Monday, February 18, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 Bhg 1 (Fluffy Whitegrass Hill)


Assalamualaikum,

 Semalam wawa dah bagitau yang hari ini dia akan bawa group orang lain. Sebagai penganti zaty yang akan bawa kita orang pulak.  Zaty ni kira junior wawa lah. Sepatutnya zaty yang bawa group lain tapi sebab nak kena ambil seseorang di tempat lain dan wawa je yang tahu tempat tu jadi tour guide kita orang kena twist lah. Mula-mula tu macam ala....tak best lah sebab bukan wawa yang bawa kami tapi wawa kata 1 hari je jadi semua pun redho lah. hehehe

 Zaty ni kiranya lembut lah daripada wawa tapi bila dia bawa van, aku yang asyik nak tekan brek angin  je. Lepas tu rasa mabuk. Aduhaiiii jauh lagi perjalanan ni aku dah rasa mabuk. Lepas tu ada bonggol jalan pun dia terus langgar je, apa lagi melambung lah orang kat belakang. At least ko  slow kan van masa langgar bonggol tu. Tu yang masing-masing rasa semacam je. Perjalanan pagi je dah rasa macam-macam. Jangan aku mabuk sudah lah. Nanti tak enjoy melihat pemandangan.
 

  Tapi bila sampai tempat ni semua pun suka. Sepatutnya tempat lalang ni kita orang pergi semalam tapi sebab dah nak malam, wawa suruh zaty bawa tempat ni. Tak pergi rugi walaupun hanya daun lalang. Tapi cantik ko.


        Amacam ....tenguk dari dekat lalang bukan sebarang lalang ya. Lalang tinggi mengunung. hehe


       Kita orang pun masuk satu kawasan yang ada parking khas.  Tu bukit coklat tu nampak je macam kering kontang tau.....Macam tak de apa-apa aje kan. Jangan pandang dari jauh.....datang dekat baru kita tau apa dia itu sebenarnya.


    Warga korea siap berkhemah lagi di tengah-tengah kawasan, siap ada kerusi bersantai-santai ko.


      Apa lagi jom masuk dalam semak lalang.  Begini rupanya lalang kat korea. Tinggi ko ....masuk dalam ni hilang kepala...opss bukan kena pancung lah....kita yang hilang dalamnya sebab lalang dia tinggi melebihi orang. Mari lah kita belasak dalam lalang. hahahaha


       Cuaca yang cerah dengan langit yang membiru....memang cantik kan. Aku pun jadi syiok snap gambar. Toleh sana toleh sini, pusing sana pusing sini....


      Nampak orang korea baju kuning...... kalau tak nampak hah pendek umur...hehehehe Kalau tak nampak juga pakai kanta pembesar ya.


           Posing time.....   layan je lah ya model OOTD.... walau pun dalam kebun lalang..hahaha Tak pernah aku buat masa kat malaysia.




       Ada di buat laluan di antara semak tersebut. Sebenarnya ada jalan dan boleh menuju sampai keatas. Tapi aku malas nak jalan jauh-jauh jadi berlegar di area bawah ja.


          Siapa itu yang bersembunyi di balik lalang.


             Walaupun ko belasak-belasak dalam semak tapi tak rasa miang tau. Tak macam masuk semak kat malaysia. Mesti terus badan rasa miang dan mengenyam. Tu yang dok tergaru seluruh badan lepas masuk semak. Napa ek. hehehehe


     Nampak tak apa yang aku kata....tinggi ko lalangnya. Masuk ja dalam ko tengelam tak nampak bayang.


         Suka aku snap gambar tala ke atas sebab langit biru dengan lalang putih jadi cantik ja.


         Kalau pakai spek hitam cover biru  mesti cun kan. Huh hari pertama je dah kiok.  Tak dapat lah aku nak melaram dengan spek hitam mata biru itu. Kena beli barulah nampaknya.



       Tu bawah kawasan parking. Banyak kenderaan yang datang untuk menikmati keindahan lalang yang saujana mata memandang.


          Macam -macam gaya posing.  Geng-geng yang lain entah kemana. Masing-masing mencari port yang cantik untuk bergambar. Oleh kerana lalangnya tinggi jadi tak nampak mereka ke mana.
Ni group Anne.

Aku tak pergi jauh. Hanya yang dekat je untuk posing.  Itu pun dah puas snap sana sini.





                           
                                                                OK last kopek posing....
                 

       Kalau tanya pakcik google, Saebyeol Oreum tu lagi banyak gambar yang cantik-cantik tentang tempat ini. Dah balik baru aku tanya....rupanya dari atas tu lagi cantik. Tapi takpe lah dah puas main sorok-sorok  di balik kebun lalang.


   Hah nampak kawasan lorekan kuning tu. Besar juga kawasannya, dan ada festival api lagi tu. Agaknya musim bila ya.


          Oh rupanya food trak semua tu. Aku ingatkan ada orang berkhemah.  Agaknya setelah penat mendaki, turun bawah pekena air...huh nyaman bah. Mai secawan. hehehehe           


                       OK kita tinggal kan padang lalang menuju ke lain pula.
 

Sunday, February 17, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 6 (Mysterious Road)


Assalamualaikum,

Lepas daun merah, wawa bawa kami ke jalan misteri nusantara. hehehe. Mana tak misteri jalan mendaki bukit tapi kereta bergerak sendiri tanpa pemandu menekan minyak.

Wawa test lah van dan tunjuk pada kita orang adegan misteri nusantara tu. Kalau kita tak tenguk sendiri mesti kita kata bohong tapi betul tak tipu punya.  Dah selesai sessi uji Van, wawa berhenti kat kedai berdekatan.  Ada 7 eleven juga beb.


       Oleh kerana dah petang , kedai dah banyak nak tutup. Sepatutnya kita pergi ke padang lalang juga tapi sebab masa suntuk, kita pergi esoknya. Ko tenguk lah patung kuda tu merempit dengan patung khidzir atasnya. Kat situ juga ada patung khidzir besar tapi aku yang malas nak ambil gambar dia. Buat menyemak mata aku je. heheheh sori.

               
         Masa ni ada yang tak tahan nak terkencing. Jadi tu yang wawa berhenti kat perhentian sebelah jalan misteri tu. Sejuk-sejuk ko mesti nak terkucil ja.
                     


          Ada tanda aras bila nak memulakan pemanduan misteri di jalan misteri. 



        Nampak pelik macamana kereta bergerak sendiri mendaki tanpa engin di hidupkan.




          Dah tenguk misteri nusantara, semua pun kembali ke van. Sekali aku nampak Dr Fauziah beli kopi mocha 1 kotak. Katanya macam rasa kopi yang kat hotel. Apa lagi aku dan Taj pun berlari lah kat 7 eleven mencari kopi tersebut. Aku rembat kopi yang kotak besar 50 sachet. Taj ambil yang 25 sachet, kecil sikit. Alang-alang suka terus beli besor.. Harga dalam 8,800 won dalam RM 32. Ok lah tu.

     Ni lah kopinya. Sedap.....hari  hari melantak tapi tu lah paket dia kecil je. Kalau mug biasa kena guna 2 paket baru kick menendang-nendang. hehehe.



     Sampai kat hotel makanan dah sedia.  Masa makan ni lah Dr Yasmin cerita masa kat Jungang shopping mall di pasar Dongmun dia beli face mask 10,000 dapat 5 paket. Tapi yang tak ada jenama lah. Wah aku pulak yang suka. Sempat lah pesan kalau pergi lagi aku nak kirim.  Kedai tu rupanya kat hujung jalan masa kat  Jungang Mall tu. Aku sampai kat tengah je dah terjebak kat kedai Nature Republik, memborong terus malas nak sampai ke hujung jalan.  Mereka 3 sahabat nak pergi lagi ke Pasar Dongmun sebab ada benda nak beli.

 Selesai makan dan membawang....masuk bilik. Huh penat hari ni berjalan. Sambil mengemas barang borongan sambil membelek semula barang hasil tuaian hari ini. Dok belek sudu, bekas masak ramen. Face mask pun belek-belek dan susun. Syiok pulak belek hasil tuaian setiap hari. Won dah mula susut ni. hehehe

Thursday, February 14, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 5 (tempat daun warna warni)








Assalamualaikum,

  Setelah kecewa sebab kat mount Halasan daun dah gugur awal, entah mana wawa bawa kami semua. Masing-masing macam kecewa ja dan senyap semuanya. Tapi bila sampai kawasan ni semua mula wah wah wah. Wawa pun senyum je sebab bila pusing warna merah bila pusing warna kuning. Semua pun wawawawa. Dalam van mula semua kecuh sebab melihat pemandangan cantik daun warna warni. 

Wednesday, February 13, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 4 (Mount Halasan)


                 

Apa khabar semua. 1 minggu cuti raya china , terus mood nak menulis merudum. Lepas tu kena siapkan report tahunan . Cheh baru bulan lepas rajin update cerita, bersemangat betul setiap hari. Cuti je mood pun lari. huhuhu  Apa pun chaiyok chaiyok mood menulis. hehehe                 

Assalamualaikum,

  Dah kenyang lunch ok kita jalan lagi. Seharian ni kita tenguk daun warna-warni je ya. Kali ini wawa bawa kita orang ke mount Halasan. 

Mengikut cerita wawa nak mendaki Mount Halasan ada banyak jalan masuk. Dan kadang ada waktu-waktu tertentu untuk mendaki. Tapi yang kita nak singgah ni tak sampai ke puncak, dia cuma sampai 1100 kaki dari paras laut.  Dan ada laluan penjalan kaki mengelilingi kawasan tersebut. 

Thursday, January 24, 2019

Jeju 2018 - Hari Ke 3 Bhg 3 (Lunch)


Assalamualaikum,

Setelah puas posing dengan daun kuning kita pergi lunch pula ya. Masa ni bila kata lunch je terus lah perut pun keriuk keriuk. Maklumlah dah lambat waktu untuk lunch. Padahal tadi semua meratah oden macam tak habis-habis. hehehehe