Tuesday, November 17, 2020

Denda zaman sekolah paling legend

 



Assalamualaikum,

Jom kita mengimbau kenangan lalu zaman sekolah dolu-dolu. Zaman sekolah dulu rasanya nakal ler juga. Ahaks. Ala zaman kita nakal dulu takde ler sampai berbunuh-bunuhan macam kes Surya tu. Paling-paling pun kalau jeles ajak geng jangan kawan dengan dia le, takpun kalau dia nak pinjam barang kita hah jangan bagi. Kalau dia tegur pun kita buat dek je. hah ada ke macam tu dulu. Paling jaki pun ngadu dengan cikgu. Itu kiranya last choice le kalau kawan nakal sangat.  eh kita takde le suka ngadu-ngadu nak cakap dengan cikgu pun takut. Takut tapi hormat. 

Walaupun memori bersekolah dah berjaman di tinggalkan tapi kenangan zaman sekolah lah yang paling seronok bila di kenang. Apa lagi macam aku dulu bila sekolah menengah duk asrama. hah memang membiak le kenakalan budak-budak hostel dolu-dolu. Zaman aku sekolah dulu gegerl school. Jadi bila gegerl ramai-ramai dok berhimpun tepi tembok petang-petang time rehat dok kacau dak lelaki yang lalu depan hostel kita orang. hahahahaha kelam kabut budak lelaki tu naik basikal sampaikan nak masuk parit dibuatnya dek kerana kita orang sakat dia. hah tu dia...... Tapi nakal-nakal kami semua bila dah habis sekolah semuanya jadi orang. Malahan ada kawan aku zaman sekolah dulu nakal masyaAllah tapi bila aku jumpa balik perghhhhh kahwin dengan mat saleh ko dapat anak semuanya comel-comel. Mak dan bapak biasa-biasa tapi anak-anak dek kerana kacukan memang cantik dan hensem.  Seorang lagi kawan aku jadi Pensyarah UITM. Alhamdulillah nakal kita orang semuanya jadi orang. Takde le dengar sampai buli-buli ke sampai tikam orang. Nauzubillah.....dijauhkan le hendaknya anak-anak kita dari terlibat perkara seperti itu.


  Denda ni mesti malu sendiri sebab kita seorang je yang kena naik atas kerusi....malu kat orang lain huhuhu nakal sangat.  Tu lah sapa tak nak buat kerja sekolah.  


 Berdiri atas meja kiranya kaw-kaw punya hukuman. Atas kerusi masih ok lagi.


Time ni lagi malu sebab orang ramai yang pandang kita bila kena berdiri masa dalam perhimpunan. huhuhu Rasa nak masuk dalam gobok je tak pun tutup muka dengan kain....huhuhu malu siot.


Ni pun pernah juga. Tapi ingat-ingat lupa lah pulak samada kat depan atau dalam buku.


Hah kalau denda yang ini pernah kena. Selalunya kalau tak habis buat kerja sekolah , tak pun datang sekolah lambat.  

 Ni kalau yang suka buang sampah merata-rata hah bila terjumpa cikgu kena denda kutip sampah buang dalam tong sampah. huhuhu padan muka.


Ni tak pernah tapi kalau cikgu jenis suka piat telinga hah masak ko kalau kena denda. Boleh nipis telinga dibuatnya. huhuhu


Ni kalau cikgu jenis budiman. Yang aku ingat kalau belajar bahasa inggeris. Denda kalau bercakap bahasa melayu dalam kelas. 


Hah ni tak pernah tapi pernah nampak kelas lain kena denda.

Ni tak pernah tapi kalau kena denda ni memang kena gelak lah satu sekolah. aduhaiiiiii


Ada ke sesiapa kena denda ketuk ketampi macam ni. hehehehe 


Hah ni mesti denda budak lelaki le kalau pumping pumping macam ni.

Ni selalunya denda budak lelaki sebab rambut panjang. hehehehe Berjemaah memotong rambut pelajarnya. Nasib lah ko yek.



22 comments:

  1. ketuk ketampi n pumping biasanya yg kena deda tu murid lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah yang tu pernah nampak sekolah dak lelaki

      Delete
  2. pernah sekali satu kelas kena kutip sampah sebab buat bising..haha..kenangan..

    ReplyDelete
  3. Boleh dikatakan semua pernah kena kecuali pumping dan potong rambut tu. Takdela nakal tapi kadng2 malas siapkan keje sekolah. Haha. Rindu semua kenangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sal terer juga tu sampaikan semua di bolot....hehehehe tapi biasak le dolu2 nakal tu biasa. hehehe

      Delete
    2. Saya baik. Ini pengaruh rakan sebaya. Haha, tak nak mengaku

      Delete
  4. Pernah sekali sewaktu darjah 6, guru bahasa Inggeris denda berdiri di belakang kelas sebab tak siapkan homework. Malunya tak tau nak sorok kat mana. Menangislah sepanjang masa kena berdiri tu. Itu jew satu denda seumur hidup jadi murid sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masa kena denda memang le malu tapi bila teringat hish hish kenangan sungguh tu

      Delete
  5. Lebih lejen guna perkataan 'jaki' hehehe.

    Singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe tersasul lah pulak. Ayat dolu-dolu tu

      Delete
  6. SS merasa semua ni... Tak ada yang terkecuali... Ya Allah... Nakalnye SS zaman ni... Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrrrr ketuk ketampi dan pumping serta potong rambut pun pernah....wah legend tu. Memori dolu2 untuk kenangan zaman sekarang

      Delete
  7. ketuk ketampi dan berdiri luar kelas je penah kena.. denda lain x..
    tu pun kami tahun last batch sebelum keluar arahan xleh denda ketuk ketampi dan jalan itik. alhamdulillah lepas tu xdak da denda2 yang tu.. denda lain tetap ada hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada juga ya pekeliling pasal denda.Tahun akak dulu takdak, kena lah hadap apa juga hukuman bergantung kepada cikgu yang garang atau budiman.

      Delete
    2. iyee kak.. sbb ada banyak kes dan kajian ketuk ketampi n jalan itik tak elok untuk kesihatan especially pelajar perempuan. sejauh mana benar tu saya tak pasti tp sy ingatla cikgu2 kecoh2 xleh denda gitu da. tapi skrng ni.. hurmm cikgu pun malas denda sbb silap2 masuk penjara huwaa..

      Delete
  8. paling sedih bila kena denda, tapi sebenarnya bukan salah kita huhuh.. nampak pulak kawan2 gelak..adeuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sedih bila kena denda kawan-kawan gelakkan huhuhu rasa nak nyorok bawah meja. hehehehe

      Delete
  9. Assalamualaikum, Saya pernah jadi cikgu di sebuah sekolah ibu negeri. Dan mengimbau denda2 ni, saya pernah juga denda student saya berdiri di tempat. (bukan atas kerusi, bukan atas meja, bukan diluar kelas), tapi saya pulak kena marah oleh GPK sbb denda pelajar berdiri. GPK risau kena saman oleh parents. Saya pun kriiikkk kriikk kriikkk... start dari hari itu saya rasa sedih sbb itu salah satu punca pelajar semakin hilang hormat kepada guru. -sekadar berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Denda zaman sekarang tak boleh lebih-lebih nanti viral dan parents datang serang sebab tu budak sekolah sekarang hilang hormat kepada gurunya. Tapi demi mendidik pelajar kenalah pandai macamana cara nak takel pelajar dan hurmat kepada gurunya. Zaman akak dulu-dulu kalau kena marah lepas tu ngadu kat mak hah bukan kena pujuk kena marah balik adalah sebab tu tak berani ngadu kat mak bapak. Budak sekarang manja bebenor

      Delete
  10. ketawa sampai kuar airmata sebab teringat memori silam...denda berdiri No. 1 hingga No. 4 semua saya dah merasa...hahaha...tu yang gelak sangat tu....rugi budak sekarang kan...sebab protectnya mak bapak sekarang, sampai tak boleh diusik anak memasing...diorang tak kan ada kenangan pahit manis macam gini...indahnya persekolahan zaman zaman saya dulu...

    ReplyDelete