Monday, June 10, 2024

Jualan Muhibbah Madani di HPJ



Assalamualaikum,

Dah lama tak pergi jualan kat Parcel E sekali member kata kat Lobi HPJ ada jualan. Hah apa lagi selesaikan dulu urusan kerja lepas tu dengan Liza dan Shu naik ke keatas. Kata Shu ada laksa Johor.....hah tu yang aku kejorkan ni. Sekali bila naik atas huhuhu hampa dah habis dah. Dia jual tak banyak. Dah le aku craving laksa Johor yang sedap. Sekali kata habis. Tapi tak pasti lah adakah ianya menepati selera aku yang penting Laksa Johor.

Hah apa lagi sesiapa yang berhampiran dengan Hospital Putrajaya tu atau pun yang datang kat klinik boleh lah beli.  Sampai hari Khamis.

Friday, May 24, 2024

Pesta buku Antarabangsa 2024


 Assalamualaikum,

wah hari ini dah bermula lah pesta buku Antarabangsa 2024. Seminggu cuti sekolah hah seminggu lah pesta berjalan. Aku pulak camno nak pergi ke tidak ni. 

Thursday, May 23, 2024

Kenangan bunga telur - Majlis Perkahwinan dolu-dolu

 


BUNGA TELUR ZAMAN DULU LEBIH MENAMPAKKAN KEIKHLASAN, KEMERIAHAN DAN BERMAKNA...

Masa kecik² dulu kalau ikut mak ayah pergi kenduri khawin, Mesti tertunggu² orang letak telur atas meja. Korang punya perasaan sama tak macam saya..?!
Sudah menjadi lumrah pada zaman dulu, kebiasaannya bunga telur dibuat sendiri oleh keluarga pengantin...dibantu oleh sedara mara terdekat dan juga jiran tetangga. Berhari² gak la untuk menyiapkan semua gubahan bunga telur ni.

Tuesday, May 21, 2024

Mekanik Minda - Amalan positif di tempat kerja

 


Assalamualaikum,

Bekerja dengan publik ni emm memang kena banyak le bersabor. Pelanggan always right kan tapi kadang memang menduga kesabaran sungguh bila melayan pelanggan berurusan di kaunter. Nasib baik anak-anak buah aku penyabar semuanya walaupun kadang nak naik angin. 

Yang bengang tu kadang bukannya kesalahan kami tapi eh tetaplah nak buat aduan dalam Sispaa. Aduhaiiiiii apa lagi orang putrajaya ni terlampau educated sangat sampaikan tak boleh terima penerangan walhal ianya adalah pihak ke tiga yang menyebabkan lapuran perubatan lambat. Doktor sekarang pulak emm kadang sakit hati layan kerenah mereka. Camni rasa nak pencen cepat je aku.....huhuhuhu Sabor sabor sabor

Sunday, May 19, 2024

Cara buat mee siput - Area muar dan Batu Pahat

 


Assalamualaikum,

Sapa pernah makan mee siput. Aku ingatkan ramai yang tahu rupanya belah johor je yang ada. Apa tah lagi aku orang muo memang sejak zaman sekolah lagi memang makanan legend bagi kami. Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap. 

Bila aku kerja di Segamat oh takde ye. Rupanya takde pun mee siput kat area Segamat. Aku ingatkan bila kat Johor semua orang johor tahu rupanya ianya hanya femes di Muar dan Batu Pahat.

Selain daripada itu kalau belah utara yang seakan-akan ialah mee sanggul tapi meenya beza sikit daripada mee siput. Mee siput macam testure dia kasar sikit. Manakala Mee sanggul pula lebih halus. Tapi boleh je keduanya di buat mee goreng tapi aku paling suka goreng je gitu. Aruah bapak aku pulak suka bubuh dalam pengat pisang. Dia pecah-pecahkan mee siput tu jadi lebih kecil dan masukkan dalam pengat pisang yang sedang dimasak atas dapur. Sedap. Kalau bubuh dalam bubur chaca atau bubur candil pun sedap. Tapi kita orang lebih suka di goreng dan makan dengan sambal tumis. Sambal kicap cair-cair pun sodap. yum yum yum 


Tenguk gambar diatas macamana mee dibuat. Macam buat mee kuning je kan. Bila dah mesin mee tersebut boleh masuk dalam acuan bulat macam kat bawah ni.



Buat semuanya mengikut acuan bulat dan lepas tu di jemur. Bila dah kering boleh lah di goreng


Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap....sedap weiii. Itu lah jajan kami semasa kecil sampai dah tua bangka. Kalau takde gigi hah tumbuk bagi hancur hehehehe

Rupanya ada banyak jenis mee siput yang di jual. Kalau pergi kat tempat kedai Pes Mak Pon kat Jalan Junid Muar ada dijual mee siput yang telah digoreng serta sambal. Sambal tu kadang kalau baru buat oklah rasanya tapi kalau dah lama emm macam dah tak sedap je. Bila ada orang jual , macam-macam jenis,  rupanya ada juga macam-macam jenis kerangupan mee siput ni. 

Selama ni makan mee siput yang keras dan ranggup, sekali bila arwah Abang ipar aku perkenalkan mee siput sg balang....wah lagi lembut rasanya. Tak keras tapi sedap. Sejak tu kalau beli mee siput mesti cari kat gerai kat Parit Sulong. Tempat lain semua keras tapi yang kat situ lembut sikit bila di goreng.

 


Tadaaaaa bila dah kering bungkus macam ni dan jual. 

Kalau pi Muo atau Batu Pahat hah jangan lupa cari lah Mee siput