Monday, March 20, 2023

Farewell Buat Pn Lizah yang akan bersara

 


Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang lepas kita orang buat bacaan Tahlil dan Yasin sebelum menyambut Ramadan serta majlis meraikan Lizah yang akan bersara pada 24hb 3 2023 ini. 

Jadi pukul 10 semua berkumpul dalam bilik mesyuarat untuk Tahlil dan bacaan Yasin.   


Selesai bacaan Doa tahlil dan Yasin majlis meraikan Pn Lizah pula. Sebelum Pn Lizah bagi ucapan video yang Ita buat khas untuk Pn Lizah ditayangkan. Selepas tayangan video barulah di jemput tuan badan membuat ucapan.


Tapi kita orang tak tahan bila tuan yang di raikan asyik menangis kesedihan sambil berucap. Aku pun turut sedih sebab rakan jawatan Rekod Perubatan akan bersara. Hilang lagi sorang rakan.


    Sumbangan hadiah daripada Opis, unit team belakang, ada yang personal semuanya buat Pn Lizah. Orang baik kan semua orang sayang. Apa lagi sebab berpencen bukannya berpindah ke lain tempat. 


Lepas tu sessi potong kek buat Bulan Feb dan March. Kek blueberry sebelah kiri tu isteri Dr Hammad yang buat bersama anak dia. Sedap. Dr Hammad pun pandai buat kek. 


Mereka yang birthday dan juga Puan yang di raikan 


Lepas tu posing time. Sikit punya banyak gambar yang di ambil .Ni sebahagian je yang aku tayangkan.


Ni Geng Belakang....bukan main lagi Dr Zul ingat jadi superman ke apa nak terobang. 


Selepas selesai acara apa lagi jamuan tengahari lah pulak. Kali ni AJK Kelab Kebajikan yang baru yang menguruskan semuanya. AJK makanan Pn Mai order makan ala-ala kampung style. Ayam goreng berempah, Asam pedas Ikan Kembong, Sambal belacan dengan ulam-ulaman serta telur masin dan ikan kering. Aku bawa sambal goreng. Geng bilik kaca bawa buah-buahan. Geng belakang buat cocktail.


Ada yang bawa tapai pulut. Lepas tu ada yang belanja aiskrim layan dengan tapai pulut.


Geng depan sponsor Laksa Johor. Matron siew pula buat tomyam request oleh TP. Tomyam biasa dengan Tomyam Thai yang bubuh susu dalamnya. Tu yang ada warna cerah sikit. Sedap.


Kerabu pucuk paku.....sedap


Ada yang bagi kuih apam warna warni. 


Ni buat cocktail....yummy



Kuih cara pun cepat laku


Laksa Johor pun ramai peminatnya. Last-last tinggal spageti je kuah dan yang lain semuanya habis



Posing ramai-ramai depan pintu masuk



Geng belakang dalam bilik petisejuk di meja Pn Lizah. Bilik peti sejuk sebab bilik ni hanya bertiga je staffnya tapi aircondnya sejuk macam dalam peti sejuk. Nasib baik takde salji yang turun. Tak yah pi korea.


Cik ani buat nescafe tarik.....perghhhh emmang sedap


Matron buat tomyam dengan penyediaan untuk buat cocktail

Selamat Bersara Lizah


6 comments:

  1. Selamat maju jaya unuk Puan Lizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin doanya. Semuga Pn Lizah mendengar doa sal.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Meriah majlisnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang kalau buat majlis semua letup kalau posing semua on je hehehe Bab posing semua tunjuk bakat hehe

      Delete