Tuesday, November 24, 2020

Sejarah di Muar = Sekolah Rumah Tangga

              



Assalamualaikum,

Alkisahnya kat muo dulu-dulu ada lah pulak sekolah rumah tangga, baru aku tahu. Bila aku add anak-anak muar macam-macam cerita sejarah muar yang dolu-dolu timbul. Emmm bagus juga ni. Kiranya menambah ilmu pengetahuan ku mengenai sejarah tempat kelahiran ku.


SEKOLAH RUMAH TANGGA

Diceritakan oleh Kamaruddin Abdullah
(Pengarang buku Pages From My Past)
Pada pertengahan tahun 50an, bandar Muar mempunyai sebuah sekolah yang diberi nama "Sekolah Rumah Tangga". Ia terletak tidak jauh daripada persimpangan Jalan Abdul Rahman/Jalan Majidee/ Jalan Joned. Sekolah ini merupakan sebuah banglo kepunyaan Haji Noah Omar, terkenal dengan nama Hj. Noah Berut. Gelaran "Berut" diambil kerana beliau pernah menuntut di Universiti Beirut. Pada tahun 70an, Hj. Noah diberi gelaran Tan Sri.

Hj. Noah ialah bapa kepada Tun Raha (isteri Tun Razak), Tun Suhaila (isteri Tun Hussein Onn) dan Datin Tik. Disinilah ketiga tiga anak Hj. Noah dilahirkan dan membesar dibanglo ini. Apabila beliau berpindah ke Batu Pahat, dia mengesyurkan agar banglonya dijadikan sebuah sekolah khas untuk anak anak muda perempuan. Sekolah ini ditaja perbelanjaannya oleh beberapa orang Melayu kenamaan Muar. Guru Besar pertama ialah Cikgu Fatimah dan dibantu olih Cikgu Mon.
Sekolah ini mengajar anak anak dara perempuan bagaimana hendak menjadi seorang suri rumah yang baik dan bertanggungjawab. Ia juga mengajar cara memasak dan jenis masakan orang orang Muar, mengajar menjahit, mengajar membuat kuih muih dan bermacam macam lagi yang bersangkut paut dengan hal ehwal rumah tangga.
Pada sebelah petang, ia mengajar orang orang dewasa yang buta huruf; seperti menulis dan mengeja. Ia juga mengajar anak anak muda membaca muqaddam dan Quran.
Pada awal tahun 60an, olih kerana sekolah ini amat berjaya, kerajaan telah bersetuju untuk menaja kos perbelanjaan dan beberapa sekolah yang serupa telah dibuka dibandar Johor Bahru, Batu Pahat dan juga Segamat.
Sekolah ini ditutup pada akhir tahun 60an. Gambar menunjukkan banglo yang satu ketika menjadi Sekolah Rumah Tangga, Muar.

Kredit : Sejarah Muar
Kredit FB Anak-anak Muar


Kalau ikutkan bangunan tersebut telah menjadi asrama perempuan di bawah pengurusan PKAYIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar)

Mungkin juga lanjutan dari tertubuhnya kelas ini, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sekitar tahun 60an telah menubuhkan kelas DEWASA (kelas bagi warga mas yang buta huruf) belajar. Salah satu mata pelajarannya adalah KELAS RUMAH TANGGA (KRT) bagi wanita2 kampung belajar kemahiran memasak, menjahit, menyulam, menganyam dll yang berkaitan dgn wanita). Kelas DEWASA ini diadakan 2 jam setiap sessi @ 3 hari dalam seminggu dan guru2 nye dibayar elaun bulanan mengikut jumlah jam mengajar. 

Aruah mak aku pernah cerita dulu-dulu dia ada pergi kelas tapi dia tak kata kelas rumah tangga. Cuma yang aku ingat dia pergi kelas menulis dan membaca. Dulu-dulu kan miskin mana pergi sekolah. Bila dah kahwin dengan Aruah Bapa aku barulah Aruah mak pergi kelas membaca dan menulis. Dan mungkin juga kelas memasak sebab aruah mak aku juga dulu rajin buat macam-macam untuk menambahkan pendapatan keluarga. Kita orang ingat ada sekali tu aruah mak aku buat bunga pakai kertas crepe, lepas tu diwarnakan dan digubah jadi gubahan bunga. Menang rasanya. Kuih pun kuih macam-macam, kuih koya kuih deram, kuih karas emm apa lagi ya dah lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Nostalgia tu ada tapi samar-samar dalam ingatan. Ni kena tanya kakak-kakak aku lah sebab mereka yang rajin menolong aruah mak aku. Al fatihah buat kedua ibu dan bapa aku.

Tapi yang aku gelak tenguk gambar kat atas tu yang mula-mulanya hitam putih tapi ada orang dah tukar jadi warna pulak ialah sekolah rumah tangga tapi awat orang lelaki yang jadi model. emmmm takan le depa duk mengayat pelajar rumah tangga kut.




































Monday, November 23, 2020

Agenda Masak-masak kat opis


 

Assalamualaikum,

Amboiiii asyik makan-makan je kan kat opis.  Dr Hafiz sejak boss lama pencen tiba-tiba rajin lah pulak nak masak-masak kat pejabat. Hari tu tiba-tiba je dia call aku . 'Kak T jom besok kita buat tomyam.'  Ah sudah masa tu aku dah sampai rumah. Kalau tak , boleh aku beli barang-barang untuk buat tomyam. Sekali besoknya dia dah siap bahan-bahan nak buat tomyam. Siap bahan perencah dari Siam pun ado. Katanya Mak mertua tiri orang perlis dan selalu beli barang-barang siam. Jadi banyak le bahan-bahan yang aku tak pernah tenguk pun ada.

Thursday, November 12, 2020

Dah 11 tahun usia


 

Assalamualaikum,

Hepey birthday to blog saje suka-suka. Chewah. 

Diam tak diam tertenguk lah n3 masa mula-mula Rumah baru buka. Sekali eh dah 11 tahun rupanya.  Nak ikutkan terjebak blog ni sejak tahun 2004 masa kerja di Bangunan Perkim KL. Masa tu kan zaman era kegemilangan blog tapi masa tu suka baca blog penulis Anis Radha, lepas tu penulis Noorsuraya dan banyak penulis blog yang rajin menulis dalam blogdrive dulu-dulu.   Ada yang hasil tulisannya di bukukan dan ada yang terus lesap di telan zaman. Masa tu banyak penulis-penulis baru yang bagus-bagus tulisannya. 

Monday, November 2, 2020

Farewell buat Bos yang nak pencen

 



Assalamualaikum,

Hari isnin 5hb Oktober yang lalu kami beramai-ramai buat majlis meraikan big bos kami yang akan pencen pertengahan bulan Oktober tu.  Mula-mula nak buat kat hotel tapi dek kerana ada masalah yang timbul tiba-tiba kami tukar event dan sambut kat Tingkat 8 Dewan serbaguna.  Kebetulan dewan kosong tapi petangnya kena kemas sebab ada acara lain yang akan mengunakan dewan.