Assalamualaikum,
Alhamdulillah Ramadan hampir sampai penghujungnya. Jadi sebelum nak balik kampung cuti raya saya menyusun 10 jari dan kaki memohon maaf diatas segala kesilapan yang telah saya perbuat atau ada kata-kata yang tidak enak di baca dan juga gurauan yang terlalu kasar. Harap maaf di pinta.
Alhamdulillah 3 tahun sudah menyambut Ramadan di Jabatan Rekod Putrajaya ini. Apa juga video dan aktiviti yang telah di jalankan akan menjadi satu memori yang terindah didalam kehidupan.
Walaupun semuanya bunga-bunga yang kadang dengan pelbagai ragam dan kejadian serta seekor kumbang yang begitu prihatin dan tidak berkira dalam aktiviti yang telah kami jalankan. Gelak tawa dan senda gurau semuanya akan menjadi memori yang takkan dapat lagi aku lupakan.
Semuanya nanti akan tinggal dalam lipatan ingatan.
Yang ni edit masukkan Liza sebab dia tiada di tempat kejadian.
SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Cantik kad raya.
ReplyDeleteMaaf juga daripada saya, walau pun baru lagi kita kenal di alam maya ni 😀
Selamat hari raya sis =)
ReplyDeletesalam ailfitri maaf zahir batin notie
ReplyDeleteAwal Kak Notie wish Raya :D
ReplyDeleteSy pun nak mohon ampun maaf juga kalau tersalah bual atau terkasar bahasa ye Kak... Selamat menyambut hari lebaran
Seekor je kumbangnya. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.
ReplyDelete