Wednesday, March 26, 2025

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2025

 



Assalamualaikum,

Hampir penghujung Ramadan dan semuanya dah bersemangat nak balik Kampung. Aku pun nak balik kampung esok. Walaupun kedua ibu dan bapa telah tiada namun rumah pusaka di kampung tetap kami meriahkan seperti sebelum-sebelum ini. Hari Raya pertama adalah hari untuk kami semua adik beradik berkumpul. Tahun ni Kak Jal suka lah sebab anak serta menantu dan cucu dari Brunei dapat balik beraya di Malaysia. 

Kalau ikut pengiraan yang hadir semuanya 85 daripada 95 ahli keluarga Bakri. Semuga tahun ini meriah lah sambutan raya kami sekeluarga. Barang bantuan rahmah pun Jol dah belikan dan hantar balik muo. 

Sempena bulan baik ini aku memohon sepuluh jari tangan dan kaki memohon kemaafan daripada semua samada kenal atau pun tidak samada tersengaja atau tertulis kata yang mencoret hati dan sanubari maafkan lah aku ya. Kadang kita rasa ianya hanya sekadar gurauan tapi ada pula yang terkecil hati. Jadi harap maaf lah ye. Yang baik datangnya dari Allah yang tidak baik itu adalah sifat diri ku yang lemah. Semuga yang baik-baik saja Allah permudahkan buat semua. 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.  HATI-HATI DI PERJALANAN

Ucapan selamat hari raya daripada aku serta staff Jabatan Rekod Perubatan

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🙏

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri maaaf zahir batin menarik videonya

    ReplyDelete