Thursday, February 24, 2011

Kecemerlangan Hospital Awam

                                    HOSPITAL kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

KEMUDAHAN penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik berikutan peruntukan yang besar oleh kerajaan, tetapi masih ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat kesihatan di hospital swasta.
Menurut pengamal perubatan Dr. Y. Foong, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat memilih rawatan di klinik atau hospital kesihatan swasta.

"Ada orang tidak suka tempoh menunggu yang agak lama di hospital awam. Mungkin, ada juga yang kurang berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Kadangkala, mereka mahu pendapat kedua tentang masalah yang mereka hadapi," kata Dr. Foong.
Peniaga Abdul Rahman Bakar yang lebih gemar mendapatkan rawatan di hospital swasta berkata: "Di hospital swasta, saya mendapat rawatan lebih cepat dan saya boleh pilih pakar yang saya mahu," kata beliau. Pakar teknologi maklumat Steven Lim bersetuju dengan pendapat Abdul Rahman.

Katanya, rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temu janji diadakan pada waktu yang sesuai bagi pesakit.

"Keluarga dan rakan dapat melawat tanpa banyak halangan," katanya. Hari ini, ramai yang gemar ke hospital swasta kerana majikan menyediakan insurans penjagaan kesihatan sebagai salah satu kemudahan di tempat kerja.

Terdapat pelbagai perlindungan insurans kesihatan, daripada pelan keluarga hinggalah kepada pakej perlindungan pakar.

Polisi insurans

"Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mendapat perlindungan insurans ialah menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui perlindungan perubatan yang diberikan bagi sesuatu khidmat rawatan itu.

"Mereka juga perlu mengetahui sama ada perlindungan tersebut meliputi konsultasi dan ujian bagi pesakit luar," kata aktivis sosial dan pengguna Fatimah Mansur. Beliau turut mengingatkan kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak meliputi masalah kesihatan yang sedia ada serta penyakit kronik yang tidak boleh sembuh.
TEMPOH menunggu yang agak lama di hospital awam antara sebab ramai yang memilih mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Lebih baik anda menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui rawatan dan perlindungan kesihatan yang diberikan," kata Fatimah.


"Mahal lah," kata peruncit K. K. Wong yang mahu dikenali sebagai Kay, ketika ditanya sama ada beliau memilih hospital swasta atau pusat kesihatan awam.

Menurut Kay, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan awam di negara ini.

"Kerajaan membelanjakan wang yang banyak dari segi penjagaan kesihatan untuk orang ramai. Sudah tentu jika anda mencari kemewahan seperti bilik yang dilengkapi televisyen, ia tidak ada di hospital kerajaan.

"Hospital adalah tempat untuk mendapatkan rawatan, jika anda nak tengok televisyen lebih baik duduk di rumah sahaja," kata beliau.

Kata Kay, orang ramai perlu sabar dengan masa menunggu dan rawatan di hospital awam.

"Terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk konsultasi, mendapatkan ubat dan masuk wad adalah perkara biasa. Apatah lagi bayaran yang dikenakan amat murah," tambah Kay.

Seorang doktor yang sudah bersara, M. Anthony berkata, bekerja di hospital kerajaan merupakan sesuatu yang beliau banggakan.

"Semasa zaman kolonial tahun-tahun selepas merdeka, kemudahan dan infrastruktur kesihatan awam memang tidak mencukupi serta ketinggalan. Tetapi kini, semua kelengkapan di hospital kerajaan di negara ini bertaraf dunia," kata Anthony yang merupakan graduan perubatan dari universiti di Ireland pada tahun 1950-an.

RAWATAN di hospital swasta yang lebih cepat menyebabkan ia menjadi pilihan kepada yang berkemampuan

Kata Anthony, hospital kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini. Institusi kesihatan itu mudah menerima reputasi yang tidak baik tetapi sebenarnya merupakan model atau contoh bagi kecemerlangan di bidang klinikal.

"Hospital ini masih merupakan institusi yang dituju pesakit bila mereka memerlukan rawatan," kata beliau.

Katanya, masalah utama ialah kekurangan petugas di hospital awam.

"Sepatutnya bilangan jururawat, doktor, ahli fisioterapi dan petugas perubatan lain mencukupi, tetapi bilangan pesakit yang mahukan rawatan terlampau ramai. Ini menunjukkan masih ramai yang mahukan perkhidmatan di hospital kerajaan", kata beliau.

Apabila jumlah pesakit yang mahukan rawatan di hospital awam menjadi terlalu ramai jika dibandingkan dengan petugas yang berkhidmat, sudah tentu beban tugas menjadi lebih berat, tambah beliau.

Rawatan percuma

Pendidik V. Vasugi mempunyai pendapat tersendiri: "Hospital awam tetap ada untuk kita semua. Ini sebabnya kita perlu menghargai mereka. Mereka memberikan khidmat yang cemerlang dan ini kita patut bangga", kata beliau.

Kerajaan juga menyediakan rawatan percuma di hospital bagi penjawat awam dan keluarga mereka. Atas alasan itulah, masih ramai yang memerlukan perkhidmatan di hospital awam.

"Kerajaan memberikan perkhidmatan rawatan percuma bagi kakitangan awam dan keluarga mereka. Ini jarang berlaku di negara lain," kata Ahmad Kassim, yang bersara daripada perkhidmatan diplomatik Malaysia.

Baru-baru ini juga, penulis menerima rawatan di wad ortopedik di sebuah pusat perubatan awam di Kuala Lumpur.

Jururawat, doktor dan atendan di wad itu menjalankan tugas mereka secara profesional dan penuh dedikasi.

Contohnya, bila loceng bantuan dibunyikan oleh pesakit, kurang beberapa saat jururawat muncul untuk memberikan bantuan yang diperlukan pesakit.

Para pegawai perubatan menjalankan tugas mereka di wad itu secara bergilir-gilir hampir 24 jam sehari.

Bagi penulis, kecemerlangan dan profesionalisme tetap wujud di hospital awam yang merupakan permata dalam sistem kesihatan di Malaysia. - Bernama



Kredit to Kosmo online

 
 
Komen aku:- Sebagai kakitangan kementerian kesihatan malaysia aku tetap berbangga berkhidmat dalam kementerian tersebut. Nak ikut kan perkhimatan kesihatan sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan zaman dahulu apa lagi dengan perkembangan IT yang semakin berkembang, bahagian perkhidmatan kesihatan juga semakin berkembang. Memang lah masih banyak lagi komen-komen dari orang awam mengenai perkhidmatan yang tidak memuaskan hati apa lagi untuk mendapatkan perkhimatan pesakit luar. Jenuh nak menunggu di OPD hanya kerana nak jumpa Doktor.   Tak payah cakap orang luar lah aku yang staff KKM masa check up di kelinik Kesihatan Putrajaya pun kalau datang pagi sampai tengahari baru siap. Nak buat macamana kan kakitangan tak ramai tapi kedatangan pesakit semakin tahun semakin bertambah. Belum lagi masuk pesakit warga asing. Malahan hutang tertunggak warga asing terutamanya orang indonesia hish banyak juga tu beb. Nak tau berapa banyak emm ni kena rujuk bahagian kewangan le. Office aku yang hanya kumpul data kesihatan boleh nampak lah peningkatan pesakit samada dari pesakit luar atau pun pesakit dalam dari setahun ke setahun. Takdenya yang makin berkurangan malahan semakin bertambah. Kalau pesakit luar je tahun lepas hampir 42 juta orang mendapatkan rawatan. Ini bermakna walaupun kadang perkhimatan tidak memuaskan hati tapi masih terdapat hospital yang memberikan perkhimatan yang lebeh baik. Mereka tidak tahu bagaimana kakitangan kesihatan yang bergelut dengan orang awam untuk memberi perkhimatan yang lebeh baik dan juga bergelut dengan masalah dalaman tempat mereka berkerja. Sebagai contohnya berbagai sistem di wujudkan seperti ISO lah Akreditasi lah. Hah bayangkan staff hospital yang hanya biasa kerjanya merawat pesakit kena pulak buat kerja admin seperti itu. Huh boleh berasap juga lah kepala masing-masing nak menyiapkan fail-fail kerja lah fail ISO lah fail Akreditasi lah. Walau bagaimana pun kerajaan masih memberi penekanan yang utama bagi memberikan perkhidmatan  kesihatan yang tip top kepada rakyatnya.

Saturday, February 19, 2011

Karnival sure heboh karangkraf

 Baru-baru ni karangkraf buat karnival di pejabatnya di Shah Alam selama 3 hari iaitu 28 sehingga 30hb jan 2011. Selama ini aku hanya kirim kawan je novel-novel alaf21 tapi masa besday Teta hari tu bila aku tanya kaknoor dan nacha nak pergi tak ke karnival tersebut. Depa kata ok jadi aku pun on ajelah. Tapi tak nak pergi hari sabtu sebab nak buat Ot , jadi oleh kerana semuanya free hari ahad jadi beronggeng le kami ber3 ke Shah Alam. Bawa peta tapi berpusing juga le kat area tu sebelum pusing balik ke roundabout bawah flyover sebelum jumpa destinasinya. Cuaca pada mulanya muram terus menitiskan airmatanya. Manakala aku pulak dengan tiba-tiba di attack selsema. Wacha....virus selsema....jadi sepanjang jalan dengan cuaca yang sejuk apa lagi le asyik le hacum hacum je bersin sampai rasa nak tukar hidung yang bersih sikit tak berpenyakit. Ajeeeee. Sorile kaknoor n nacha virus selsema bertebaran satu kete. Alahaiiiiiiii.

Maka sampai je ke tempat karnival berpayungan le kami sorang satu payung. Ala leceh sungguh le nak bawa payung. Dah le aku asyik bersin  aje, lagi nak pegang payung lagi, nak belek novel lagi alahaiiiiii tersiksa sungguh. Oleh kerana kesiksaan disebabkan selsema aku cuma beli 8 buku aje..... Aje ... hahahaha yelah kan. Kalau tak mesti lagi banyak aku borong tapi sebab selsema jadi tak rasa selesa nak belek lama-lama. Lagi pun jarang woooo Alaf nak bagi 30 persen harga novel baru selalunya 20 persen je. Pertama sekali aku tuju ialah buku terbaru kak min. Dan pagi tu kak min ada. Penulis lain seperti Hani Fazura (aku sambar buku terbaru dia), Lyn Dayana (sipnosis buku dia macam best je sambar satu juga), Aisya sofea pun ada juga serta sorang penulis baru yang aku tak tahu. Novel aisya sofea yang terbaru  Masih Setia  aku dah beli dah tapi terlupa nak bawa padahal dah tau dia ada. Jadi aku bawa le yang lama nak minta sign.

Ni yang aku beli

Penulis Hani Fazuha dengan hasil terbarunya. Best sesangat. Kategori JK ahaks..

Penulis Aisya Sofea

Asyik menandatangi novelnya. Top penulis Alaf ni tau.

Wah nacha dan iejay bukan main dok ralit.



Kak meen dengan buku-buku hasil nukilannya. Congrats kak

Lynn Dayana dgn novel Juara Carta cinta... best kategori JK ahaks

Aku, nacha dan ryn bersama novelis yang bertugas pagi Ahad tu... Tahniah semua best citernya. 

Thursday, February 17, 2011

Tayar Oh tayar

 Alahaiiiiiii tayar kete aku buat hal lagi....aduhaiiiii. Hari Jumaat beberapa hari sebelum cuti raya Cina tayar kete pancit lagi. Jadi aku pun terus le ke petrol stesyen berhampiran Puteri park nak pam tayar. Eh tayar tu tak kembong pun. Lorrrr napa ni? Dan kebetulan disebelah petrol stesyen tu ada la pulak servis centre Proton jadi aku pun slow2 bawa kete dan park depan servis centre tu yang rupanya buka pada pukul 8 pagi. Waktu tu pukul 6.30 pagi emm nampak gaya kena tunggu dia buka lah. Aku pun terus sms Big Boss minta izin El ataupun kalau dah beres check kete akan pergi keje lah. Huiiii kerja banyak ni weiii awal tahun ni dah le tu dapat email mengatakan tak boleh cuti dari bulan 1 sehingga 3 selagi data untuk health facts tak siap. Lagi pun rasanya sebelum tengahari selesai kut semuanya.

Sambil menunggu pukul 8 menjelma dok lepak dalam kete sambil pasang radio sambil lelap. hehehe sempat lagi tu. Tapi dalam hati risau juga mengenangkan tayar kete ni. Risau bukan apa mengenangkan apa pulak masalahnya. Banyak sungguh memori ngeri telah di alami hanya kerana tayar kereta.

Rupanya kata adik servis centre tu semasa di check huhu ada paku beb. Dan masalahnya di tempat servis tu tak buat untuk tayar cuma untuk servis kereta ja. Dah kebetulan ke servis centre trus je lah servis sekali sebab dah plan nak servis hari sabtunya nak tukar minyak pelincir tapi rupanya tempat tu pakai appoitment. Alala tok...jadi kena tunggu le turn org yang dah booking awai. Aku lepak le dulu sambil  layan tv dan paper. Sempat lagi pesan minta tolong tukarkan tayar ke tayar spare. hehehehe

Pukul 9 lebeh siap lah servis kete dan kena cari kedai tayar la pulak. Sampai kat simpang berdepan dengan kedai Piza hut nampak kedai tayar terus je masuk. Sekali bila check rupanya tayar yang lembek mula-mula tu dah pecah bahagian dalamnya. Hish hish nasib le tak meletup tayar semasa jalan. Lepas tu tayar lagi satu dah haus.... huhu melayang le RM kena tukar kedua-dua tayar.  Aku suruh juga check tayar yang kedua lagi. Aduhaiiii satu ok manakala yang satu lagi ado paku beb terpacak dalamnya. Panjang juga dalam 1inci setengah. hah macam gambar kat bawah ni.


Nasib baik le boleh di tampal dan pakai lagi. Tayar tu rasanya baru tahun lepas tukar maklum le dah 4 kali tayar pancit masuk ni dah 5 kut. Tapi kata tokeh tu dah ada harapan nak kena tukar juga ....huhuhu Tayar oh tayar kau buat aku semput je.....

Wednesday, January 26, 2011

Kwon Sang Woo vs Hyun Bin

Salam semua.

Wah sapa pulak jejaka yang aku regukan ni. hehehe kalau tak kenal emmm sah le bukan peminat cite korea ni. Hish dua-dua ni hensem tau apa lagi dengan lakonan yang memang mantap. Kalau part sedih, tenguk ekspresi muka yang sedih pun boleh buat orang  nangis wooo walaupun depa tak nangis pun tapi sebab acting citer sedih apa lagi le aku ni yg mudah tangkap nangis sampai tersedu-sedu dibuatnya. adeiiiii malu aku hehehe.  Kwon sang woo sejak  dah kahwin dan dapat seorang anak ni dah lama tak tenguk dramanya, manakala Hyun Bin pulak kata nacha tengah hot dengan citer secret garden. Dan lepas ni kena masuk military bahagian marin lah pulak selama 2 tahun. Masa aku belek2 gambar keduanya aku rasa macam seakan-akan sama rupanya tapi KWS tetap le lagi hensem daripada Hyun Bin. hehehehe Aku mula minat tenguk citer korea ni start Winter sonata tapi Jun Sang aka Bae Yong Jung tu minat sikit2 je. Lepas tu Stairways in heaven lakonan KWS dan Choi Ji woo membuatkan aku terus minat KWS. La ni ada ulang tayang citer tersebut di tv2. Alahaiiii windunya rasa macam nak carik VCD citer tu je. Tapi masalahnya kadang tang menonton berjam-jam aku takde le suka sangat macam setengah orang yang boleh layan citer korea sampai habis. Drama korea macam Winter sonata tu ada 20 cd tau. Huh jenuhla nak layan.





















Belah kiri  Kwong sang Woo dan sebelahnya adalah pelakon Hyun Bin. Amacam bila belek-belek, tenung tenung, kenyit kenyit, hehehehe ada mirip tak?. Tapi pada pandangan mata ku tetap le hensem Kwon Sang Woo hahahaha biasnya aku. Hyun Bin pun minat juga. hahahaha bagi adil gitu. Nak ikut kan banyak pelakon korea yang hensem-hensem. Pelakon perempuan dia pun ramai yang cantik-cantik dengan kulit yang mulus-mulus emmm memang comei sokmo wei.


Ni adegan dalam Stairways to Heaven bersama pelakon Choi Ji woo yang femes dengan citer Winter Sonata. Aku suka citer ni sebab rasa macam nak jadi budak kecil lagi naik kuda pusing. Almaklum le kecik-kecik dulu mana le ada benda ni semua. Tapi bila tenguk dalam citer ni ada untuk orang dewasa naik huhuhu rasa nak naik le. Alahaiiiii Citer ni sedih sebab pelakon perempuannya kena cancer mata dan akhirnya mati tapi suka dengan semangat cinta sejati yang telah bersemi sejak mereka kecil lagi. Lagu dalam citer ni pun sedap, walaupun sepatah haram aku tak faham. hehehe Sarangheyo je lah.


                                   
                                                                    Senyuman menawan


Dalam citer Into the sun ni KWS jadi pegawai tentera laut. Huh semart habis bila pakai uniform. Aku memang le suka tenguk orang lelaki beruniform sekali KWS bantai pakai uniform dalam citer ni emm lagi le syiok layan mata. hahahahaha

Bagai mat bunga la pulak.


Dalam sad love song ni pun sedih. Tapi lagu dalam citer ni sedap.

Fuh jelingan mengoda walah. Pertama kali menonton drama lakonan Hyun Bin dalam drama My lovely Sam son. Masa dalam citer ni Hyun Bin bergaya sebagai seorang pengurus restoran yang berjaya..


Dalam drama world within Hyun Bin berpasangan dengan Song Hye Kyo yang femes dengan Autumn in my Heart dan Full House. Dalam drama ini juga  Hyun bin dan Song Hye Kyo akhirnya menjadi kekasih.

Dalam drama The snow Queen pun memang sedih tahap tak hengat. Masa ni Hyun bin berlakon sempoi je tak macam My lovely samson. Ialah kan memegang watak seorang peninju yang sebenarnya merupakan genius matematik mesti le kena sesuaikan dengan wataknya.

Kesimpulannya pada aku Kwon sang woo tetap best hahahaha dah memang aku suka mesti le menangkan yang aku suka, tapi apa pun Hyun Bin pun best juga.

La ni 8tv dah habis tayang citer he's beautiful yang best juga dan ganti dengan citer cina buatan mesia kut tapi style dolu-dolu huh terus le tak tenguk. Alahaiiiii mana citer korea yang baru ni. Nak layan astro aku tak langgan astro.... huh kena tunggu le citer cina tu habis kut nanti ada citer korea yang baru. Alahaiiiii

Friday, January 21, 2011

Adegan tendang menendang

Salam Jumaat semua.

Amboiii tajuk bukan main lagi, adegan tendang menendang plak da. Ingat main bola ke main tendang-tendang . Tak pun adegan sebabak. huh apa kes pulak adegan sebabak ni....adusss


Ok sebenornya begini nak habaq ni. Masa balik kerja petang tadi lalule highway besraya daripada putrajaya ke ampang. Semasa melalui jalan berhadapan dengan stesyen keretapi serdang ke sg besi aku nampak depan aku ada seorang penunggang motorsikal ni berpegang pada tingkap pemandu kereta Myvi warna light blue. Dalam hati berdetik juga eh orang ni kalau pun nak bersembang berhentilah kat tepi jalan ni kat tengah-tengah jalan pulak nak bersembang. Tak lama lepas tu aku nampak penunggang motorsikal tu tendang side mirror kereta myvi belah kanan sampai patah sambil marah-marah (aku tak dengar le perkataan marahnya tu tapi dari gaya perbuatan tu macam nampak dia memaki hamun pemandu Myvi tu) dan terkulai side mirror tu. Ah sudah napa pulak ni? Kereta myvi tu mempercepatkan kelajuannya dan masuk ke seri kembangan belah kanan. Manakala aku terus ke kiri untuk ke sg besi. Motor tu tak puas hati dia kejar juga Myvi tu dari belakang. Kali ni dia tendang pulak side mirror belah kiri tapi tak patah. Lepas tu tendang pulak kete Myvi tu. Aku bawa slow je nak tau apa tindakan motor dan kete Myvi tu tapi haluan tak sama dan pandangan pun hanya setakat nampak kete Myvi tu tersekat kat traffik light kat flyover ke seri kembangan tu dan tak tahu apa kesudahan adegan tendang menendang kete orang di waktu petang. hish hish sampai begitu sekali.

Selepas melihat adegan spontan depan mata ni terdetik juga hati aku agaknya apa juga le kesalahan pemandu Myvi tu sampai penunggang motorsikal tu marah sungguh. Tak nampak pulak pemandunya perempuan ke lelaki. Tapi yang aku kecut tu sebenarnya aku kesiankan penunggang motorsikal tu. Nyawa dia kalau silap gaya boleh melayang. Bayangkanle semasa dia tendang kete Myvi tu entah macamana tersilap kaki menendang dan tersilap langkah tiba-tiba motor dia terbabas ke atau dia pulak terjatuh motor. Kan tak pasal je tiba-tiba kenderaan belakang melanggar dia. hah kan ke naya kat diri sendiri je. Sebab masa tu dah petang dan kenderaan sedang bertali arus  dengan lajunya di jalanraya. Tahu je lah jalan Besraya memang sedang sesak depan stesyen keretapi tu, yg line kanan sekali menghala ke Mines, line tengah ke seri kembangan dan line kiri menghala ke sg besi. Aku kadang ngeri juga tenguk penunggang motorsikal ni menunggang motor masing-masing. Bukan apa kadang mereka menunggang tak fikir keselamatan diri sendiri. Apa lagi sejak akhir-akhir ni banyak sungguh kematian yang melibatkan penunggang motorsikal terjatuh dan di langgar kenderaan lain tanpa sengaja. Dan kadang ada yang mengerikan.  Memang lah ajal jika dah sampai tidak kira dimana sahaja boleh berlaku tapi kemalangan yang begitu adakah tidak ada cara agar ianya dapat di elakkan.

Tapi rasanya aku tidak bolehlah salahkan penunggang motorsikal sahaja malahan terdapat juga pemandu kenderaan yang membawa laju. Dan juga kenderaan yang besar-besar seperti lori, bas dan trailer yang kadang membawa macam pelesit. Lagi kalau Lori yang tiada barang kadang pun macam nak merempit pulaknya lepas tu boleh pulak tukar-tukar line sekejap ke kiri kalau depan lambat ke kanan pulak. Malahan badan belakang dia boleh terhuyung hayang ke sana sini mengikut rentak lori yang laju itu. Hish hish sungguh mengerikan.

Semasa aku ditugaskan ke Vietnam bersama Kak Siti pada tahun 2008 kami berkenalan dengan 2 orang daripada Brunei yang berbangsa melayu. Yang lain daripada Filipina, Thailand dan seorang daripada Singapura. Nama mereka aku dah lupa. Seorang Doktor dan seorang pegawai perpustakaan rasanya. Semasa melihat kesesakan di jalanraya Vietnam yang banyak dengan basikal dan motor kami banyak berjumpa dengan simpang 4. Yang hairannya semua bertumpu ke simpang 4 tu jadi penuh sesak lah walaupun takde traffik light tapi kami dapat melaluinya kerana keempat jalan tu , penunggang basikal dan motor tu bagaikan berkerjasama memberi jalan dan laluan kepada orang lain. Akhirnya sedikit demi sedikit kami dapat melalui jalan tersebut yang sesak pada mulanya. Aku terpegun melihat adegan tersebut sebab kalau di malaysia huh jangan harap le boleh lepas kalau takde traffik light jika jalan simpang 4 macam tu penuh sesak. Tapi yang aku malu tu pegawai perpustakaan di belakang aku yang terdengar perbualan aku dengan kak siti menyampuk membenarkan malahan menambah lagi orang malaysia suka bawa kenderaan laju-laju. huhuhu  terdiam aku dan tidak menafikan akan kebenaran kata-katanya.

Jadi kesimpulannya kelajuan jika tidak dapat di tangani dengan betul semasa stereng di tangan boleh membawa kecelakaan. Jadi ikhtibar dari adegan tendang menendang yang aku lihat tadi kalau boleh bawalah kenderaan dengan berhati-hati. Tapi bila teringat balik adegan tersebut aku teringat pulak yang aku pun kena tendang huhuhu entah apa salah aku, rasanya betul je jalan tiba-tiba entah mamat mane lagak samseng je tendang bumper depan kete aku. Aku tercengang le lorrrr apa dosa aku... tapi mamat 2 ekor tu laju je jalan. Alahaiiii dah dia bawa laju tak nampak aku yang besar kedabak ni boleh pulak salahkan orang. Rasanya aku ikut semua peraturan malahan selalu menggunakan lampu signal jika nak berubah arah dan sebagainya. Nasib baik le side mirror tak kena tendang macam kete Myvi tu sampai patah. Alahaiiiiii