Monday, November 23, 2020

Agenda Masak-masak kat opis


 

Assalamualaikum,

Amboiiii asyik makan-makan je kan kat opis.  Dr Hafiz sejak boss lama pencen tiba-tiba rajin lah pulak nak masak-masak kat pejabat. Hari tu tiba-tiba je dia call aku . 'Kak T jom besok kita buat tomyam.'  Ah sudah masa tu aku dah sampai rumah. Kalau tak , boleh aku beli barang-barang untuk buat tomyam. Sekali besoknya dia dah siap bahan-bahan nak buat tomyam. Siap bahan perencah dari Siam pun ado. Katanya Mak mertua tiri orang perlis dan selalu beli barang-barang siam. Jadi banyak le bahan-bahan yang aku tak pernah tenguk pun ada.


Bagus juga Doktor Hafiz ni walaupun sibuk pasal kerja sesekali angin dia nak masak hah tu dia ko. Bukan biashe biashe tu. Aku tenguk dia masak step by step tomyam special dari siam ko. Aku yang tenguk pun tak sabor tunggu tomyam siap sebab Dr Hafiz masak  step by step jadi masakan pun lambat. Aku kalau masak tomyam hah ko boo semua bahan dalam periuk. Tunggu dia mendidih hah siap makan. hehehehe pantas je kerja sedap tak sedap tekak mesti masyuk je. hehehe Hah yang tu masak lama dah. Gambo pun lupa nak ambil.

Kali ni pulak tiba-tiba angin dia nak buat sup tulang. Aku kata tak boleh satu jenis je doktor sebab ada Matron Jayanthi. Dia tak makan daging lembu. Jadi kena tambah sup ayam. Dr Hafiz bawa periuk Noxxa harta dari Aruah mak mertua dia yang meninggal baru ni. Dr Hafiz yang kata bukan aku. hehehe Aku bawa periuk primada Preasure cooker Go shop. 

Bahan-bahan untuk sup ayam aku dah sediakan. Manakala untuk sup daging Dr Hafiz dah bawa dari rumah. Bahan-bahan untuk rencah aku bawa banyak ingatkan bagi dua rupanya Dr Hafiz dah siap rencah dia sendiri. Jadi banyak le bawang yang lebih. Kentang dan Carrot oklah bagi 2. 


Rewang masak memasak kat pantry dapur. Seronok bila agenda rewang ni. hehehe Abaikan le tangan gebu Matron Jay tu ye. hehehe


Kami gotong royong kopek bawang, kentang dan bahan-bahan yang nak di masak.




                                              Orang dapur.....sempat lagi tu posing

Bahan-bahan yang nak di masukan dalam periuk . 



Hah tenguk tu Dr Hafiz masak sorang-sorang sup daging dia. Semerbak harum bau satu pejabat.


Yang ni DD yang jadi chef masak sup ayam. Mula-mula aku salah masuk sampaikan penuh periuk tu. Jadi DD keluarkan sikit. Masak Ayam dulu sehingga empuk lepas tu masuk kan dalam periuk lain sebelum masak kentang dan carrot serta celery.


Akhirnya tada.......sup daging n sup ayam. Masa mendidih semerbak bau wap masakan mewangi sekitar pejabat  sehingga kan PA Boss dari depan terus ke belakang sebab bau semerbak harum dan sedap. Dah le cuaca sejuk bila semerbak bau sup.....semua pun tak sabar


Lawan dengan mee hoon dan Kuetiau. Layan dengan sambal kicap hasil tangan orang rumah bob perghhhh laju je masing-masing makan .


Oh lupa Dr erwyn ada juga beli roti. sesiapa yang tak makan meehoon atau kuetiau bolehlah layan sup dengan roti. Dr Hafiz sedang mengambil makanan nak rasa air tangan dia.


Tadaaaaaa meehoon sup. 



Lepas tu ada kirim dengan Matron Jeyanthi A& W coke. Suruh DD beli Aiskrim Vanila.....


                 Jadilah A & W float  Lama deh tak pekena A& W coke dia. 

Bila masak je semua pun tak sabar nak makan. hah habis sebungkus meehoon, 3 bungkus Kuetiau dengan separuh roti gardenia. Big Boss baru pun join sama sebab PA boss dah mengajak makan sama. 

Sesekali masak-masak kat opis macam buat kenduri je. Tapi seronok bila masak sama-sama dan lepas tu makan sama-sama. Mengeratkan silaturahim sesama staff.  






17 comments:

  1. Wow.. Ni bukan potluck lagi ni, tapi memang rewang. Kalau saya satu tempat keje kak Notie boleh naik badan sebab selalu makan-makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sal dekat memang dah ajak sama je makan. Hahaha sesekali rewang memang seronok. depa semua suka je kalau buat rewang masak-masak cam tu.

      Delete
  2. Nasib baik lah SS tgh diet skrg ni 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.....sup je bukannya naik badan pun hehehe

      Delete
  3. Aktiviti masak-masak ala-ala rewang memang best!
    Bila dah siap masak, semuanya rasa sedap jew, sebab makan panas, dan hati riang! Berganda2 rasa sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat opis ni aircond kuat tu yang sejuk je apa lagi kalau hujan. Jadi masing-masing suka kalau dapat makan panas-panas macam sup ayam dan sup daging tu. Lagi pun bukannya selalu. Cekali-cekali je.

      Delete
  4. Replies
    1. Dia ada pengerak yang suka masak hah yang lain ikut je. Tapi memang seronok masak-masak kat opis. dulu pernah bawak periuk multipurpose buat nasi goreng petai... lepas masak makan ramai-ramai. Seronok sis

      Delete
  5. Replies
    1. Memang seronok macam-macam cerita sambil makan. Alhamdulillah berselera makan bila ramai-ramai.

      Delete
  6. Kenangan macam ni yang akan dirindui eheh rasa bonding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang memori macam ni lah yang akan kami kenang di masa akan datang.

      Delete
  7. perrrgh.. selalu potluck bawa da makanan siap masak. ni haaaa..
    merewang sekali dalam office meriah. ada noxxa senang.. dimana2 blh masak haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potluck dah selalu tapi masak kat opis jarang-jarang. Dulu ada seorang staf rajin masak dan jadi chef, kita orang jadi dayang je tapi bila dia dah pindah balik kelantan sendu le pantry tu. Ni ada pulak doktor yang suka masak tu yang berasap dapur kat pantry.

      Delete
    2. kalau dalam satu office tu ada 1 kepala gila2 cemtu mmg jadi kak.. sebut je terus on hehe..

      Delete
  8. ada pressure cooker mmg mudah kerja...best dpt bos sporting mcm ni..hehe..sedap..makan panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss ok je asalkan kerja siap. Dia pun join sama. hehehehe Rezeki jangan di tolak

      Delete