Monday, March 27, 2023

Farewell Pn Lizah di Seri Menanti House of Salai


 
Assalamualaikum,

Ni kiranya entry tertunggak. Sebab ianya berlaku di bulan sebelum puasa. Jadi ampun dan maaf lah ye. Kejadian yang berlaku adalah sebelum bulan puasa jadi jangan le terfikir aku tengah sessi live makan time orang tengah puasa. huwaaaaa sadisnya kejadian.

Ok citernya selepas jamuan farewell buat Pn Lizah di opis hari Jumaatnya jadi hari sabtu pula Geng Rekod perubatan di Ibu Pejabat KKM telah membuat sedikit majlis meraikan Pn Lizah yang nak pencen. Kali ni kami buat pada hari Sabtu sebab tak mahu tergesa-gesa macam yang di buat untuk Kak Adah dahulu. Lagi pun ada yang tidak free hari jumaat. Jadi semua majoriti pilih hari Sabtu dan tempatnya di Seri Menanti House of Salai lah pulak.  

Aku ni kerja je kat Putrajaya tapi jalan luar kawasan kadang tak tahu. hehehehe Oleh kerana tempat ni baru pertama kali aku dengar jadi sebelum ni tenguk le peta camne nak sampai. Nampak macam tepi jalan tapi selalu jalan hala ke PICC tu napa le tak nampak. Dia dekat dengan Taman Pinggiran Putrajaya. Rupanya jalan masuk ke Kajang dan ke tempat makan femes Kampung bunian. Selalu wak Lat pi sarapan kat situ tapi aku yang tak pernah sampai-sampai pun. Rupanya bila masuk jalan ke Kajang tu banyak  je tempat makan. Sebelahnya ada kolam mancing dan coffee village. Nama tak menahan sungguh nak juga nama western. hehehehe    

Aku sampai yang last sebab walaupun dah tenguk peta tetap le makan langsat juga nasib baik pusing tak jauh. Sepatutnya dalam bilik yang kami dah order jadi privacy sikit sekali biliknya aircond rosak. Terpaksa lah buat di luar. Masa tu cuaca agak panas juga.

Sampai je majlis dah nak mula. Jadi cepat-cepat duduk bersama yang lain.



Ni menu yang ada. Ambal goreng jawa tu Huda yang bawak. Sedap. 


Dah nama kedai jual lauk daging salai. Jadi menu mesti ada lah. Sedap. Sebenarnya lauknya banyak juga yang geng aku order. Selain daripada daging salai masak lomak cili api, ada Ayam goreng berempah, asam pedas ikan pari, sambal paru, ikan bakar, sambal kentang tempe, ulam dgn sambal belacan. Lepas tu ada geng yg bawak puding caramel, brownies, tahu bergedil. Memang macam-macam.  Lepas tu ada pulak beberapa orang yang tidak boleh hadir. Jadi memang banyak le makanan berlebih.

Ada tema lah pulak iaitu hitam putih. Tapi boss aku Encik Man tak ikut tema lah pulak. huh. 


Majlis bermula dengan bacaan doa. Hah nampak tak lauk-lauk yang ada depan kami. Dah le panas lepas tu aku tenguk sirap dia. perghhhh menawan tertarik sungguh ko. 


Lepas tu ucapan yang di raikan. 


Hadiah buat yang di raikan. Duit kutipan banyak jadi banyak le barang yang di beri. Selain dari comforter terselit juga coin emas Habib Jewel 1 gram. 

Ni geng bilik sejuk yang uruskan pendaftaran user Myhdw. 



Ni frame khat rasanya.


2 deret meja geng kami semuanya. 


Puan sue sempat join bersama kami. Walaupun terlambat sampai puding caramel air tangan Pn sue dapat rasa lagi. 


Sebelum majlis.....tenguk air sirap tu....merah mak ngah. hehehehe


Pn Lizah bersama suami tercinta. Pn Inai walau pun petang tu nak balik Kuantan sempat join bersama kami. Bila dah makan dia cepat-cepat balik sebab nak naik bas balik Kuantan. Pjj dengan suami emm macam tu le.


Semua yang hadir merakamkan kenangan. 


Ni posing sebelum balik.

Selamat bersara Lizah dan semuga Allah beri kesihatan yang baik dan kehidupan yang tenang setelah bersara nanti. 

Masa aku up ni Pn Lizah sudah berada di Sabah menghantar anak yang bungsu sambung belajar. Dah senang lenang bersara.  Sambil tu dapat  bersama-sama keluarga di sabah menyambut bulan Ramadan. Puan Lizah asal Sabah tapi kahwin dengan orang Pontian . Suami dia orang jawa. Tu yang kadang usik-usik cakap jawa, Lepas tu kadang ani pun menyampuk. Lepas tu kami gelak ramai-ramai. Aduhaiiii aku akan rindu kenangan itu.

Selamat menjadi Yang Bersara Pn Lizah.


14 comments:

  1. meriahnya majlis persaraan..selamat bersara pn lizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat dengan Bhg lain jadi lain dia punya suasana

      Delete
  2. Selamat Bersara Pn.Lizah
    Aini dah terpandang 2 jug air tu.. dapnya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air sirap dia sedap apa lagi time tu panas cuacanya. Start majlis itu yang di minum dulu. hehehehe

      Delete
  3. eh bebulan puasa ni nampak menarik nau ayam goreng tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam goreng berempah dia sedap ammi...hehehe mengoda ammi

      Delete
  4. Ya ampuuunnn....airnya tu! Merah kuning menggoda tekak!
    Selamat bersara Puan Lizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang merah tu mengoda sungguh dan memang sedap yak amat. Tq amie bagi pihak Pn Lizah

      Delete
  5. Walaupun makan kat luar, tetap nak berpotluck ye. Selamat bersara Puan Lizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan Restoren dah banyak tapi ada yang nak bawak makanan lain kita terima jelah.

      Delete
  6. dah jadi YB Puan Lizah...daging salai masak lomak...sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Aduh.. tergoda tengok air tu.. kikiki..
    Selamat bersara buat Puan Lizah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air sirap dia sedap. Bergelas-gelas akak minum. Masa tu panas nampak dia merah ang ang. rasa pun sedap. Minum sebelum puasa. hehehehe

      Delete