Wednesday, June 20, 2012

Remy Ishak pun ada blog rupanya...emmm

Cover muka depan blog Remy... cantikkan cahaya remang-remang senja.

    Assalamualaikum semua. emmm bila mata dok ngantuk sambil berpinar memandang Pc apa lagi ler aku pun pi terjah blog org lain tiba-tiba... mata aku ternampak.... opsss pusing balik ayat oooooooo rupanya Remy Ishak ada blog juga. Alahaiiiii napa ler aku ketinggalan beca ni , orang lain dah berjaman tahu baru hari ini aku tahu. Takpe ada masa nanti aku terjah blog dia, buat masa sekarang pi follow dulu blog dia. Jadi kalau ada update cerita terkini atau apa filem dan drama lakonan yang telah di lakonkan bolehlah tahu. 

  Apa pun semangat Remy memang tabik spring lah. Masa pergi  Besday bash dia yang pertama dulu, masa tu dia baru je di nobatkan sebagai pelakon popular tv, dia ceritalah kisah hidup dia sebelum menjadi pelakon popular. Memang banyak ranjau dan rintangan yang di tempuhinya sebelum dia berjaya seperti sekarang. Kiranya bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian. Aku cukup suka dan tertarik semasa menonton drama Sindarela dulu dimana masa tu rasanya baru lagi Remy dalam dunia lakonan. Start dari situ Remy terus menuju puncak dan tidak menoleh-noleh lagi ke belakang. Apa pun chaiyok-chaiyok Remy. Semuga Remy mendapat anugerah Pelakon terbaik. Amin. Insyallah jika di kekalkan sifat merendah diri dari dulu hingga sekarang di samping sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah puas dengan hasil lakonan dengan Izin NYA insyallah berjaya satu masa nanti Sebagai peminat aku akan tetap menyokong lakonannya tapi jangan lah banyak sangat gosip kisah cinta ya. Tak best ler kalau banyak sangat kontroversi mengenai kisah cinta yang kadang menjejaskan nama Remy. Apa pun sebagai peminat kita orang sokong 120 peratus. hahahaha terlebih sudah sungguh aku. Hah pi ler terjah blog  Remy Ishak .

Monday, June 18, 2012

Si Mangkuk Tingkat - Faziela


Penulis Faziela
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Terbitan Jemari Seni

Sinopsis:-
Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

Impiannya satu dalam seribu.

“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”

Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”
“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.
“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”
Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

FAZIELA senang bercerita tentang kisah si juruterbang ini. Maklumlah, inilah impiannya dahulu. Pelajar tahun akhir jurusan Sains Gunaan ini menulis dengan bahasa yang santai dan membuat kita senyum, menangis dan ketawa hingga ke akhirnya.


  Lama sungguh tak review novel. Ada beberapa novel yang aku suka dan dah habis tapi tak sempat nak review. Walaupun novel ni merupakan novel yang pertama oleh Faziela tapi novel ni memang buat aku teruja sampaikan tak sempat nak tunggu pesta buku terus je rembat bila pergi ke markas JS. Baca sinopsis je di lamanweb JS dah buat tergaru-garu hati nak membelinya sehinggakan kata Kak Su napa tak tunggu Pesta Buku, ada diskaun lagi. Mana boleh tunggu kalau dah nak tu kena rembat cepat2 sementara hati dah tak sabar nak membaca.Dan dengan sekejap sahaja aku pun khatam membacanya sambil tersengeh-sengeh mengenangkan Mr Pilot yang sungguh pandai menawan dan mengikat hati si pencinta Alam sekitar. hehehehe

  Cerita bermula dimana pertemuan tanpa disengajakan antara Mr Pilot yang bernama Ashraff dengan Perempuan Melayu terakhir yang membawa mangkuk Tingkat di Airport (boleh ke?) iaitu Edryna atau Ard yang teraccident depan bilik air sehingga menyebabkan mangkuk Tingkat Edryna tergolek dok atas lantai. Start dari situ Mr Pilot sudah jatuh cintan dengan sipembawa mangkuk tingkat sebab pilihan hatinya ialah nak jumpa perempuan berbaju kurung dan membawa mangkuk tingkat di Airport. Ado kah? Kalau pakai baju kurung tu masih boleh terima lagi lah tapi kalau menjinjing mangkuk tingkat di tengah2 dunia di airport tu emmm memang rasanya takde lah. Malu adalah nak jinjing mangkuk tingkat di tengah dunia airport tu huh ingat hari raya ke nak membawa juadah buat orang airport yang tak boleh beraya sebab bertugas. Kalau kat kampung ado ler lagi bawa mangkuk tingkat hantar juadah raya. Bertukar-tukar juadah raya. Opsss dah melalut lah pulak aku ni.

 Ok selepas tu beberapa tahun mereka berjumpa lagi tapi kali ni accident nak terlanggar dimana sewaktu Edryna dan kawannya sofiya nak melintas jalan si Ashraff hampir saja nak terlanggar. hah apa lagi lah ribut petir antara keduanya pun sambar menyambar.  Namun begitu banyak kebetulan pertemuan antara mereka terjadi sehingga kan kalau bertemu je mesti guruh dan petir sambar menyambar. Aduhaiiiii memang tak boleh jumpa sungguh mereka berdua. Tapi adegan berdebat mereka best lah. Kadang kelakor kadang mengeramkan hati tapi memang sengeh sorang-sorang le.

 Tapi takdir Allah SWT tiada siapa menduga. Kerana keluarga yang merupakan kenalan lama, mereka berdua di satukan. Bagi pihak Ashraff memanglah menerima dengan tangan terbuka walaupun selalu bertengkar bila berjumpa namun didalam hati telah tersemat perasaan suka pada Edryna cuma bagi pihak Edryna yang merasa terpaksa tapi kerana keluarga dia pasrah je dengan jodoh yang diaturkan oleh keluarganya. Rupanya ada kisah silam yang menghantui Edryna kenapa dia tak suka dengan nama Ashraff, rupanya kawan senior sekolejnya iaitu Asyraf atau Acap hampir sahaja merembat maruah dirinya. Jadi start dari situ dia jadi anti lelaki dan tak suka dengan nama Ashraff. Namun oleh kerana jodoh kuat terpaksalah juga dia dalam paksarela menerimanya.

 Dalam melayari bahtera rumah tangga pada peringkat awal begitu sukarnya Ashraff nak menawan hati Edryna namun berkat kesabarannya dan juga dek perasaan sayangnya pada Edryna sedikit demi sedikit Edryna mula menerima namun musibah yang tidak di ingini mula timbul. hah bab part nak menawan hati Edryna tu aduhaiiii aku cukup suka taktik-taktik yang dibuat oleh Ashraff untuk menawan hati Edryna. Jiwang karats juga lah Mr Pilot ni. Tapi tu lah baru nak bercintan-cintun rasa sayang diantara mereka berdua, Acap yang merupakan musuh Edryna sehingga membuatkan dia trauma masih memusuhi Edryna malah mulai muncul dalam hidup Edryna untuk membalas dendam.  Hish geram sungguh aku tenguk Acap ni nak mengurat orang tapi bila kena sergah depan kengkawan lepas tu kena lempang dengan kasut Edryna hah dek kerana rasa malu sampaikan membawa dendam dalam hati  kerana ego lelaki. Sampaikan sanggup membunuh asalkan hatinya puas. Apa kesudahan episod antara Acap, Ashraff dan Edryna? Adakah Acap berubah menjadi baik atau masih lagi berdendam. Manakala kehidupan Ashraff dan Edryna bagaimana pula? Adakah dek kehadiran Acap yang timbul semula dalam kehidupan mereka mengkucar-kacirkan lagi kehidupan mereka yang baru sahaja mula menerima antara satu sama lain sehingga merosakkan kebahagiaan mereka berdua? Jawapannya hanya di perolehi apabila anda membaca Si Mangkuk Tingkat tulisan Faziela. Apa pun pada aku memang best. Malahan baru tahu macamana kehidupan Mr Pilot dalam kehidupan seharian. Ingat bila zoom sana zoom sini tak penat ke? Malahan tanggungjawab besar yang di pikul di bahu Mr Pilot dengan membawa pasenger yang begitu ramai sehingga selamat sampai di destinasi merupakan satu tanggungjawab yang besar tau. Memang lah nampak glemer je tapi sebenarnya satu tugas yang begitu besar tanggungjawabnya.

  Apa pun tahniah buat Faziela dan juga Jemari Seni walaupun ianya merupakan novel yang pertama dihasilkan tapi bagi aku ia memang memuaskan hati aku. Maklumlah kadang penulis baru aku kena tenguk dulu gaya ceritanya macamana takut bila beli tak memuaskan hati. Maklum lah kita tak dapat agak cara dan gaya tulisannya macamana adakah best atau bila aku start je baca terus terasa hambar atau pun pening sebab banyak sangat sengketa hingga memeningkan kepala. Apa pun memang seronok dengan ayat-ayat kelakor antara member Ashraff dan juga bahasa Edryna dan Sofiya. Apa pun caya lah.

Friday, June 15, 2012

Acara makan-makan lagi

Puding cocktail hasil resepi yang aini bagi. Sodap tau.

   Assalamualaikum semua. Hish hish asyik acara makan-makan je huh manele tak makin umpp staff opis aku, baik yang lelaki ataupun yang perempuan sebab ada je acara makan-makan setiap 3 bulan sekali. Kalau tak buat potluck masa bacaan Yasin, potluck pulak masa sambutan harijadi.

  Hari ni pulak acara baca yasin dan potluck makan. Oleh kerana ada meeting healthfacts paginya jadi selepas meeting selesai dan kebetulan Timbalan Pengarah P&P ada, terus je acara makan di rasmikan dulu sebelum baca yasin. Ok kita layan gambar lah pulak ya.

Bos aku dgn Dr Rahimah TP P&P

Ayam ungkep Dr Ismat memang terbaek doh

Sambal tumis Udang, Sambal goreng, Daging masak kicap

Kueh-kueh juga ada

Puding ni tak tahu siapa buat. Katanya Orang Rumah Encik Mat Jess

Chess kek

Staff beramai-ramai mengambil makanan

Makan bersama boss

Menyembang sambil menunggu nak ambil lauk lagi?

Buah-buah serta puding Keremal

Setelah selesai makan baca Yassin lah pulak.

 



Thursday, June 14, 2012

Musim Buah sudah tiba


Assalamualaikum,

  Wah musim buah sudah datang terutamanya King Of the Fruit iaitu Buah Durian. Hari tu masa balik Tangkak, Julie ada juga ambil buah durian kat rumah mak. Dapat lah juga rasa 2 biji..nampak dalam guni 4 biji terus je kopek depan rumah kak Jal sebab didalam rumah ada orang tidak suka baunya.

 La ni pulak kalau aku lalu jalan Ceras baru selepas roundabout je nak naik ke jalan menuju ke Taman Saga adalah kat tepi jalan gerai buah-buahan. Sikit punya sibuk orang datang mengerumuni sebab buah tengah banyak dan murah. Main longgok-longgok je malahan macam pesta pulaknya. Rasanya buah datang setiap hari dan bila baru sampai apa lagi ramailah yang berminat nak beli. Ada yang terus kopek kat situ sambil menikmati kelazatan buah durian. Ada yang memilih untuk di bawa pulang. Huh jeles sungguh aku melihatnya sebab tidak dapat melayan tekak yang teringin nak makan. Kalau ada geng memang aku belasah je makan kat tepi jalan tu tapi takde lah tu sebab  cam terkonang-konang. Nak beli kalau bawa balik alamatnya kena hamput akak aku yang tidak suka baunya yang kuat. huhuhuhu sian tau kat aku yang teringin nak melantak dorian ni. Tahun lepas tertunai bila ada jualan makan sehingga santak di Taman warisan Putrajaya bertemankan kak Temah dan Kak ariyati yang juga peminat durian. Tapi tahun ni takdak la pulak.

Tenguk tu dari jauh lagi dah berderet kenderaan parking berhampiran menyinggah nak beli durian.


Geram sungguh melihat buah yang menambun setinggi gunung ni.

   Kat kampung pulak yang dah berbuah durian je manakala buah rambutan masih hijau lagi. Cuma ada sepokok je kata Julie yang dah masak iaitu rambutan jambu batu rasanya yang rendang sepokok di depan rumah mak. Buah Pulasan masa last balik berputik tapi kata julie belum masak lagi. Maybe dah nak dekat puasa nanti kut. Tapi yang aku perhatikan buat masa ni hanya buah durian je yang melambak-lambak orang jual di tepi jalan. manakala buah rambutan aku tak nampak la pulak. Apa pun Bulan Julai nanti sebelum puasa nak balik kampung. Yehaaaaaaa.

Wednesday, June 13, 2012

Layan orkid ya

Rimbunan orkid

    Assalamualaikum semua. Aduhaiiiii tengah poning buat kojo, mata pun dah berpinor tenguk pc ni. Kali ni kita layan orkid la ya. Buat penyegar mata yang sedang sengsara memandang data. Sesekali layan tenguk orkid emmm rasa macam otak pun jadi ceria dan berwarna-warni lah pulak. Ala orang pompuan kan kalau kata tak minat bunga huh tak tahu le aku nak kata apa tapi memang ada pun yang tak minat malahan kata menyemak lah pulak. Aduhaiiii kalau jenis camtu tak tahu le aku nak kata apa.. Tapi pada aku pula aku suka melihat kecantikan sesuatu bunga itu sebab bila kita memandang bunga yang pelbagai jenis dalam hati akan terdetik... Subhanallah.... Ya allah...begitu besarnya ciptaan tuhan yang mencipta pelbagai jenis orkid dan warna. Malahan warna bunga yang pelbagai warna-warni itu bagaikan mewarnai alam sekitar dan sekeliling kita. Chewah macam pencita alam lah konon. hehehehehe.

   Gambar orkid ni aku tembak masa Putrajaya Floria tahun lepas. Malahan terdapat juga pertandingan deko taman bagi sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian. Malahan aku pergi sampai 3 kali sebab seronok dan tak puas walaupun cuaca panas sampai rasa bagaikan mendidih otak kepanasan. Tapi bunga punya pasal apa pun jalan je. hehehe. Ni tak lama lagi ada Flower Garden kat Putrajaya. Aku nampak dia dah pasang papan banner kat tepi jalan. Kalau tak salah pada 30hb Jun sehingga 8 Julai 2012. Yes aku suka dan mesti masuk dalam agenda nak pergi tenguk bunga. Jadi pada sesiapa yang menyukai bunga jom kita serbu ramai-ramai ke Putrajaya ya. Aku ingat lepas balik kerja nak serbulah kalau hari minggu orang ramai sangat tak boleh nak menembak gambar bunga. Ok kita layan orkid ya jom jom jom.

Orkid ni mahal tapi cantik sebab bunganya jenis tebal. Mahal ni kalau beli yang dah berbunga. 

Spesies yang sama macam diatas tapi warna merah. Purple diatas tu cantik kan.

Pelbagai warna orkid buterfly

Orkid ni cantik. Akak aku kata orkid butterfly. Banyak warna rupanya.

Tenguk tu sepasu RM133 harganya.

Macam corak rimau je kan.

Orkid yang ni cantik sebab bunganya besar tapi bila berbunga dia tak tahan lama. Ada setengah orkid bila berbunga boleh berminggu-minggu tau. Tu yg seronok je bila tenguk orkid yang di tanam berbunga. Pokoknya jenis rendah je dalam pasu.

Macam diatas tapi warna lain.

Ni pun macam sama seperti diatas tapi lain warna

Ni macam jenis lama dimana bila berbunga bertangkai-tangkai dan lama bunganya. Ada satu jenis macam yang ini warna biru dan patern macam kala jengking.

   Bila tenguk orkid ni teringat masa dulu-dulu masa mak aku tanam orkid di depan rumah. Ada berbaris-baris pokok jenis yang sama tapi jenis orkid lama pokok tinggi berwarna biru. Malahan dek kerana banyaknya orkid tu ada pula orang nak membelinya. Memang banyak lah kalau orkid tu berbunga malahan boleh dapat beberapa dozen tangkai bunga. Tapi masa tu aku kecil lagilah ingat-ingat lupa berapa harga mak aku jual orkid tu tapi sesekali petik huh banyak juga. La ni dah tak ada lah cuma ada sebaris orkid depan rumah mak aku tapi takde le banyak sangat sehingga boleh di jual bunganya.