Assalamualaikum,
Kat opis aku ni ada group WA shopping. Macam-macam ado. Kadang jual kuih lah order kek lah macam-macam lah. Dan kali ni pulak sudah timbul Mar Mart. Sapa lagi tokehnya kalau tak Pn Mar. Dah macam pasaraya lah pulak order barang dapur kat Lotus.
Ni Pn Mar lah dia kata dia ada seller barang dapur yang murah. Siap ada katalog lagi. Emm apa lagi berdesup le list order barang. Berbondong-bondong sampai. kita pun berbondong-bondong bawak balik rumah.
Hah macam burger Ramly kat atas tu RM 5 tau. Murah dari harga di pasaraya. Apa yang aku pasti aku dah cuba order Minuman Twister combo 2 botol harga RM7 je. Sekali masa aku beli kat pasaraya Target Rm 9 lebih combo 2 botol. Hah apa lagi sampai 4 pack aku borong bawak balik kampung buat jamuan raya nanti. Mengengkek juga bawak dari opis ke tempat parking Pak Tam bila nak balik rumah.
Selain daripada makanan ada juga pencuci pinggan mangkuk.
Pn eva punya shopping hah 2 beg penuh. Kat bawah dengan kat atas meja.
Mr Potato tu sebekas Rm 3. Kitkat 3in 1 pun ada. Spageti tu tak tahu sapa order. Butter cup nak buat kuih pun ada yang order.
Pn Mar check barang yang dapat dan Pn ana tolong agihkan pada yang order, Maggi kari tu pun murah. 1 pack rm 3. Berpack pack opis mate order. Macam-macam perisa. Ayam lah laksa Asam lah. Tapi yang top Manggi perisa kari lah.
Hah ni aku punya borongan. Koko Crunch tu yang besar Rm 10 tapi kali ni dah habis dapat yang kecik sikit Rm7. Air soya tanpa sugar tu sekotak rm3. Air Fresh milk farm fresh belakang tu Rm 6.
Fabreeze pun ada yang order. Vitagen pun satu pack tu Rm9.
Tu yang atas belum check kat bawah entah barang apa.
Nampak list ada ni cuba orde. Ngopi zus 3 in 1. Rm 10 satu pack ni. Belum rasa lagi. Kalau ok nanti nak order jenis lain pulak.
Air lemon tea yeos tu pun murah. Pn mar beli 20 bekas sebab anak bungsu dia Rara suka.
Product sejuk beku pun ado juga. Nanti nak order Ramlee nugget ayam lah. Barang sabun basuh dan pewangi tu lain kali pulak. Sunlight cuci pinggan baru Rm 4.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

wah harga menarik. jimat banyak la juga kan
ReplyDeleteTu lah ada yang lagi murah apa lagi masuk list
DeleteSiap bawak troli tu yang tak tahan :)
ReplyDeleteTroli tu sebab ambil barang kat loading bay. Grab hantar kat situ. Oleh kerana banyak kena bawak troli
DeleteMurah ni Mar Mart jual.
ReplyDeleteIye sebab tu list memang panjang bila kita orang order.
DeleteKemain Maryatie buat bisnes baru pulak dah dia ye.
ReplyDeleteDah dia yang promote kita orang onz je lah. Lagi pun murah
DeleteSiap ada katalog lagi tu
ReplyDeleteSebab jenuh nak scrol dalam Wa hah dia buat tu senang nak rujuk harga
DeleteKalau dah murah, baik order je.. tak payah masuk pasaraya cari barang. Tau-tau sampai.
ReplyDeleteIye. Kita orang seronok je mengorder.
Deletekalau murah elok order macam ni kan kak..jimat jugak
ReplyDeleteBila buat perbandingan memang murah
DeleteMurah-murah barang dia. Patut ramai meng-order. 👍
ReplyDelete