Sunday, January 24, 2021

Delhi Kashmir 2019 Hari ke 3 - Bermain salji di pergunungan Gulmarg

 

Delhi kashmir 2019 hari ke 3 menaiki gondola ke pergunungan Gulmarg

Assalamualaikum,

Ok dah naik gondola ofkos lah kita nak main salji kan. 




Salji memutih dimana-mana. Seronoknya. 

Tora carikan tukang pembawa peluncur salji. Tapi oleh kerana aku kan berdouble bertriple G kan jadi helper kena 2 orang. Satu sorong dan satu tarik.  hehehe tu dia ko. main sorong tarik pula.

Jadi aku pun terus lah naik peluncur salji tu. Depa bawa aku zoom meluncur di permukaan salji. Dah macam perayaan cristmas pulak naik luncur salji sambil memberi hadiah. eh eh... ingat santa claus ka.

Oleh kerana laju juga takde lah aku nak ambil gambar semasa meluncur sebab tangan memegang tali dengan kuatnya sebab takut terjatuh. Laju juga helper kedua-dua orang tu bawa aku. Tak nampak pun geng yang lain sama-sama meluncur.



Sampai kat satu tempat tu tak tahu lah kat mana tapi macam jauh sikit dari tempat tadi. Aku ni ikut je helper tu bawa aku kesana ke sini sambil meluncur dengan laju nya.  Lepas puas meluncur.....posing time

 Tenguk le luncur tu. Macam kayu dah buruk je. Seriau juga masa mula-mula duduk....takut patah riuk je dibuat aku...ahaks.... Tapi bila dah meluncur chewahhhhh steady je ko. Kukuh juga lah buatannya walaupun nampak kayu serpihan je.



Kunun-kunun baling baling salji. Masa ni tak nampak bayang geng-geng aku. Entah di mana mereka semua. Ke aku yang dahulu jalan daripada mereka.  



Let it go let it go......   aiyakkkkk kunun Elsa frozen lah pulak.


Kami sampai kat satu tempat. Macam tempat minum-minum je.   Masa kat sini lah Tora bagitahu kat aku kena bayar tip pada kedua helper tersebut. Bila tenguk purse , duit rupee masih besar-besar lagi. Takde duit kecil. Mula-mula aku nak bagi 1000 rupee pada mereka. Tapi depa tak faham suruh bagi dua. Umpama cakap bagaikan ayam dengan itik je pakai isyarat. Last-last korek lagi ada 500 rupee dalam 2 keping. Hah bagi lah seorang 500 rupee. Mula-mula rasa sayang macam banyak sangat tapi  sebab kasihan pada  mereka aku bagi je lah. Nampak banyak kan tapi bila tukar ke Rm baru Rm 30 je. Seronok bukan main kedua-duanya bila dapat tip besar dari aku.  Dalam hati aku.... Ya Allah mungkin pada aku kecil je jumlah tu tapi bila tenguk raut wajah mereka yang begitu gembira,  yang mungkin dia  rasa begitu besar jumlah tip yang mereka dapat.... niatkan lah  sebagai sedekah kepada mereka.  Mengembirakan orang lain kan satu sifat yang bagus dan terpuji. Chewah.

Kami masuk kat satu kedai sambil minum teh panas. Teh kashmir lah tak tahu namanya apa. Sejuk-sejuk pekena air panas....emmm best sangat. Relaks jap sambil minum-minum. 


Selesai lepak-lepak layan air panas, kami pun keluar nak balik tempat tadi.  Tercari-cari helper yang  bawa aku tadi. Lupa nak tanya nama. Sekali depa tersenyum-senyum mendapatkan aku. Maklumlah aku kan dah bagi mereka tips besar.

Ok kita sambung semula meluncur atas salji lagi.....yeh yeh yeh


                                             Tempat minum-minum kami tinggalkan.


Akhirnya kami kembali semula ke tempat asal tadi. Bayaran untuk kerusi luncur yang aku naik tadi sewanya sebanyak 600 rupee.  Alhamdulillah seronok juga ya meluncur diatas salji. Apa lagi ada orang tolong tolakkan. hehehehe


Ni lah helper yang bawa kereta luncur tadi. Yang pakai spek tu yang tolak aku dari belakang. Yang tengah tu tarik tali dari depan. 



Baru nampak wan dan kak Afza sampai. Kiranya aku lah yang paling cepat sampai. hehehe laju ko dia tolak aku. Seronok sangat meluncur sekali eh dah sampai....alaaaaaaaa


                          Ramai juga rupanya pelancung yang datang untuk meluncur diatas salji.


                                              
                                                Suasana yang meriah sekali.


Rupanya Kak su dan Kak noor tak join kami main luncur kereta salji. Mereka ada masalah kaki. Jadi bila kami yang nak naik kereta luncur mula seorang demi seorang meluncur mereka berdua tunggu kat tempat atas tu. Ada kerusi kut kat situ. Tak perasan aku. 


Nampak Mak su Ti dan Kak afza. Yang lain tak nampak bayang pun.


Bersama wan


Yeh aku dah sampai kat Gulmarg








Akhirnya jumpa semula geng-geng aku. Posing sebelum balik.


Ni posing membelakangkan gondola.


Tu dia gondola dah sampai. Kami beratur dahulu sebelum naik gonodla untuk turun ke bawah.


Tunggu gondola sampai. Hah pintu gate untuk ke atas perhentian kedua. Nampak di tutup. Entah kenapa.


Hish askar pun ada juga. 


Entah apa yang Tuan Haji dan Rin bertanyakan dengan Tora agaknya.





Naik gondola lagi. Kali ni berlima. Ok kita sambung lagi ya Sal. hehehehe



10 comments:

  1. Bagus jugak la ada helper. Kalau luncur sendiri ntah mana-mana la sampai. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena ada helper dan selalunya seorang macam akak kes terpencil kena 2 orang. hehehe

      Delete
  2. wahh sonoknyerr jalan2 main balin2 salji sblm covid melanda., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tahun 2019 wak. Tahun 2020 baru nak plan dah tutup sempadan sebab covid melanda. Jadi ni gemburkan balik cerita lama.

      Delete
  3. pengalaman mengujakan cantiknya salji memutih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sis... cuma tak buat adegan bergolek-golek je....hehehehe ala-ala bolywood gitu.

      Delete
  4. seronok main luncur salji..ada yg tolak, ada yg tarik...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU lah special sikit sebab sampai 2 helper. Orang lain cuma seorang je. hehehehe

      Delete
  5. Replies
    1. hahaha amie dia punya duduk serba tak kena. Takut terjatuh lah takut terbalik lah. Nasib baik boleh menampung bumper. hehehe

      Delete