Assalamualaikum,
Hepey birthday to blog saje suka-suka. Chewah.
Diam tak diam tertenguk lah n3 masa mula-mula Rumah baru buka. Sekali eh dah 11 tahun rupanya. Nak ikutkan terjebak blog ni sejak tahun 2004 masa kerja di Bangunan Perkim KL. Masa tu kan zaman era kegemilangan blog tapi masa tu suka baca blog penulis Anis Radha, lepas tu penulis Noorsuraya dan banyak penulis blog yang rajin menulis dalam blogdrive dulu-dulu. Ada yang hasil tulisannya di bukukan dan ada yang terus lesap di telan zaman. Masa tu banyak penulis-penulis baru yang bagus-bagus tulisannya.
Tapi bila FB mula mewarnai kehidupan serta social media yang lain sepeti instagram dan twitter serta whatsapp, dunia blog semakin hari semakin malap. Ada yang mula sedikit demi sedikit lenyap, ada yang menulis tapi dah jarang update cerita seperti aku.....hehehehe. Mula-mula bukan main semangat nak bercerita dalam blog tapi semakin hari demi hari M melanda dan kadang takde idea nak tulis. Padahal banyak je cerita yang kadang dah ada dalam draf tapi lepas tu lupa dan terus tak ingat nak update sehinggalah bertahun lamanya. Sebenarnya banyak gambar dan cerita tapi kadang tak punya waktu dan kadang sudah lupa cerita. Alahaiiiiiii banyak no alasan kan padahal sebenornya ko dah malas nak update cerita. Kalau dah cerita tak cukup 1 ms malahan hah ko berkajang-kajang cerita tapi kadang nak menaip satu ms pun idea elek.... Aduhaiiiii mudahan aku istiqamah le nak menulis ya. Jeles juga tenguk orang lain sampai tiap-tiap hari update cerita tapi aku huh nan ado. Apa pun tahniah le buat kawan-kawan yang masih rajin update cerita. Semuga aku kena tempias kawan-kawan yang seperti itu.
Memori di taman bunga tulip di kashmir
Memori di Gulmarq
Bila nak cerita ni. Doakan semuga aku ada ilham dan masa untuk menulis memori terindah di kashmir dan Delhi.
happy bloggersary...hehe..menunggu travelogue Kashmir/Delhi..
ReplyDeleteterima kasih....semuga idea mengebu-gebu datang...hehehe
DeleteTahniah! 11 tahun tu kira dah matang dalam dunia blogging. Jom terus menulis. Kita meriahkan dunia maya dengan hasil karya kita. Apa cerita orang Kahsmir, orang Gulmarg dan Taj Mahal sekarang ni ye.
ReplyDelete11 tahun tu kiranya dah muda remaja gitu ek. Tu lah jeles tenguk amie punya rumah. Hari-hari ada je agenda. Entah apa lag agaknya kan. Selepas kita orang balik hari tu depa kan kena kurung disebabkan politik. Kesian orang kashmir dek perebutan kuasa.
Deleteselamat ulangtahun blog! betul, fb sangat jejaskan blog dulu..huhu
ReplyDeleteDulu seronok berblog walaupun saya tiada rumah. Selalu bertenggek rumah orang sampaikan dari tak kenal sehingga kenal orang yang selalu kita bersahutan kat chatbox rumah tu. Alhamdulillah silaturahim tu berpanjangan sehingga kini. Tapi sejak ada FB orang lebih suka letak kat pages FB. huhuhu sodih tenguk
Deletedah lama blogging ya travelog ke kashmir tu dinanti siarannya
ReplyDeleteBlog serupa takde blog kak hehehehe. InsyaAllah kalau idea menderu-deru saya cuba siarkan. Poh kiri poh kanan semuga datang idea saya....hahahaha
DeleteWah bestnya.. buatlah travelog...
ReplyDeleteCik TK tak berani nak buat travel log sebab bukannya selalu pi traveling. Ni pun ikut tabung gajah kalau boleh sekali setahun pi obersea. Kalau tabung ayam pi dalam mesia je lah ye. Alhamdulillah muga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah buat saya supaya saya dapat menjelajah negara orang di seluruh dunia. Aamin
DeleteLama tu 11 tahun. Hepi anniversary! Betulla dunia blog agak sendu sekarang. Tapi saya still suka sebab orang yang baca blog saya semua stranger so bebas nak tulis apa je. Haha.
ReplyDeleteThanks sal. Lama je tapi isi entah apa-apa jelah yang di tulisnya. Daripada blog lah akak dapat ramai kawan. Tapi masa tu akak takde blog lagi. Kiranya blog ni kadang jadi tempat kita meluah rasa gitu. eh
DeleteBukan happy birthday laa Ah Kak... Tapi... Happy anniversary to your blog... Ha Ha Ha... Sedar tak sedar lama dah kita menuliskan... Ehh... Bila nak dating dengan SS ni? Tak kan asyik kenal alam maya jek... Ha Ha Ha...
ReplyDeleteOh ya ke. emmm hentam saje lah labu. Eleh Ss dan HH datang putrajaya sonyap-sonyap je jumpa JM. Lain kali buat anouncement sapa nak jumpa retis tersohor datang putrajaya dari selatan tanahair. hehehehe Insya Allah teringin juga akak. Ada rezeki kita jumpa nanti
Deletetahniah Kak.. semoga kekal menulis mencoretkan nukilan kenangan..
ReplyDeleteThank CT. Nak kena ambik aura CT yang rajin menulis ni. hehehehe
Deletesinggah sini kak, seronok tengok gambar ke kashmir
ReplyDeleteTerima kasih singgah. Tu lah semangat nak upkan cerita tu berkobar-kobar tapi idea tu macam stuck pulak. chewah. Mudahan berjaya lah hendaknya. AAmiin
Delete