Assalamualaikum,
Rasanya kena buat frame besar dan letak kat pintu masuk Jabatan supaya orang awam datang tak berpakaian senonoh kena balik tukar pakaian.
Selalu yang aku perhatikan pakai selipar jepun je dengan berseluar pendek. Apa pun kita kadang bila nak pergi pejabat kerajaan aduhaiiii seram kalau pakaian tidak sesuai. Tapi sebagai orang melayu selalunya berbaju kurung je atau pun kadang nak ringkas berpakaian seluar dengan blous lengan panjang.
Etika berpakaian juga penting bila kita berurusan secara rasmi dengan kakitangan di Jabatan lain terutamanya perkhidmatan awam. Apa pun pakaian juga melambangkan kecantikan akhlak dan budi bahasa seseorang dan juga kadang melambangkan status kehidupan masing-masing. Apa pun yang penting pakaian hendaklah kemas. Jangan sampai berpakaian tetapi nampak seperti tiada berpakaian.
Fikir-fikirkan lah. hehehehe

Terima kasih atas perkongsian/ingatan Kak Notie ๐๐ป
ReplyDeleteKadang2 bukan taktau cuma taknak ikut.
ReplyDeletePernah pi hospital..ada pelawat kena tegur sebab pakaian x sopan...bengang je dia..SA rasa kena buat awareness secara menyeluruh lagi..tampalkan papan tanda besar2 or Banner ke kan...
ReplyDeleteBetul tu.. Kadang tu memang rasa macam nak bubuh sebesar-besarnya poster ini..
ReplyDeleteBaca tentang etika berpakaian ini, teringat budaya masyarakat kita yang sudah lama amalkan norma hidup, berpakaian yang selayaknya ketika berkunjung ziarah di hari raya, kenduri-kendara dan kematian. Cantik!
ReplyDeletekadang2 staff pun tak follow etika ni.. geram pula kita.. hahaha... lab coat lagi labih dari skirt...cmne??
ReplyDeletebenda basic tapi ada jugak yg ketegaq taknak follow. pastu bila takleh berurusan, mulalah nak viral sana sini
ReplyDeleteAda yang berpakaian macam baru bangun tidur... seluar pendek & t-shirt lusuh. Aihhh.. sakit mata. Nak berbaik sangka.. mungkin urgent tak sempat tukar baju mikirkan kena bawa orang sakit segera.
ReplyDelete