Wednesday, March 11, 2026

HAMPER RAYA KERJASAMA STRATEGIK PRIHATIN, JABATAN PENJARA MALAYSIA & MAIWP

 



Satu majlis ringkas penyerahan hamper raya telah diadakan di Hospital Putrajaya . Sumbangan ini dikhususkan buat kakitangan hospital sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka. Pengarah Hospital Putrajaya, YBrs. Dr. Suraya Amir Husin hadir menerima sumbangan tersebut bagi pihak hospital.

Usaha murni ini digerakkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama strategik Jabatan Penjara Malaysia menerusi jualan produk My Pride bagi menjana dana kebajikan. Pihak pengurusan Hospital Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, yang terdiri daripada Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Semoga kerjasama ini terus membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.


Assalamualaikum,

Mula-mula ada email yang mengatakan siapa staff yang B40 boleh memohon sebab ada hamper yang pihak PRIHATIN nak sumbangkan. Ada beberapa staf aku yang mohon macam cc jue yang merupakan ibu tunggal. Kena isi form lepas tu kalau lulus boleh pi kat admin. Dia bagi hamper yang merupakan kuih raya.


Puan pengarah bersama para Dermawan


Puan Pengarah bersama Para Dermawan agensi lain pulak.


Mereka yang layak dapat hamper tersebut.


Staf check nama dan dapat lah hamper



Antara staff yang dapat


Alhamdulillah. Nampak Pembantu Tadbir admin je semua ni. Rezeki mereka lah tahun ni kalau Pembantu Tadbir boleh naik ke EO tanpa sijil Diploma atau STP. Rezeki weiii.... Kita orang dulu jenuh perbaiki sijil hanya kerana nak naik pangkat. Lah ni kalau service dah cukup lupa pulak berapa 12 ke 15 tahun terus naik pangkat. 

1 comment: