Tuesday, March 4, 2025

Giveaway Ramadan: Sampul Duit Raya Doodleby REN

 

                                                               Hadiah sampul duit raya 
What do you think about this blog?
https://janggeltrekking2.blogspot.com/2025/03/giveaway-ramadan-sampul-duit-raya.html


Assalamualaikum,

Lepas GA permaisuri Coconut hah kita cuba GA Blog janggeltrekking lah pulak. Blog otai travelog ni.

Senang je kalau nak join. Kita tulis lah apa yang kita suka tentang blog tersebut. Samada nak cerita khayalan ke cerita fantasi ke apa-apa lah yang buat ko rasa suka masuk rumah tersebut. Ikhlas dari hati nurani gitu. eh apa lah aku melalut ni tapi memang le sebab tuan tanah kedawung Janggel tu nak pendapat kita kenapa kita selalu suka masuk rumah dia. Mesti ada keistimewaan dia kan sampai kan hari-hari nak pi bertenggek kat situ. opssss

Tak ingat lah macamana boleh terjebak pi rumah dia tapi yang pasti dulu aku suka baca blog orang travel macam Jea yang suka terjah diy pi serata tempat di luar negara sampaikan rasa seram je bila dia sorang-sorang travel kat indonesia dengan orang yang dia tak kenal. Gamble je dengan orang asing tumpang tidur lah tumpang bermalam lah. Hish  Berani sungguh jea. Perempuan pulak tu kalau lelaki lainlah. Tapi memang tabik spring2 lah kat Jea tu. Mana agaknya dia pi ye. 

Lepas tu John (Kaki berangan) , DJ, Jari Manis. Kak kiah  dan beberapa lagi lah blog yang aku dah tak ingat sebab lama dah depa tak update citer kecuali DJ yang setia pada blog dia. 

Ok berbalik pada Blog Janggel ni aku suka dengan penceritaan dia yang santai tapi sampai....eh cam tagline seseorang je.  Nama pun unik macam jungle tracking tapi twist ejaan sikit jadilah lain dari yang lain nama blog dia. Nama glemer Ren. Agaknya nama sebenor dia sapa ye. Warga putrajaya tapi tak pernah terserempak. Alaaa aku pun bukannya kaki rayau sangat. Alamanda yang dekat Parcel E pun dah bertahun tak pi. Apa lagi sejak PKP memang jarang-jarang le pi shupping.

Kalau siapa suka baca travelog hah boleh belek lagi tahun-tahun sebelum ni yang Janggel aktif berjalan.  Selain daripada nama tempat , lokasi kejadian , gambar juga semuanya ohsem. Jadi bila kita baca walaupun badan tak sampai umpama kita dah ikut sama bila tenguk gambar-gambar yang di letakkan dalam blog. Apa lagi kalau gambar yang cantik dengan view yang lawa.  Walaupun tak sampai kita bayangkan lah dah sampai boleh gitu. hehehehe berangan kan free. Tapi mana tahu kan ada rezeki boleh sampai tempat-tempat yang depa pi.

Tapi yang pasti aku salute dengan persahabatan mereka semasa pengembaraan mereka travel tempat-tempat tersebut sehinggakan ada tagline  #TRAVELHOLICAWESOME!! Kiranya kawan sehati sejiwa waktu bertravel gitu. Cayalah.......

Tahun 2013 merupakan kejayaan geng travelholicawesome sebab dapat award dan blog Janggel merupakan Best Eco Tourism Blog 2013. Mesti kenangan yang paling best kan sepanjang pengembaraan kalian. 

Apa pun semuga Allah makbulkan segala impian Janggel dan Allah pelihara dan lindungi dimana saja Janggel berada. Semuga bahagia sepanjang hayat. Aamiin.  

Opsss lupa nak ngajak teman-teman sekelian. Meh le join GA ni nanti dapat sampul raya rare. Klik kat atas tu ya, Nama Janggeltrekking tu hah


4 comments: