Wednesday, February 11, 2026

Lawatan Universitas Bina Mandiri Indonesia

 


Sign autograph HPJ


28.1.2026 - LAWATAN UNIVERSITAS BINA MANDIRI (UBM) GORONTALO, INDONESIA KE HOSPITAL PUTRAJAYA.

Hospital Putrajaya (HPj) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi seramai 81 orang yang terdiri daripada mahasiswa bidang Farmasi dan Nutrisi serta para pensyarah dari Universitas Bina Mandiri, (UBM) Gorontalo, Indonesia.
Sesi telah dimulakan dengan penuh tertib melalui ucapan aluan oleh Dr. Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Putrajaya. Agenda diteruskan dengan perkongsian perkhidmatan Jabatan Dietetik oleh Puan Nor Afidah Binti Jamaludin, serta taklimat informatif daripada Miss Tara mewakili Jabatan Farmasi.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna, para delegasi turut dibawa melawat secara fizikal dan diberi pendedahan visual mengenai peranan penting:
💊 Jabatan Farmasi 🥗 Jabatan Dietetik serta
🏋️‍♂️ Unit Fisioterapi
Semoga lawatan ini menjadi jambatan perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kedua-dua pihak. Kami berharap delegasi UBM pulang dengan input praktikal yang bermakna, dan Hospital Putrajaya terus komited dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
Selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Universitas Bina Mandiri, Gorontalo, Indonesia ! ✨


Dr Khairul mengantikan Pengarah memberi kata aluan.



Jabatan Dietetik & Sajian memberi penerangan mengenai Jabatn tersebut di HPJ.


Wakil dari Farmasi


Sumbangan buat tetamu






Posing ramai-ramai. Cantik sebelah kanan bertudung putih semuanya.


Pertanyaan daripada tetamu yang datang


Melihat jabatan Dietetik & Sajian


Jabatan Fisioterapi



Melawat Jabatan Farmasi

Alhamdulillah banyak juga kami menerima tetamu daripada Indonesia. Semuga banyak pengetahuan yang di perolehi dengan melawat Hospital Putrajaya. Mungkin boleh juga bertukar-tukar fikiran disamping memperolehi ilmu baru.


1 comment:

  1. semoga program ni memberi mnfaat pada kedua-dua pihak :D

    ReplyDelete