakak-kakak sambil mandi air panas dapat dilaksanakan setelah lama tak mandi air panas di Benban. Ni port baru yang kami akan terjah lepas ni. Lepas ni percutian di kampung pula sambil kemas rumah kampung sambil berkumpul.
Bestnya, ada kolam air panas berasingan untuk tetamu yg menyewa chalet. Dah tua siap bawa gayung pulak ya. Bagus mandi air panas, memang terasa darah lancar jer mengalir. Pulak tu air panas semulajadi, kan. Memang kena repeat la tu nanti.
ReplyDeleteSeronok la berendam dalam pool tu. Bestnya bercuti bersama family. Luangkan masa bersama.
ReplyDelete