Assalamualaikum,
Hari isnin 5hb Oktober yang lalu kami beramai-ramai buat majlis meraikan big bos kami yang akan pencen pertengahan bulan Oktober tu. Mula-mula nak buat kat hotel tapi dek kerana ada masalah yang timbul tiba-tiba kami tukar event dan sambut kat Tingkat 8 Dewan serbaguna. Kebetulan dewan kosong tapi petangnya kena kemas sebab ada acara lain yang akan mengunakan dewan.
Alhamdulillah walaupun last minit tapi meriah lah juga acaranya. Nampak simple tapi nampak boss redho je. Dalam hati entah apa di fikir agaknya ya. Apa pun alhamdulillah dia nak hadir kalau tak huhu haru kita orang. Ya lah buat majlis untuk Timbalan Pengarah kat dewan serbaguna je. Tapi tu lah kita merancang Allah yang menentukan.
Last minit punya plan dan nak mudah makanan CC kita orang catering je. Nasi minyak dengan ayam masak merah serta kambing masak kutub serta ulam-ulaman dan juga minuman panas dan sejuk. Manakala kuih muih kita orang ada 3 group yang sponsor. Alhamdulillah kuih mueh banyak juga bila di hidangkan. Ya lah plan asal nak buat kat hotel dengan semua makanan hotel sediakan, tiba-tiba buat kat dewan emmm mana yang dan je lah.
Bila di kumpulkan kuih-mueh dari group yang sponsor hah banyak juga makanan.
Bila yang diraikan telah hadir kami pun memulakan majlis. Mula-mula di tayangkan video mengenai pengalaman boss memulakan tugas sebagai penjawat awam selama ini. Video tu di buat oleh salah seorang staff baru kami yang begitu kreatif membuat interview dan slaid video.
tayangan Video semua staff ucapkan selamat bersara. Macam-macam gaya yang timbul. Yang kelakar tu bila last video candid error semasa buat rakaman.
Hadiah persaraan pejabat daripada bakal Boss baru kepada Bakal boss lama.
Bergambar bersama Pengarah Perancangan dan Timbalan Perancangan 2. Doktor Rozita Timbalan Pengarah 1 ada datang tapi bila majlis makan dia minta izin ada hal lain. Manakala Pengarah dan Timbalan Pengarah 2 datang dah akhir majlis kerana ada meeting lain. Tapi sempat makan sebelum bergambar bersama.
Bergambar beramai-ramai semua staff PIK bersama Boss yang nak pencen. Diam tak diam dah 12 tahun boss menjadi boss di PIK.
Ada kek khas untuk Boss yang nak pencen. Sedap juga kek tu. Di buat oleh Staff Perancangan di seksyen lain.
Ni geng belakang yang selalu menghavockan bila masing-masing tengah stress dengan kerja. hehehehe
Macam-macam gaya posing staf-staf PIK.
Apa pun boss dah pun pencen pada 16hb Oktober yang lalu. Tapi pada tarikh kejadian ada sambutan Bahagian Perancangan yang di hadiri oleh Ex boss perancangan iaitu Datuk Rohaizat dan Dr Hisyamshah boss bahagian Penyelidikan & Sokongan Teknikal yang nak meraikan boss kami pencen tapi disebabkan kurang sihat jadi acara di teruskan walaupun orang yang di raikan tidak dapat hadir.
Pejabat kami juga ada buat makan-makan sikit pagi tu untuk meraikan birthday boss pada ke esokannya tapi boss takde jadi kami lah yang makan kek serta makanan lain beramai-ramai. hehehe
Apa pun kami doakan semuga Allah mempermudahkan urusan ex-Boss kami Dr Khadzir dalam menjalani kehidupan sebagai Yang Bersara (YB).
Selamat bersara boss lama. Selamat menjalankan tugas boss baru.
ReplyDeleteTiba-tiba rasa nak cepat-cepat pencen pulak! Huurrmmm... tak lain tak bukan, sebab selalu stress di tempat kerja ...ahaks!
Bila tenguk orang lain pencen rasa nak pencen cepat kan. Rasa macam dah puas kerja. huhuhuhu. Stress dengan orang lagi terus dari stress dengan kerja.
Deleteboss dah banyak menabur bakti n khifmat selamat bersara boss
ReplyDeleteTerima kasih sis. Kita ni pun tenguk orang pencen rasa nak pencen juga. ahaks
DeleteAlhamdulillah syukur dapat juga raikan boss yang nak bersara tu. Semoga yang baru dan yang masih berkhidmat terus bekerja dengan penuh dedikasi. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun tempat adhoc. Apa yang penting kerjasama.
DeleteSelamat bersara kpd big boss..
ReplyDeletesedap2 kek semua..
Boss dah sedap menikmati zaman pencennya. Makanan mesti tip top. hehehehe
DeleteSesi makan2 tu yang penting..😂😂
ReplyDeleteYa betul. hahahahaha
Deleteboss bersara umo brape tuh?
ReplyDelete60 tahun wak dah habis maksimum umur pencen.
DeleteMeriah majlisnya.. selamat bersara kepada boss lama dan selamat datang kepada boss baru!! Terbaik semua bekerjasama buat majlis berjalan lancar
ReplyDeleteAlhamdulillah walaupun simple kerjasama semua memang tabik spring-spring le.
Delete