Sunday, March 23, 2025

Terkonang semasa Dolu - Time Ramadan

                              

Assalamualaikum,


   Ramadan sudah hampir penghujung tinggal seminggu ni je berpuasa sebelum menyambut syawal. Aku tak up aktiviti atau juadah berpuasa sebab kita orang masak nasi je dan masak lauk simple-simple. Kalau lain pun sebab ada kuih muih yang di beli. Pasar Ramadan pun lama tak pergi. Bukan tak nak pergi masalahnya nanti rambang mata tu beli ni beli akhirnya membazir.Lagi pun sekarang harga dah mahal. Kalau sedap takpe lah ni kadang emmm faham-faham sendiri lah ye.  

    Jadi kali ni aku nak mengimbau kenangan dolu-dolu bila sambut Ramadan. Masa aku kecil lagi surau berdekatan kat kampung dia bunyikan beduk atau kentung untuk memberitahu orang kampung dah masuk Magrib waktu berbuka. Itu kiranya komunikasi dolu-dolu kat kampung. Kalau ada kematian dia bunyikan. Hah macam tu lah dia punya informasi zaman dahulu. Masa tu radio ada kut. Tv warna hitam putih tu pun hanya orang marhaen je yang ada. Teringat masa tu Aruah Pak Hitam aku kerja cikgu dia je sorang yang ada tv. Penuh rumahnya time malam orang kampung nak tenguk tv. Lepas tu bila tv warna hah kita orang dah besor sikit dah Aruah bapak dah mampu beli tv hah ngadap le tv tu. Tu pun yang jenis tekan bukan pakai remote control tau macam sekarang. Tu yang kalau malas tu main tekan pakai hujung jari kaki je sembil berbaring. hehehehe punya malas nak bangun. Itu dolu-dolu lah ye. 


Aruah mak aku dulu rajin buat kuih. Buat kuih untuk jualan untuk menambahkan pendapatan Aruah Bapak. Kita orang adik beradik ramai kenalah mak aku cari duit nak tolong aruah bapak yang pendapatannya kecil sebagai tukang kebun. Jadi sebelum puasa dah jemur gula dengan tepung . Lepas tu tumbuk beras buat tepung beras untuk buat kuih penderam. Sakan kita orang menolong aruah mak buat kuih penderam sampai tak doyan nak makan bila hari raya. Tapi jualan aruah mak aku kuih penderam tu laku sampaikan kadang kuih peruntukan untuk keluarga pun orang tu nak beli juga. Jadi kenalah kita orang makan kerepek-kerepek yang aruah mak aku buat. Kuih siput, kerepek ubi pedas, kerepek keladi, kuih tumpi, rempeyek, kuih karas hah apa lagi kuih zaman dolu. Macam kuih karas tu bahan dia sikit je tapi jenuh juga nak buat. Apa lagi bila time mengoreng kena pandai jaga apinya supaya tidak hangus.

Pakai pulak oven cap butterfly. 

Yang ini aku ingat pakai letrik. Buat kuih makmur.


     Yang ini aku ingat letak atas dapur minyak tanah rasanya. Sebab dia tak ada letrik. Ke aku yang salah ingatan. Tapi ingat macam dia tenggek je atas dapur minyak tanah. Tapi buat kuih apa aku dah lupa. Kut akak-akak aku buat kek. 


Tapi paling best bila waktu berbuka puasa. Bila semua balik pergh macam-macam juadah ada. Air macam-macam jenis. Seronok makan ramai-ramai macam ni. Sekarang bila kedua mak dan bapak sudah tiada momen tersebut sudah semakin terhapus. Masing-masing sudah ada keluarga. Jadi nak berkumpul balik berbuka puasa macam dulu dah payah lah. Mana yang berkesempatan balik je lah yang ada.



Lepas tu dulu-dulu rajin hantar kad raya. Nanti kumpul-kumpul bila banyak hah gantung kat rumah. Rajin juga dulu hantar kat Agong, Sultan Perdana Menteri hah apa lagi ya. Hah artis macam Aruah Datuk Sudirman. Dia rajin balas kad raya yang diterima. Kreatif kad dia. Mana artis yang rajin balas kad raya peminat hah kita hantar lah. Kadang berebut-rebut dengan kawan kat asrama sapa paling dapat banyak kad raya. Kalau dapat kad raya dari Agong wah riuh rendah kita orang. 

Ada sekali tu aku ada hantar kad raya pada Almarhum Sultan Johor. Dapat gambar famili Almarhum Sultan Johor tau. Masa tu sultan Johor yang sekarang masih bujang, Hensem. Anak-anak dari isteri pertama Almarhum Sultan Johor hensem dan cantik sebab Mak mereka adalah orang putih. Macam Sultanah Pahang kan cantik.


       Ada juga yang buat hiasan macam ni. Gantung kad raya kat pokok hiasan. Berbunga-bunga tenguk kad raya kita bergantungan. Zaman sekarang pulak gantung lampu kelap kelip lah yang lampu berwarna warni lah. Nak menunjukkan meriahnya bila nak raya.

Kalau kat Muo pulak dulu kalau malam meriah dengan pelita7 likur katanya. Seminggu sebelum raya aruah bapak dah cari buluh sebab nak letak pelita minyak tanah. Orang kata nak tunggu malam Lailatur Qadar. Pelita yang ada recycle balik. Jadi sebelum berbuka iisi minyak dalam pelita bila lepas berbuka pasng le pelita tu sampai pagi. Tapi kalau buat sekarang susah sebab minyak tanah dah mahal. Orang dah kurang pasang pelita minyak tanah malahan sekarang pelita tipu pakai lampu mentol lah ada tu pakai bateri.  


Kalau kat Jalan Daud ada padang dan komunit kat situ pasang lampu pelita besar-besaran. Macam-macam bentuk dan kadang macam ada tema tertentu. Siapa yang duduk Jalan Daud muar tu tahulah.


     Hah macam ni lah kita orang dulu-dulu. Seronok kalau balik muo lepas tu meronda malam-malam tenguk pelita tempat orang lain. Macam-macam bentuk dan patern orang buat. Sekarang dah kurang. Entah ada lagi ke tidak yang pasang pelita 7 likur. Kalau kat kampung-kampung memang meriah manakala orang kat bandar pasang lampu pelbagai jenis keliling rumah je. Pakai letrik gitu. Sekarang dah canggih pakai solar. Zaman dah berubah. Akan datang nanti agaknya macamana rupa lah ye. 



Hah lagi satu meriam buluh. Seronok dengor. Kat kampung akak aku lagi best siap berlawan dengan kampung sebelah. Berdentam dentum bunyinya.  


Gambar-gambar kredit kat google

2 comments:

  1. indahnya kenangan raya lalu dh xlama jelang raya sambutlah dgn meriah n berbhagia raikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kenangan raya dulu lagi meriah daripada raya sekarang walaupun serba serbi kekurangan

      Delete