Monday, February 23, 2026

Program Ramadan di Hospital Putrajaya

 

Tu dia datang lagi. Alhamdulillah rezeki warga HPJ.



🌙Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga HPj🌙

🎊Bulan yang penuh keberkatan tiba lagi. Bagi menyambut kehadiran bulan mulia ini, Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya dengan sukacitanya membawakan Program Ihya’ Ramadan 1447H/2026M yang menfokuskan pengisian rohani dan ukhuwah kita semua.

Pelbagai pengisian menarik telah disusun sepanjang bulan ini untuk kita sama-sama rebut fadilatnya:

🕌Tadarus Al-Quran: Setiap Isnin hingga Khamis (1.00 - 2.00 petang) di Auditorium HPj bermula 23 Februari ini.

🕌Kongsi Rezeki: Agihan juadah percuma setiap hari Selasa (3.00 petang) di Ruang Legar Pentadbiran.

🕌Majlis Ilmu & Ibadah: Termasuk Forum Ambang Ramadan, Ceramah Nuzul Quran, serta Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih.

🕌Majlis Khatam Al-Quran: Sebagai kemuncak program pada 17 Mac 2026.


Dijemput semua bersama-sama mengambil peluang ini untuk mengimarahkan bulan Ramadan di samping menjalankan amanah khidmat bakti di hospital yang kita cintai ini.

Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua.
Sekian, terima kasih.

Surat Email Post Master HPJ



Ni pulak program mengimarahkan bulan Ramadan. 

Alhamdulillah bulan Ramadan pun HPJ banyak aktiviti yang akan dijalankan.  Semuga program macam ni diadakan pada setiap tahun. Banyak fadilat dan ukhwah warga HPJ semakin bertambah erat. 

Lepas ni Majlis Hari raya pulak. Hari tu dah meeting besar untuk menu raya dan tema. Masa kejadian Pn Mar wakilkan aku sebab aku cuti. Macam biasa tiap tahun geng Rekod join group laksa. Pentas Bahagian kejuruteraan yang buat. 

Dengar cerita nak buat kat Parking lot sebab luas. Kat area LG ni sempit bila banyak booth ada dan juga orang ramai. Berlaga badan bila nak ambil makanan.  Tang tu tak pasti lagi camne. Nanti ada meeting kedua untuk finalise kan Jamuan Hariraya HPJ.

5 comments:

  1. Meriah. Hidup sahaja suasana Ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...seronok tu..kdg² menu sama je untuk unit yang sama..hihihi

    ReplyDelete
  3. Mesti havoc ni, semua dept berganding bahu

    ReplyDelete
  4. Hidup suasana Ramadan Di Hospital Putrajaya ye kak..mesti meriah...aduhai kuih2 tu semua...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah program bermanfaat meniti Ramadan

    ReplyDelete