Assalamualaikum,
Ini cerita sebelum Ramadan. Anak buah aku Hidayah (MYStep) pada tahun lepas kena tarik ke admin. Lepas tu tak lama kemudian dapat kerja tetap kat HUKM. Kerja kat jabatan rekod juga. Birthday dia 1hb Januari. Oleh kerana ada barang dia tertinggal di almari dibilik aku jadi aku ajak jumpa sambil celebrate birthday dia. Oleh kerana baru-baru ni dia admit wad dan semput teruk jadi tertunda-tunda nak jumpa. Kita orang cuma free hari sabtu je lah kalau nak jumpa.
Bila dah dapat tarikh yang kiranya ngam lah iaitu 14hb Feb sebab minggu depannya dah nak masuk Ramadan. Kiranya ni sambut birthday sambil sambut Ramadan.
Lepas tu aku ajak CC Mila join sama. CC mila kata ok. Tapi pada masa tu juga aku dapat tahu Aida bekas My Step di Jabatan Rekod akan berakhir tugas pada 13hb Feb kerana nak ikut suami bertukar ke Terengganu.
Aida dan Hidayah pada tahun lepas kena tarik ke admin sebab kuota My step di Jabatan Rekod di kurangkan kepada 2 orang je daripada 4 orang sebelum ni. Jadi hanya tinggal Teha dengan Alia di LP. LP kena ada Mystep sebab banyak kerjanya.
Bila tahu macam tu aku ajak le Aida turut sama sebelum balik ke Terengganu. Jadi kiranya ni pertemuan Ex Jabatan Rekod kerana CC Mila pun tahun lepas kena tarik ke bhg Latihan. Digantikan dengan cc Jue.
Aku baik dengan Aida kerana selalu hantar kain pasang kat mak Aida. Walaupun nun jauh di terengganu bila Aida sesekali balik hah memang banyak kain aku hantar. Mak Aida pandai potong kain dan harga boleh lah murah upahnya. Aku harga upah tak kisah asalkan boleh potong kain ela yang licin. Ada kawan aku jahit baju juga tapi kalau licin atau kain tak cukup dia tak nak jahit dan tak pandai nak potong kain bagi cukup. Bila dah test jahitan Mak Aida dan aku rasa selesa hah memang upah ke mak Aida le. Ni Aida dah balik terengganu emm susahle nak cari tailor nanti.
Pagi tu aku kata kat Dayah nanti pukul 11 kedai buka aku park Pak Tam depan kedai 10 Pots. Memang betul ko. Sampai je kat situ belum pukul 11 tapi ada kosong depan kedai. Memang pucuk di cita ulam mendatang le. Jadi park le depan kedai 10 Pots sebelum kedai buka.
Tapi masa tu cc mila kata lambat sikit. Aida pun katanya lambat juga. Jadi aku dan dayah masuk dulu lah sebab dah lapar belum sarapan pagi tu. Nak masuk 10 pots ni perut kena lapar baru best makan. Boleh isi banyak. hehehehe
Sementara menunggu cc mila dan Aida kita orang layan dulu makanan.
Aku lupa nak ambil gambar makanan yang banyak kat 10 pots tu. Layan jagung sedap banyak2.
Kita orang posing sebelum balik. Ni kiranya semua ex Jabatan Rekod. Hanya aku je staff yang masih kekal di Jabatan Rekod. Tapi itu pun aku sedang menunggu bulan nak jadi ex Jabatan Rekod juga ni.
Macam-macam gaya
Aida yang depan sekali sebab dia tinggi. Lepas ni tak ada lah peluang kami dapat berjumpa. Kalau Aida datang Putrajaya hah ada le rezeki kami.
Sebelum berpisah sempatlah berpelukan. Ukhwah yang terjalin selama 2 tahun setengah memang menjadi memori kami lah.


.jpeg)


Kenangan terakhir sebelum berpisah.
ReplyDeleteNanti hendak jumpa semula dah susah.
Nak pindah jabatan mana pulak tu nanti kak notie? Sedih kan walaupun 2 tahun je.
ReplyDelete