Tuesday, March 4, 2025

25 Tahun penubuhan Hospital Putrajaya

Dr Ruqayyah Syakirah binti Mazwar dari Jabatan Ortopedik telah terpilih sebagai pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan! Wah Disebalik kesibukan boleh lagi mereka logo jubli perak HPJ.


 Hospital Putrajaya merupakan sebuah hospital yang terdapat di Putrajaya, Malaysia.

Hospital Putrajaya merupakan sebuah hospital moden yang bertujuan memberikan penjagaan berkualiti pada pelanggannya melalui pembabitan masyarakat dan proses cermerlang dalam persekitaran yang kondusif pada kompetan dan staf yang tekun dengan berfikiran progresif.

Hospital Putrajaya memiliki 592 buah katil dan ia terletak di kawasan pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Hospital ini memberikan penjagaan tahap kedua. Sebagai sebuah hospital yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia ia diuruskan dan diselenggara menggunakan Sistem Maklumat Hospital Penuh ("Total Hospital Information System - T.H.I.S.").

Kredit Wikipedia



Assalamualaikum,


Diam tak diam dah jubli perak dah usia Hospital Putrajaya. Dah macam-macam perubahan daripada 1 bangunan lepas tu bangunan di PBBR dan sekarang Bangunan Endokrine pula. Katil pun dah semakin bertambah. Apa pun semuga Hospital Putrajaya dapat memberikan perkhidmatan kesihatan buat warga Putrajaya dengan cemerlang dan terbilang dan semuga lagi ramai pesakit mendapat manfaatnya. 

No comments:

Post a Comment