Tuesday, March 4, 2025

Giveaway Ramadan: Sampul Duit Raya Doodleby REN

 

                                                               Hadiah sampul duit raya 
What do you think about this blog?

25 Tahun penubuhan Hospital Putrajaya

Dr Ruqayyah Syakirah binti Mazwar dari Jabatan Ortopedik telah terpilih sebagai pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan! Wah Disebalik kesibukan boleh lagi mereka logo jubli perak HPJ.

Friday, February 28, 2025

Giveaway Kerajaan Kelapa

 









Assalamualaikum,

Lama tak join GA. Entah apa dibuatnya tak tahu le kita. Tiba-tiba dapat jemputan Permaisuri Coconut pulaknya. Hah kita join lah ya.  Permaisuri Coconut tu nun bertahta di Negeri Melaka negara Bersejarah dan berjiran dengan muo. Selalu lalu Jasin bila balik muo tapi tu lah tak tahu mana le pulak istana dia bersemayam. Kalau tahu boleh lah menyinggah mencemar duli katanya. hehehehe 


Ok kita ikut syarat-syaratnya.

1, Kena follow Istana Permaisuri tak follow nanti dolat tau. Ayooo  tak tahu. hehehe 
2. Kena tulis entri bertajuk giveaway kerajaan kelapa. Hah ni tengah menukang le ni. Dah lama tak menukang back link ke apa sampai lupa camno nak buat. Teruk benor database memori  otak aku. hehehehe
3. Pemenang di pilih secara rawak. Ye lah kena buat camtu lah kalau tak nanti rakyat coconut berperang di medsos tau. Naya je kang viral lah pulak Kerajaan coconut hanya kerana nak menang hadiah. hehehehe padahal semuanya untuk suka-suka dan menambahkan ukhwah sesama rakyat dan Permaisuri Coconut yang baik hati lagi dermawan gitu. (Aitttt ayat cam nak mengediks supaya di pilih je ni) hehehehe

Ok semuga berjaya

Thursday, February 27, 2025

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan

 

KALAM UHEI : AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN 

Penerangan Hadis :-

 

  1. Alhamdulillah, Ramadan al-Mubarak tiba lagi, yang merupakan bulan keampunan, bulan yang dijanjikan ganjaran pahala berganda dengan amal ibadah.
  2. Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, maksud keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]
  3. Marilah sama-sama kita berazam menjadikan bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat bertemu lagi Bulan Ramadan. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku lagi dengan Ramadan. Semuga tahun ini dapat melipatgandakan ibadah dan juga semuga rayuan Haji aku untuk menunaikan ibadah haji bersama dengan Anak saudara Nor Anisah Bt Rosli yang telah mendapat tawaran Haji pada tahun ini Allah makbulkan. Semuga sebelum menamatkan perkhidmatan Allah jemput aku untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Aamiin. Doakan lah ya. Mana tahu ada pembaca yang Allah makbulkan doanya. Aamiin

Mohon maaf juga ya jika ada terkasar bahasa terbicara yang menguris hati apa saja kesalahan yang ku perbuat harap maaf juga ya. Semuga kita dapat menjalani ibadah bulan Ramadan ini dengan penuh syukur dan tawaduk di samping menambahkan amal ibadah di bulan mulia ini. Semuga Allah menerima amal ibadah semua orang yang berpuasa. Aamiin