TERIMA KASIH, WIRA KAMI!
Pernahkah anda menerima layanan yang menceriakan hari anda di Hospital Putrajaya atau Institut Endokrin? Mungkin seorang doktor yang sangat prihatin, jururawat yang sentiasa tersenyum, atau kakitangan sokongan yang sangat membantu?
Kini, anda boleh sampaikan penghargaan anda secara rasmi. Setiap kata-kata positif dan pujian anda bukan sekadar ucapan, malah menjadi pembakar semangat untuk warga kerja kami terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Bagaimana cara untuk rakamkan penghargaan anda? Mudah sahaja 
Imbas QR Code pada poster kami atau klik pautan pantas ini: bit.ly/PenghargaanHPj
Di bahagian 'Jenis', pastikan anda memilih kategori 'Penghargaan'.
Tuliskan catatan pengalaman positif anda bersama kami. Satu pujian daripada anda, seribu makna buat kami. Jom hargai wira-wira kesihatan kita hari ini!
Sispaa bukan saja boleh buat aduan juga boleh memberi penghargaan semasa mendapat perkhidmatan kakitangan kerajaan. Jadi jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan Hospital Putrajaya anda boleh memberi penghargaan kepada mereka. Kami tidak mengharap balasan semasa memberikan perkhidmatan tapi jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami, kami warga Hospital Putrajaya juga merasa di beri penghormatan atas khidmat kami diatas penghargaan yang kalian berikan. Semuga ianya juga dapat memberi semangat pada kami untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Penghargaan yang hanya sedikit begitu mahal bagi kami bagaikan segala penat lelah kami di hargai. Apa pun terima kasih banyak kami ucapkan.
.jpg)


Boleh ke nak buat penghargaan untuk kafe dan koop HPJ jugak? makanan dorang sedap2.. ^^
ReplyDeleteBOleh je. Nanti Pak tam lagi le turunkan harga. hehehe. Kat hospis tu kadang makanan di jual pun sedap-sedap. Saya selalu tamak bila kat situ sebab tu nak ini nak. kuih dia sedap tau
Deletestaff HPJ budi baiknya dihargai terutama notie
ReplyDeleteAla sis..... saya ni kuli je.
DeleteWah, bagusnya mcm ni... ada medium utk buat penghargaan kpd staf, part mknn tu teringat cafe di IKN, pun sedap² jugak, pernah la bekfes situ masa en suami masih staf situ
ReplyDeleteNak tiru jugaklah mcm ni, x semestinya buat aduan kan, penghargaan pun boleh
Cafe IKN pun sedap-sedap juga. Dah bosan dengan Pak Tam pi lah jenjalan ke IKN cafe. Akak pun ingat hanya aduan je rupanya penghargaan pun boleh juga.
DeleteHospital Putrajaya memang awesome servisnya sebab pengalaman adik ipar dan cousin2 yang warded serta dapat treatment di HPJ.
ReplyDeleteKat sini keliling orang besor-besor. Kalau silap sikit gempak Putrajaya. Tu yang kena lebih sikit kerja.
Deleteselalunya bab complaint laju. bab penghargaan ni slow sikit orang nak buat kan.
ReplyDeleteBiasakle tu mana-mana pun.
DeleteTak pernah sampai & berurusan dgn HPJ. Apapun pastinya setiap warga kerja HPJ memberikan service yg terbaik.
ReplyDeleteSemua pun bekerjasama memberikan perkhidmatan terbaik.
DeleteBagus macam ni...SA selesa ngan HPJ aebelum- sebelum ni melawat pakcik dan makcik yang warded...selesa dan staff pun ok baik2
ReplyDeleteStaf di wad-wad ada yang bagus.
Deletewaahhhh seronoknyaaa bila dpt layan baikk dr kakitgn hospital! moga terus maju jaya semua pihak HPJ!
ReplyDeleteTerima kasih ana
DeleteSaya tak pernah sampai ke Hospital Putrajaya. Baguslah boleh scan QR Code saja untuk beri penghargaan, alternatif kepada borang maklum balas yang biasanya ada di kaunter utama hospital kan, kak.
ReplyDeleteMemudahkan lebih ramai orang dapat memberi feedback
DeleteKakak saya selalu ler berulang alik gi HPJ ni. Saya pernah masuk sekali je masa teman dia
ReplyDeleteWah sakit apa tu.
DeleteMoga terus maju buat staff2 HPJ!
ReplyDeleteTerima kasih mazni
DeleteBaguuuslah kalau ada begini. JD bisa kita kasih compliment untuk staff rumah sakit yg memang bagus kerjanya .
ReplyDeleteDulu zaman di HSBC, ada juga buat begini. Nantinya staff yg mendapat compliment akan ada hadiah juga
Wah staff yang dihargai lepas tu dapat hadiah lagi buat sema staff berlumba-lumba dalam bekerja untuk mendapatkan hasil yang terbaikkan.
DeleteWah, menariknya.
ReplyDeleteKalau diberi penghargaan kerja yang berat jadi ringan, badan yang penat kembali bertenaga. Semangat bekerja tambah berkobar-kobar.
Sebab tu walaupun sikit ianya menjadi pemangkin bekerja lebih bersemangat
DeleteOrang selalu ingat sistem ni untuk komplen saja, tapi sebenarnya pujian pun boleh bagi. Bila baik kita puji, bila ada masalah baru kita tegur.
ReplyDelete