Monday, May 4, 2026

Terlajak Raya


Check out dari Homestay Idaman Melur.

Assalamualaikum,

Bangun pagi tu gotong royong buat sarapan. Buat nasi goreng lebihan nasi pada malam tadi. Lepas tu rebus ubi yang Jol bawak dari Batu Pahat. Rendang Kak nong ada lagi. Lepas tu buat sambal tumis untuk lawan dengan ubi rebus.  Jagung yang Kak Jal bawak dari Tangkak kita orang rebus buat sarapan. Nasi goreng tak cukup Kak jal masak nasi lemak. Kiranya pagi tu memang kenyang sungguh lah dengan pelbagai makanan.   

Makanan sarapan tak ambil sebab dah sibuk sediakan sarapan, makan dan kemas nak ke Bukit Sentosa lah pulak. Janji pukul 10 keluar rumah tapi akhirnya nak dekat pukul 11 juga lah. Almaklumlah bila dah ramai-ramai tu.


Menuju ke Bukit Sentosa Rawang pulak. Konvoi beramai-ramai. Tapi nak masuk ke Toll Bukit Beruntung highway sudah jem. Almaklumle orang KL kalau cuti panjang je mesti balik kampung atau berjalan ke Utara. 

Oleh kerana jem,  Julie bawa kami masuk Toll Serendah. Makan masa juga dengan jalan yang tengah repair. Kak nong pun udah mabuk. Keluar dari rumah julie kenyang sampai rumah Kak norra udah lapar balik. hehehehehe 

Kiranya sampai rumah Kak Norra je terus semua makan tengahari. Yang lelaki ada yang solat Jumaat. Yang perempuan apa lagi makan le. hehehehe Ya lah sudah jalan jauh dari Cybersouth Dengkil sehingga Bukit Sentosa di Kuala Kubu Bharu. 


Pokok Jambu air di belakang rumah Kak Norra. Geram je kita orang tenguk. Kena sampul kalau tak jambunya rosak kena tebuk ulat. 

Sampai rumah Kak Norra nampak Kak Limah dan Meria sudah sampai.


Colek dengan gula dan kicap pecahkan cili api. Yum yum yum.


Kuih cara dia sedap isi dia banyak.  


Chicken t6enders yang Meria bawak. Sedap.


Kak Norra masak ayam masak lemak cili api dengan kobis goreng 


Buah durian belanda dia banyak buahnya. Tapi masih kecil lagi belum masak. Geram je tenguk. Tanam kat kampung asyik mati je pokoknya. 


Tak muat piknik kat bawah pulak.


Selesai beraya di rumah Kak Norra beraya ke Ampang pulak.  Semua nak rasa Rawang Bypass jadi lalu lah situ.


Rawang Bypass.

Sebelum sampai Ampang hujan lah pulak. Jenuh le nak tenguk jalan nak lalu Suke pulak.



Kali ni anak-anak Merina join sama. Aiman selaku abang yang sulong yang membawa adik-adiknya balik. Oleh kerana kawan dia kahwin jadi stay 1 malam lagi kat KL. Lepas tu hantar adik dia yang no 3 kat melaka dan yang bungsu kat Batu Pahat. Macam-macam nasihat atoknya. Ya lah kan tinggal adik beradik je jadi yang tua lah yang uruskan adik-adiknya. Yang bungsu buat masa ni duduk rumah pengasuhnya sementara Meri dan Kamal di Mekah.


Pekena Mee rebus, Nasi himpit dan rendang ayam.

Kak nong mulanya nak tidur kat Ampang tapi Azlee nak balik Melaka sebab anaknya nak periksa dan nak basuh baju. Petang sabtu tu ambil dari asrama jadi balik ni nak basuh baju anak-anaknya. BIla Azlee balik Kak nong pun tak jadi lah. Ajed pun baru ura-ura nak cari hotel pun terus cancel dan balik Melaka.

Manakala Jol dan Kak Jal sambung balik tidur di rumah Julie. Besoknya Sabtu baru balik Tangkak dan Batu Pahat.


Keluarga Jol dan anak-anaknya. Fahmi nanti akan balik ke Usim, Julie yang hantar ke kolej. 


Check out Idaman Melur 


Pi makan di Pejam Mata Cafe. Kali ni keluarga Hafiz pula yang join.   

Masa hari Khamis tu Hafiz je yang datang. Jadi kali ni dia bawak famili dia nak jumpa dengan Mak toknya dulu sebelum Mak tok balik Tangkak.

                                                      Makan sambil pejam mata. hehehe



Adik Manis dapat jumpa Mak toknya. Hilang rindu Kak jal dengan cucu sebelum balik Tangkak. Nama dia Manisah Qaisara,  jadi selalu usik adik manis. Keluaran Hospital Putrajaya. hehehehe



43 comments:

  1. Sesekali terlajak raya dan berkumpul ramai- ramai..SA pun ada cerita terlajak raya..esok la post...hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlajak raya sebab dah habis raya tapi sebabkan datang hantar Bakal Haji terus lah beraya sekali.

      Delete
  2. Nama pun dah manis.. adoi..comel la awak...
    Terlajak raya best betul..beramai² konvo raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik manis tu kadang gaya ganas sikit. hehehehe Tapi suka usik sebab bila dia senyum aduhaiiii manis gitu

      Delete
  3. Seronok baca.. Meriah dengan sesi kunjung-mengunjung dengan pelbagai juadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang kalau bab makan no wahid gitu.

      Delete
  4. Wah, sedapnya daoat makan jambu fresh.
    Betullah Notie, kuih cara memang sedap kalau isinya banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah jambu dia manis bila cecah kicap dengan gula dan cili api. BIla isi banyak lagi sedap rasanya.

      Delete
  5. Bahagia tu terlajak raya..tak apa hari-hari raya pun ok..bukan susahpun makanan ala kadar kira kejayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang tiap bulan raya hehehe. Sebab bila balik kampung je masak juadah raya.

      Delete
  6. Replies
    1. Kena sampul jadi buah masak dan bersih dari ulat

      Delete
  7. meriah betul inti kuih caranya

    ReplyDelete
  8. sonoknya konvoi jln2 dgn famili ramai2

    ReplyDelete
  9. Bestnya keluarga besar camni ๐Ÿ‘๐Ÿป
    Jalan pulak ramai² gini mmg meriah sungguh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat konvoi ramai-ramai dan dapat singgah rumah adik beradik

      Delete
  10. Yakwah kuih cara ru, berbaloi-baloi dagingmya

    ReplyDelete
  11. Seronok nya, meriah kan ramai2 berkonvoi

    ReplyDelete
  12. Seronok Kak Notie. Kita lajak sampai 1 Muharam pun tak pa, Kak, hihi.

    ReplyDelete
  13. Haha.. meriah sungguh tengok, beraya banyak rumah dan sambung makan².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan keluarga dari kampung datang jadi berayalah keluarga di KL pulak

      Delete
  14. Replies
    1. Sakan wak sampai dah habis raya pun masih on

      Delete
  15. wah.. meriah sungguh.. menu pun menarik tapi buah jambu tu pun elok kejadiannya.

    ReplyDelete
  16. Rindu sungguh la dengan jambu pink tu. Laamaaaa betul tak makan. Btw, nice write up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab dapat free. Kalau beli kat RnR kadang mahal

      Delete
  17. Aiiiih jambu tuh memang sedap kalau dicicah sambal rujak ,๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค. Drooling saya langsung..

    Comelnya si adik ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Cantiiik sangat memang ,๐Ÿค—

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIla cecah sambal rojak lagi lah menambah-nambah makan.

      Delete
  18. Miss you sis. Maaf tak sempat reply awal. Ya indah peraturanNya, jauh ke beruntung, hala balik ambil rawang bypass memang cantik kan, segar buah jambu air, pandai jaga. Ya sesekali terlajak raya, meriah sangat♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali lalu Rawang bypass memang cantik apa lagi keluarga di kampung tak pernah lalu

      Delete
  19. Meriah betul raya Akak..
    Sha pun suka cicah kicap, cili dan gula sikit.. jambu tu.. lama tak buat..

    ReplyDelete
  20. jauh perjalanan dari cybersouth sampai ke KKB. balik perut kedepan sebab banyak makan hehe

    ReplyDelete
  21. Sedapnya kak ngelotek ramai².

    ReplyDelete