Sekitar sesi Solusi Sihat di Bernama Radio. Satu kupasan yang kini membuka mata orang ramai untuk memahami dilema individu yang berdepan dengan Hoarding Disorder, saatu penyakit mental yang melibatkan kesukaran berterusan untuk membuang barangan sehingga menjejaskan fungsi ruang kediaman.
Menerusi perkongsian Dr. Nadia Amira Ashikin, penonton didedahkan tentang perbezaan nyata antara hobi mengumpul yang tersusun dengan gangguan hoarding yang tidak terkawal. Pendekatan berasaskan empati adalah kunci utama dalam membantu proses pemulihan.
Bagi anda yang terlepas intipati penting seperti Teknik Tiga Kategori (Simpan, Buang, Derma) atau ingin mengetahui cara mendapatkan akses bantuan profesional di Pusat Mentari, tonton rakaman penuh sesi ini melalui pautan YouTube https://www.youtube.com/watch?v=ji9eiqE1qac
Infografik yang menarik
Di Konti Bernama Radio
Contoh kejadian
Yang ni teruk sangat kan.
Yang ni kalau di lambakkan semua
Sampai luar rumah pun ada.
Assalamualaikum,
Baru-baru ni Dr Nadia Staff HPJ telah di jemput Radio Bernama untuk bercerita tentang tabiat manusia yang suka menyimpan barangan yang tidak perlu sehingga menganggu persekitaran orang lain.
Rupanya tabiat menyimpan barang yang tidak perlu boleh dikatakan satu tabiat yang tidak bagus malahan dikatakan pulak sejenis penyakit Hoarding disorder lah pulak. Kalau ayat disorder ni ianya tergolong dalam penyakit jiwa. Nampak je sihat walafiat tapi bila ada penyakit ini secara melampau boleh menganggu orang lain juga.
Sebenarnya penyakit jiwa ni ada macam-macam jenis. Orang kata kesihatan mental ni kalau tidak di jaga dengan elok emm kadang boleh meletup juga tau. Terutama isteri yang mempunyai tanggungjawab yang lebih didalam rumahtangga. Apa lagi di bulan Ramadan ni. Jenuh aktiviti kalau para suami tidak membantu emmm penat juga kan melayan urusan rumahtangga yang tidak pernah habis. Nak siapkan juadah berbuka, nak siapkan juadah bersahur. Bangun pukul 4 pagi kejut sahur. Lepas tu nak menyediakan baju raya, kasut raya hah juadah raya hah apa lagi. Tapi takpe kalau kita buat dengan ikhlas untuk keluarga tersayang insya Allah ada balasannya yang Allah beri. eh melalut pulak aku. hehehehe
Sambung semula cerita tadi. Aku tanya Ai hah ini dia jawapannya:-
Hoarding disorder is classified under ICD-10-CM code F42.3, which is used to diagnose persistent difficulty discarding possessions, resulting in significant clutter that compromises living spaces. It falls under the category of obsessive-compulsive and related disorders.
Siap ada kod ICD 10 lagi. hehehe
Nampak gayanya kena sorting lah sikit-sikit barang yang sayang tapi tak pakai. Kalau elok kita sedekah kat orang kalau baru boleh di jual. Buku-buku yang agaknya tidak di baca lagi boleh lah sedekahkan kat perpustakaan KKM ke IKN ke kat HPJ tu pun ada aku nampak sudut membaca.








Dulu ingat penyakit ni ada dekat luar negara je..rupanya, dekat Malaysia pun ada
ReplyDeleteSatu dunia pun ada
DeleteKadang kita pun kena tengok balik barang di rumah… koleksi ke, atau dah hampir jadi “stor mini” dalam rumah. 😅
ReplyDeleteDia kumpul sikit-sikit sekali hah tu dia
Delete